Saturday, April 28, 2012

Menunggu masa untuk ke sana pulak..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Last week balik negeri jelapang padi. Nak lepaskan rindu di samping menolong ustat baba dan ustajah mama membuat persiapan bercuti sikit.. Alhamdulillah sejak pencen ni rezeki mereka bertambah. Dapatlah pergi umrah dan ziarah ke Egypt a.k.a Mesir.. nak melawat kembali tempat mereka pernah menuntut ilmu satu ketika dulu..

Rasa terusik sikit sebab Ticer tak dapat ikut... huhu... tapi bak kata ustajah insyaAllah satu hari nanti Ticer akan jejak kaki ke sana jugak... jeles nih sebab tak dapat ke Mesir.. cita-cita satu ketika dulu nak sambung belajar kat sana.. tapi ya lah perancangan Allah mengatasi segalanya...

Hari ni ustat dan rombongan akan ke Madinah... menunggu mesej dan panggilan dari sana ni.. excited sebenarnya nak dengar cerita dari sana... siap kirim kamera lagi kat ustajah.. mintak beliau ambik gambar banyak-banyak.. heee.. :D


Rombongan umrah akan pulang ke tanah air pada 9 Mei depan... Ada mintak ustajah belikan kurma nabi... maklum ja la Ticer ‘naik hantu’ sket ngan kurma ni... dah alang-alang ustajah dan ustat kat sana so mintak la tolong belikan kurma tu seguni... ;)

:.. Harap satu hari nanti giliran Ticer, Mr.Zauj dan baby pulak dijemput ke tanah suci... insyaAllah J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, April 4, 2012

Bulan April yang dinanti.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hampir sebulan lebih dah tak jenguk blog.. sibuk sket sejak-sejak dapat jawatan hebat ni.. haha.. poyo je.. biasa la banyak benda nak kena buat bila kat tempat baru ni... macam tak cukup nafas... sebelum ni kat Sarawak sekolah kicik saja... sibuk pun tak de la sangat... ni sekolah manyak busat... so oksigen pun macam kekurangan sket la..

Alhamdulillah kandungan dah menginjak 4 bulan.. badan pun dah membelon dengan jayanya... syukur la masa gi check-up nurse cakap berat badan ok... rasa macam membalun dengan sehebatnya tapi berat naik 1kg je.. fuhhhh syukur la..

Bulan ni adalah bulan yang dinanti oleh cikgu-cikgu yang terpisah jauh dari suami/isteri dan keluarga.. sebab? Bulan ni ialah bulan mengisi borang pertukaran online.. Ticer pun isi jugak.. baru lah tahu dan faham perasaan seorang isteri bila berjauhan dari sang suami.. dah la dengan bawak baby dalam perut ni perasaan tu lain macam sikit...memang  diakui kebenaran kata-kata teman seperjuangan yang berkahwin lebih awal dari Ticer dulu... J



Yang tak leh tahan tu ada cikgu baru kat sekolah mintak kabel yang Ticer guna untuk tembus masuk Selangor tahun lepas... hihi.. kabel manusia ni mana la Ticer ada... Ticer guna kabel yang paling Besar yang mana Kuasa-Nya tak dapat menandingi kuasa manusia biasa...


Apapun harap dapat transfer dekat dengan suami dan keluarga la... baru senang nak buat kerja.. cewahh.. macam ayat poyo je.. sebenarnya best jugak bila dapat isi online ni.. feeling tu lain macam sket.. ye la pengalaman bekerja jauh di rantauan orang kan.. bukan semua orang dapat merasa.. ye dak? :D

:.. Bawaklah kabel sebesar mana pun tapi semua itu masih bergantung pada ketentuan Allah... J Yang penting kita terus berusaha selagi terdaya J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan