Saturday, November 16, 2013

Tak dapat semua A bukan bermaksud gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis lepas pelajar tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR dorang. Ada yang seronok ada yang sedih. Normal. Yang tak dapat 5 A bukan bermaksud anda berada diambang kegagalan.

Ticer amik UPSR tahun 1996. Masa tu 4 papers je.. tu pun dapat 3A je.. sedih memang la sedih.. sebab boleh dikatakan harapan cikgu-cikgu la jugak. Tapi sampai bila nak sedih kan? PMR? SPM? Semua tak mencapai target pun. Tapi syukur Alhamdulillah berjaya dalam hidup. Masuk U? pointer cukup-cukup makan je.. orang lain dapat anugerah dekan Ticer senyum dari jauh. KPLI? Tak de la cemerlang pun. Tapi hidup tetap diteruskan.

So..pada kawan-kawan yang ada anak yang baru amik UPSR sekiranya anak-anak tidak mencapai target 5A usahlah mereka disalahkan. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk berjaya namun kejayaan mereka masih tertunda. Apa yang penting kita bagi moral support kat dorang untuk terus berusaha. Selitkan sedikit pengisian yang boleh mendekatkan mereka dengan Allah. J

Jangan kita lupa kejayaan dan kegagalan merupakan satu ujian.


:.. Gagal atau berjaya bersyukurlah pada Ilahi.. Kerana Dia berkuasa atas segalanya J Yang berjaya jangan riak yang gagal jangan terus-terusan bersedih. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

Unknown said...

setuju sangat..jangan bagi tekanan dekat anak..kena support selalu =)

Anonymous said...

kena didik anak-anak supaya jangan terlalu kemaruk dgn ilmu dunia sehingga lupa nak bersiap sedia dgn ilmu akhirat..

zaman sekarang ni, semua mcm dah lupa je kan..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan