Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bermula cuti akhir tahun.. hip hip horay bagi
students.. tapi cikgu cikgi ada yang masih di sekolah setelkan keje dan ada
yang kena set up program tahun depan.. Ticer dibenarkan pulang awal untuk
uruskan hal-hal peribadi.. cewah
Ok disebabkan ramai yang bakal berkahwin tahun ni
tetiba Ticer teringat satu kisah di zaman dahulu kala. Ok ni Ticer tipu.. bukan
sampai zaman dahulu kala pun.. stop. Melalut lebih-lebih. Kang kena lempang.
Berkaitan dengan majlis kawin. Time tu Ticer bebudak hingusan tapi cute. Masa tengah
buat rondaan ke bilik pengantin Ticer tinjau ke luar tingkap then nampak macam
ada kain / baju atas khemah. Memula tu fikir ada orang tertinggal kain time
pasang khemah tu... Tapi jiran Ticer yang sama hingusannya ngan Ticer cakap
bukan.
Katanya kain/ baju milik pengantin tu diletak atas khemah untuk mengelakkan
hujan turun sepanjang majlis tu.. pehhh time tu memang jahil gila.. bleh pulak Ticer percaya... hoho... jiran Ticer tu pun dapat info dari mak dia... so dia cakap
kalau nak kawin nanti kena letak kain untuk elak hujan...
Bila dah membesar bagai juara ni Ticer tergelak
guling-guling... betapa pemikiran kita dikuasai dengan benda-benda khurafat dan
tahyul cam tu... hujan, ribut petir, panas dan banjir itu kan kuasa Tuhan...
siapa kita nak menghalang segala ketentuan dari-Nya.. apa yang penting kita
memohon doa dari-Nya supaya majlis kita berjalan dengan lancar dan penuh
keberkatan. Kalau hujan lebat sekalipun tapi majlis itu berkat insyaAllah ramai
orang yang akan hadir meraikan kita... ye dak?
Walimah nanti pun insyaAllah tak ikut adat sangat.. tu pun dah
ramai yang bising.. katanya Ticer ni pelik coz tak ikut adat.. huhu... pelik
itu sexy tau.. hoho..
tuntutan agama tu yang penting... kan?
:.. Lama tak
blogwalking... selepas bola nanti insyaAllah akan lawat korang.. J
10 geng suka bebel:
ada jugak dengar tapi masa kawen ari tu tak ikut pun.
dulu pun majlis kawen akak buat simple simple gile kena marah dgn sedara mara...huhu...
diorg suruh itulah,inilah...
kalo kt tmpt akak cucuk cili kering dgn bawang merah kt penyapu lidi..hehe..kalau ikut logik mmg x logiklah kan..yg penting doa pd Allah spy majlis kawen nnt elok je cuaca..
budak2 memang mudah percayakan kalau orang tua bercerita, nak-nak lagi kawan2 yang bagi tahu...heheheh
Selamat semuanya hendaknya...
kalau dah nak hujan,,hujan jugak kan ticer..tp mak cik saya pon ada suruh buat camni gak..balik baju atas bumbung..haha..
@Azzah hee bagusla tak buat :)
@zahidah seran biasalah kak... masing2 nak bagi pendapat... yang penatnya kita ni haa
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty wahh camtu ehh... haha.. betul kak.. kena percaya pada ketentuan-Nya
@Yatie Awang tu la kak.. nak2 yang jujur cam saya ni..cewah... tq kak :)
@Anak Wak Mail hahaha tu la pasal... risau plak pk masyarakat kita ni lebih percayakan benda2 camtu :)
Post a Comment