Monday, August 10, 2015

Terapi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bad mood. Biasalah tu.. perempuan ni makhluk yang kadang-kadang mood dia dalam dok happy-happy bleh jadi berangin..bukan takat angin sepoi-sepoi bahasa kadang-kadang bleh jadi ribut taufan. Tu yang kaum Adam kadang-kadang garu kepala tu.

Taktau apa kena tetiba mood saya bleh berubah secara drastik. Jangan kata suami, diri sendiri pun pening dengan mood yang tetiba hilang dari radar ni.

Naik petang-petang sikit around 7 p.m. gitu nekad taknak layan lagi dah mood bujang purba nan seorang ni. Macam dia sorang je ada bad mood kan? Maka dengan langkah longlai masuk dapur. Buka peti sejuk keluarkan apa saja barang yang ada. Menumis bagai semua.. siap masak dah lain dah mood saya ni haa.. dah boeh senyum.. muka dah jernih dan tenang setenang air di kali.. cewahhh…

Memang gitu la kebiasaannya.. mood ke laut je mesti masuk dapur.. biarpun masak ala-ala cincai je tapi bisa menghilangkan kemuraman diwajah dan hati..

Suami pun menjamah air tangan isteri yang comey lotey ni dengan berselera sekali. Heh. Baru kutahu rupanya terapi diri sendiri kalau mood tengah tak okey ni memasak rupanya..kuikuikui..asalkan time masak tu takda yang mengganggu la..sebab I masak hentam saja…pakai campak ikut dan..tak ikut turutan dah.. :D

Ni dah happy. So bolehla meneruskan plan yang tergendala dari siang tadi.


:.. Suami cakap dah boleh buat jamuan untuk orang lain dah.. tapi masih belum yakin dengan kemampuan diri.. :D buat untuk keluarga sendiri sudah la dulu ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

Suria Lekatlekit said...

tang mood kekadang boleh berubah secara drastik tu betul.. tapi tu la kadang2 macam nak pecah dalam dada tahan marah sebab tak nak angin ribut taufan melanda.. kadang2 tak tau apa sebenarnya yang kita marah sangat hahahaha

Soidah Sofi said...

@Suria Lekatlekit hehe..memang pun..pening dengan keadaan diri sendiri..tak da sebab tetiba berangin semacam je.. :D

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan