Wednesday, September 29, 2010

owh mataku

ini spek sy
Saya makin rabun....

Ye sy perlukan rawatan

Kenapa cepat sgt?

Pdn muka!! ngadap lg laptop ni haa

contact lense pn nk kena beli br

tp.....yg lama masih ada sepasang lg.....
owh

perlu kuarkan dwit lg....
xde ke bende free skrg ni? :D




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 28, 2010

My suprise party

Malu....

*wink wink*


Student wat surprise party kt aku... hik3...

Giler ah menggeletar tgn nk potong kek semalam

Siap ada sorang ustat ngn member aku tlg potongkan...

Syahdu sgt...thn terakhir dorang kt sini...

Xsangka cm 2 sekali dorang prepare kt aku...

Isk isk iskkk..... rasa nk ngis nih...

Pe pun tq sgt2 kt dorang... xde la expect dorang nk celebrate cm 2...

Really appreciate it..

Sayang kamu smpi bila2.... :)









Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, September 26, 2010

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

retrieved from  UZAR




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

aku dh xnak

Penat......

Xmo dh ada apa2 relationship ngn mn2 lelaki

Bkn membenci mereka

Xsedikitpun ada perasaan itu

Cuma benci bila disakiti

Benci bila dikhianati

Kerana kesakitan itu aku yg perlu menanggungnya sendiri

Kerana aku seorang yg ssh menerima pengkhianatan dalam perhubungan

Biarpun hanya berkawan tp pedihnya tetap sama bila terluka

Aku mau menyendiri

Mengubati luka dihati


~~sblm ni aku pndi nasihatkan org...alih2 aku yg terkena~~


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

bENgang

Tangan ni klik mende ntah....

Dh nk kena design blk dh blog aku...

Duhh
Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 25, 2010

~ImpiAn yanG x terTunai~

Senang rupanya menyulam mimpi n impian

Susah rupanya menerima kenyataan

Semua 2 percaturan kehidupan

Yang telah diberikan Tuhan

Maka sebagai sorang insan

Aku kena menerima segala ketentuan

Bilamana impian yang ku semai n sulam....

Akhirnya hancur berderaian

Namun aku perlu bangun semula...

Berpijak dibumi yang nyata

Menerima segalanya dgn lapang dada

Sesungguhnya ada kemanisan dihujung sana

Yang satu hari akn muncul juga

Cuma aku perlu bersabar menanti kehadirannya


Biarpun dah hancur luluh hatiku

Namun aku tetap terus bersandar pada-Mu

Moga Kau dpt membantu aku

Dalam menghadapi ujian-Mu

ada cm ni rupa atiku?



~~sedikit luahan hati tatkala impian n mimpi xmenjadi kenyataan..smuga aku tetap tabah~~

credit 2 mr.google 4 that picture


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Aku dan Mereka MerDeka....

Alhamdulillah 2 hari lepas (230910) tamat la sudah exam terbesar sekolah rendah... merdeka la sekejap bg aku n merdeka sehabisnya bg ank2 didikku... siap berjimba-jimba dgn seronoknya di skolah.. bebudak lain bengkek je ati nengok thn 6 bermain2 dipadang... tp xbestnya terlalu bebas plak... ye la selamba je pakai jeans... padahal maksud pakaian bebas ialah baju sukan, sluar trek n kasut skolah... dibebaskan seketika dr memakai bj skolah..namun masih lg ada cop skolah dgn memakai t-shirt sukan skolah... ish itu la bila salah fhm ngn arahan dr pihak atasan... n as their ummi aku sound la sket dorang... bkn saja2 nk sound tp disiplin 2.. seingat aku masa skolah rendah dl aku n kwn2 masih pakai bj sekolah yg lengkap n bila smpi skolah br la bertukar bj sukan.... tp xde la ikut suka ati je nk pakai bj sukan mcm mana... hmm... siap ada yg melaram mcm nk g pekan pn ada...adoyaii ank2 aku....

Aku xde disekolah slm 3 ari UPSR berlangsung.. kene ke pekan coz jaga exam di sana... kena jaga SJKC... pengalaman pertama yg begitu berharga.. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku even ada kesukaran utk solat (sbb di situ xde surau) tp aku gagahkan juga kaki mendaki tanga yg tinggi utk ke masjid lama n mujurlah masjid itu bersebelahan sj dgn pusat peperiksaan :)

Smlm aku ngajar mcm biasa..ermm xngajar pn sbb smlm aku hanya masuk kelas thn 6 n disebabkan student aku dh beronok2 (plural form utk seronok :D)makanya aku pantau disiplin dorang dr jauh sj.. biarlah mereka merdeka sbb mereka dh lama disekan n dikuarantin dr bergumbira mcm 2... sambil2 memerhatikan dorang sambil 2 jugaklah mataku melihat kertas BI mereka... berdebar jgk aku check paper 2... memula xnk check tp rasa xtenang lak bila xcheck nih....blm siap sepenuhnya lg... apapun aku berharap mereka mendapat keputusan yg baik... yg mampu membanggakan ibu bapa mereka dan semua guru di sini... 

yahoo!! tq G


Rasa cm nk meraikan kemerdekaan aku dgn bercuti... tp xtau lag kan kemana... :)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, September 22, 2010

Sian kwn aku...

Tetiba lak nk cerita psl kawan aku.... sowi yer... jgn wisau identiti anda dirahsiakan...kwn aku ni pompuan..sebaya dgn aku... keje ok..pendek kata semua ok la..dia skrg berdepan ngn kekeliruan.. benda ni biasa la... kena kuat utk menghindari kekeliruan itu.. bila sebut kekeliruan ni biasanya berkaitan ngn pilihan so kt sini sah2 la pilihan di hati..nk memilih sang arjuna hati.. :D bkn utk sy tp utk dirinya sndiri la...

Sblm ni dia ada mengenali sorang laki yg pd pndgnnya cukup baik.. aku tgk pn cm baik la.. mcm baik tp xtau la baik ke x... memula 2 kwn aku ni xmo la knl sbb br je frust tp xde la frust sgt cuma dia perlu masa nk menerima kekecewaan 2... emm dh nmpk sgt kesungguhan laki 2 so dia bg la peluang utk mengenali diri masing2... aku pn xnk la pndg serong pd niat lelaki 2.. aku ni mmg suka sgt pndg serong kt org..xbaik tul.. pastu lama kelamaan kwn aku ni rasa sumthing xbest... dia rasa mcm lelaki 2 sbnrnye xbersungguh pn..mcm ada sumthing yg terlindung..puas gak dia fkr smpi xleh tido..ahaa kwn aku ni pemikir orgnya... 2 yg ssh...kekadang smpi terbawak2 dlm mmpi...that guy kata bersungguh ngn kwn aku ni tp 1 call pn xde... mtk number fon tp xde pn sms... call jauh sekali la... kalau ym pn kekadang... memula 2 dia pujuk jugak hati kata laki 2 sibuk... aku perhatikan selalu je dia kena mcm ni... memula dia xmau...pastu ada laki yg tnjuk kesungguhan n bila dia beri peluang laki 2 xmo pn gunakan peluang yg ada..last2 kwn aku ni jugak la yg memujuk ati dia sndiri..byk dh aku tgk kwn aku ni menjeruk rasa.. huhu aku lak yg terkesan ngn kesedihan dia 2

then pg td dia sms aku bitau yg kwn ayahnya ada nk kenalkan dia pd seorang lelaki... dia ckp ayahnya dh tau psl hal ni... so dia kata dr terus menanti n mengharap sesuatu yg xpasti baik dia terima je bantuan yang dihulurkan 2.. mana tau ada sinar disebalik kegelapan yg dia alami.. cuma skrg dia berperang ngn akal n hati... akal setuju hati xsetuju.. akal mtk je dia setuju n terima pertolongan kwn ayah dia 2 tp hati xbg..suruh dia stick ngn laki yg dia kenal skrg...

Then dia cerita dia dh wat istikharah sblm subuh pg td... n mlm td dia bermimpi... aku ckp la selalunya kalau dlm mimpi kita 2 terjadinya benda baik tp realiti sbnr adalah sebaliknya... jahatnya aku.. leh plak ckp cm 2... dia ckp dia pun rasa cm 2.. then dia sms lg dia kata dia kenal dl laki yg nk diperkenalkan oleh kawan ayahnya ni then dia decide blk... wat istikharah... dr terus2 menjeruk rasa baik dia wat benda yg dia suka... xpyh mengharap apa2 kalau harapan 2 hanya palsu semata...

For her... Allah tau apa yg terbaik wat diri ko... so jgn putus harap pada-Nya... u go girl!! lupakan je org yg xmenghargai ko.... buang masa je menanti n menunggu org yg langsung xappreciate kita... apapun buatlah pilihan bijak.. Allah ada...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Jaga Exam... lenguh kaki + ngantuk

Ari ni bermula la tugas eden sbg pengawas peperiksaan... duhh dugaan gak bila kena memanjat tangga... bilik exam kt tingkat 3... tangganya curam n aku pakai hi heel.. wauwiii hebat tuh...

Sengal2 aku nyer kaki... sib baik dlm kelas.. so xde la kena round meja byk kali sgt... apepun pengalaman ni merupakan pengalaman berharga bg aku... xlarat nk tulis byk sbb keletihan... :D



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, September 19, 2010

UPSR

Esok aku kena ke SJK (C) Chun Hwa Lawas utk taklimat UPSR.. ni thn pertama aku jaga peksa.. xpela amik pengalaman n peluang yg diberikan... problem sket bila xde transpot ni ha... dok pk nk g ngn apa nih.. huhuhu...

Kwn aku yg kena jaga peksa kt Lawas jgk.. Ketua dia dh called.. tp aku xde pn..adoii nmpknye kena berusaha sendiri la nih...

Esok cadangnya nk start puasa..hmmm... ssh gak kalau nk bermalam kt umah mmber..mesti dorang kalut2 nk prepare juadah berbuka aku even aku bkn jenis org yg perlu mkn nasi.. sekadar biskut pn dh cukup..tp biasa la bila dh ada tamu yg dtg mesti nk dihidangkn mknn yg best2.. ni problemnya..aku xnk susahkan org...

Kalau nk berulang alik boleh jak..tp dgn apa?? mn ade public transpot kt sini... duhhh...

UPSR- 21st-23rd september... tetiba cm nyesal lak aku isi borang pengawas peperiksaan..huhu..kalau xisi aku xde pening2 pk nk g ngn apa esok smpi khamis nih... owh Tuhan bantulah aku..ringankanlah beban masalah ni...... moga ada yg baik hati bg pinjam kereta dorang utk tempoh 4 hari itu..... amiin.....


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 18, 2010

Tuhan Beri Aku Cinta

Sj nk pos lirik lagu ni.. pg td pas subuh time melipat baju dengar lagu ni.. n lirik2 dia menusuk ati aku.. knp? mcm terkena n terpanah aku jer.. owh...

Tuhan Beri Aku Cinta- Ayushita
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, September 17, 2010

Kalau nk kawan wat la cara nk kawan

mmg problem utama kalau bab2 kawan ni

salam persahabatan dihulur..aku sambut dgn seikhlas hati...

alih2 bakpe senyap plak...

xnk kawan xpyh la menggedik ckp nk kawan

buhsan aku

emo plak aku mlm2 cenggini

nk kwn biar ikhlas..

kalau semata2 nk menyakitkan ati baik xpyh kwn la

xde pn merugikan duit anda sesen pn...

huh...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 16, 2010

bakpe berdebar dup dap dup dap ni?

mr G..tq
aku berdebar je nih
dup dap dup dap
owh knp kah?

chat ngn member td
terus dia ckp cm ni.. "ntah2 tanda2 ko nk dpt transfer blk semenanjung kot?"
apakah bener?
kalau betul la kn....syukur...
beronok2 la aku andai kata2 kwn aku 2 betul


xsabarnya nk tau result perukaran ni,..
ilanglah debar di ati ni cepat...


dpt ke x... dpt ke x...
tik tok tik tok... duhhhh



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Open house...situ sini sinu

kenyang smpi mlm
Blk je srwk open house bersepah2... byk xterkata smpi perut naik pening...
sian perut... asyik masuk kek lapis je dlm mulut...
pastu dihidangkan plak air bergas..duhh sesak perut.. sian dia...

start ari selasa lepas smpi la ari ni aku ukur jln jer..
pas 1 umah ke 1 umah
penat giler
nk naik penimbang pn dh fobia
cm makin bulat je bdn ni dek penangan raya
aduii...
next week nk kena puasa
biar perut rileks dl..
ptg ni ada lg sebuah umah nk kena g
mmg la kenyang smpi mlm
huhu...

mmg best ada mkn2.... tp xbest bila terlalu byk mkn..
bdn rasa xsihat...
melambatkan pergerakan aku yg pantas ni...
pastu mula la mual2 semacam jek...
pastu cpt dpt sakit sbb aku mmg xleh minum air bergas
n org sini mmg suka hidangkan air bergas

apepun aku hargai jemputan dorang ke umah... :)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 14, 2010

SepAruh JiwAku PerGi :-(

~~ 9.15 a.m. (Monday)
flew to kl

~~ 12.50 p.m
naik belon ke KK
suppose flight kul 10.20 tp telepas..
waaaaa bengang!!

~~4.00 p.m.
amik cab ke sipitang

~~7.30 p.m.
arrived @ sipitang...
g memenuhkan perut kt KFC dl...
bengang time 2 pn ade.. dh la penat angkut beg...
tmpt duduk aku lak org curi..pastu wat muka xbesalah lak 2..
even dia OKU pn dia kena jgk tgk ada tanda2 tmpt duduk 2 ada org ke x..
mtk maaf pn x... sabar sabar
mls nk gaduh pnjg aku ngalah... angkat beg then g duduk kt meja luar KFC..
meja plak ngok ngek... gerak2 lak time aku mkn...duhh
sabar je la..

~~7.45 p.m.
Housemate smpi... gegas naik MYVI putihnya...
penat xyah ckp la..

~~8.30 p.m.
smpi kt merapok...
smpt nengok tv jap
xsempat kuarkan brg dr beg...
xsempat kemas katil
xsempat tutup lampu..
sedar2 jam kul 5 pg dh..
bgn solat subuh then tido blk...
kul 6 pg td bgn gosok bj dgn kemalasan melanda ati..

org laen masih bercuti aku je dh kena keje... owh betapa pilunya ati
masih teringat umah
masih byk umah sedara yg xziarah lg...
huhu...
mmg separuh jiwa masih di kg
ni pn dh mengira hari nk blk cuti plak ujung thn
cptla masa itu dtg..... indak tertahan lagi... :(


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, September 8, 2010

KekAdanG TerFikir jgk...

Diam xdiam Ramadhan dh smpi ke hujungnya... apa yg dh kita capai slma ni? hmm renung2kan la... aku ni pn kekadang xkonsisten / istiqamah jgk dlm melakukan amalan2 sunat nih... hai la.. jihad ngn diri sendiri pn dh xpass cm ne nk jihad melawan musuh2 Islam? hmm... terfikir sejenak...

Hmm.. raya dh dekat nih... ade benda nk kena beli... TUDUNG.. yess tudung... sebut psl tudung kekadang 2 terfikir jgk apa makna bertudung pd sesetengah orang/ kaum hawa/ muslimah? apakah TUDUNG sekadar trend yg akn pegi bila dtg trend yg baru? aku jd sedih bila ada org yg sewenang2nya mempermainkan arahan bertudung dr yg MAHA ESA... xtakut ker dorang? dgn alasan blm bersedia maka diletakkan selendang/ tudung kecik yg xmenutupi dada... konon dipakai mengikut majlis... aduii beraninya mengeluarkan statement mcm 2... arahan simple mcm 2 pn xdpt nk ikut.. jadi sedih plak tgk org memperlekehkan hukum Allah.. adakah ini zaman jahiliyyah moden?
Take a look here: "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau
* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)

2nd thing is kenapa perlu angkat sanggul? trend ni dh menular smpi ke sekolah... pueh aku tegur... bebudak cm xpuas hati je bila kena tegur supaya turunkan sanggul.. sshnya bila trend yg xelok ni lebih diterima dr fesyen yg menepati syariat.. penah 1 ketika dl time fesyen ni diperkenalkan aku jd takut nk beli tudung cm 2.. takut kalau2 sanggul mmg dh disediakan dlm tudung 2.. puas jugak aku menggoogle benda ni...

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah).. 
Mmg jelas dan nyata dh 2... jgn dipersoalkan lg.. sama2 la kita beringat bila nk berfesyen ni.. dr nk mencari redha Allah terus dpt kemurkaan-Nya.. so tepuk dada tanya iman.. skrg ni maklumat di hujung jari jer.. so carilah maklumat 2.. rujuklah pd yg lebih arif sbb kadang2 ada org yg sanggup gadaikan Agama utk kepentingan dirinya sendiri... mcm sorang penceramah tersohor yg mengatakan hukum meninggikan sanggul itu harus (if xsilap). selagi xyakin carilah maklumat smpi kita jumpa 1 konklusi yg meyakinkan... 

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN... Slmt tinggal Ramadhan n moga bertemu lg kita thn hadapan, amiin... 

jom klik aurat wanita 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 7, 2010

PenDiDikaAn RoHani, PemBiNaaN PeriBadi

Alhamdulillah semalam aku berkesempatan meronggeng ke bandar Alor Setar menemani adik lelaki aku yg hensem n kacak (puji plak dia) g bersoping baju raya n baju utk keje... uii leh tahan ek lelaki soping (ke adik aku jer).. naik lenguh gak kaki aku mengikut dia.. bila aku ckp bju yg 2 mahal dia cm xpueh ati.. hik3.. ampunla dik.. kakakmu ini mmg jenis xbeli brg mahal2... paling mahal pn laptop ni ha...  rasa syg nk kuarkan duit byk2.. 2 sbb aku sempoi jak tp maintain cute.. poyo lak dia.. hik3...

Dlm menantikan adik kesayangan mendapatkan baju seluar yg diidamkan maka kaki aku terus melangkah ke kedai buku... ahaa tmpt ni la yg wat aku gila... tmpt ni jugakla yg bakal melihat aku kuarkan duit tanpa segan silu..soping bhn ilmiah xpe kn? dlm melilau2 mencari si buku yg diidamkan ada beberapa buku yg dlm perhatian.. nk beli semua takut xterbaca plak.. makanya aku beli 2 buah buku jer.. erk sbnrnya kt umah ni masih ada 1 buku yg blm berbaca tup2 aku tambah plak lg 2 buku... makanya nk kena meneliti n mentelaah semua buku la.. xpe la beli buku xde la rugi pn.. malah akn bertambah2 ilmu di dada n dpt memantapkan santapan rohani n penambahbaikan keperibadian aku ni.. 

Apa buku yg aku beli? sebenarnya target utama buku lain.. disebabkan xjumpa aku pn amik la buku yg lain.. janji tgn aku ni tetap pegang buku jgk... penat oo pusing 1 bookstore tp buku yg kita nk xde.. naik pening cashier tgk aku... memusing2... ahaks!! aku pn pening jgk sbb kena berpusing2 kt situ... :D sbnrnya dh lama aku nk beli buku yg bertajuk YA ALLAH, AKU TAK INGIN SENDIRI (Burhan Sodiq)... frust jgk sbb xjumpa.. tp kefrustan aku ni terubat bila aku jumpa bkn sj 1 malah 2 buku yg aku kira dekat dgn hati iaitu MURABBI CINTA karya ust.Hasrizal Jamil n 1 lg DI MANA DIA DI HATIKU hasil tulisan Phahrol Mohd Juoi.. Ni pertama kali aku baca buku karangan ust. Hasrizal a.k.a ust. cinta... sedap gak aa.. bc buku dia membuatkan aku terfikir keadaan n keperibadian aku terhadap ibu bapa, famili n org2 sekeliling... :) buku ke dua blm lg aku bc.. masih berbalut plastik you.... 


Sbnrnya ada lg 1 buku yg menangkap jantung aku..ecewah... novel karangan Ilham Hamdani... aku da penah bc sekali... mmg best... pembawakan watak n cerita dia bersahaja n masih xlari dr syariat.. 2 yg wat aku jatuh cinta ngn novel2 Islamik nih... yg lg best pasal novel Ilham Hamdani ni citer dia semua berlaku kt luar negara.. watak dlm novel 2 berjaya menyampaikan dakwah secara berhikmah... novel sblm ni aku baca mengambil tmpt di Jepun yg smlm aku xingt lak apa nama tempat 2... aku leh jadi 'gila' bila masuk dlm kedai buku.. suka amik bau buku2 yg ada kt situ... 1 lg buku yg aku nk novel Ramlee Awang Mursyid... dh lama nk bc novel Mikhail dia 2 namun masih x terbeli..

Plan asal nk beli tudung tp hasrat 2 terbantut bila dh nmpk buku... :D haha... mgkin esok la kot kena kuar beli tudung.. ari ni duduk umah n wat proses pembersihan bersama adik aku... cuci apa yg patut..memvakum karpet2 n mengemas umah..bkn xkemas tp nak nmpk lagi kemas... kena panggil eric leong kot utk tatarias umah aku... kalau nk mengharapkan aku yg nk dekor2 ni hmm hancus la.. tgn xberseni tp bersendi jer... :D

Sblm fly 2 borneo aku ingt nk grab lg 2 3 buah buku.. wat bahan pengisian jiwa kt sana... buku apa ek nk beli....?? :)


p/s xdpt nk upload gmbr sbb line tenet kt kg very the siput...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, September 6, 2010

WaJiB DaPat!! XkiRa

Mlm td aku kemaskinikan permohonan pertukaran antara negeri dgn menambah beberapa alasan yg aku kira relevan dgn situasi aku skrg..... berharap sgt dlm hati agar permohonan insan yg blm bekeluarga n beranak pinak cm aku ni dipandang even hanya sebelah mata oleh pihak KPM... 

Ada alasan kenapa aku minta ditukarkan pulang ke semenanjung.. kalau fikir pasal elaun mmg la elaun d borneo maha banyak nk dibandingkan ngn semenanjung ni ha.. namun dek kerana ats sbb tertentu elaun2 yg bakal berkurangan andai kata aku berjaya memboloskan diri masuk ke sememnanjung aku kena terima ngn hati yg terbuka biarpun sedikit shj bukaannya

Aku diejek oleh seseorang di sekolah sinun... aku tau ada org yg xmenyenangi aku bila aku nk bertukar sekolah n negeri.. bg dorang aku masih baru... dorang xkn rasa apa yg aku rasa sbb dorang berkhidmat di negeri dorang sendiri.. aku ni yg menanggung beban tekanan perasaan yg mendalam dek kerana memikirkan hal ini... aduhh tolongla fhm.. alasan aku bujang n sepatutnya berkhidmat lg 5 thn kt sana...ingt BUJANG ini xde tanggungjawab? ingt BUJANG ini xde keluarga yg harus n patut aku pantau n ambil berat selalu? apa dgn menghantar nafkah stp bulan boleh menentukan keadaan keluarga aku terjamin?

Siang td...bunda aku xsihat.. risau aku dibuatnya.. mak aku sering sakit2 skrg ni lantaran memikirkan anaknya terutama ank perempuan sulungnya ini terpaksa merantau jauh dr nya.. aku xpenah berada dekat dgnnya slps SPM lg.. aku sering merantau.. ke t'ganu, kl, seremban n skrg srwk.. dek kerana itu aku rasa WAJIB bg aku utk berpindah n duduk di sisinya... penah aku nangis sbb xdpt blk jenguk mak aku yg ketika itu sakit n xdpt bgn... kalau boleh biarlah aku sentiasa disisinya skrg ini... adik2 aku masih belajar n ssh bg dorang utk menjenguk bunda aku... n biarlah tanggungjawab menjaga bunda ni aku pegang sampailah adik2 aku dh bekerja nti brulah kami sama2 menjaga bunda tersayang... 2 sbb aku tergedik2 sgt nk isi e-gtukar.. ada fhm?

knp org mempermainkan alasan aku ini.. smpi ada yg kata nk mtk pindah jgk sbb kambing sakit.. hina sgt ke alasan aku... time 2 aku rasa mau sj aku tampar mulut org itu.. mmg xmenghormati org langsung... awk xnk blk awk punya psl.. sy ada tanggungjawab besar... sy dh xrasa seronok bekerja bila hari2 kpla asyik fikirkan keadaan mak sy yg xsihat... sy xnk apa2 jd pd mak saya.. sy sayangkan mak saya... saya nk blk... WAJIB DPT PINDAH!! SY XKIRA!! Raya kali ni dh xbest sbb mak xsihat sepenuhnya... (kn dh nangis nih)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

KenApA TaK KawiN Lagi??

"Kenapa x kawin lagi?" soklan ni menjadi soklan paling popular since last year until NOW... erk salah ke xkawin lagi? adakah ekonomi merudum bila aku xkawin lagi? hoho..bajet hebat je aku ni kn? org keliling aku ni seakan panik (erk bkn seakan lg dh... mmg panik sgt2) bila aku yg akn bertambah usia pd pertengahan september nti blm lg berkawin... asal tgk aku lepak2 mcm xde keje maka org2 sekeliling pn duduk la di depan,tepi kiri kanan aku..... soklan 1st pasal umur.. well aku xde problem bab2 umo.. dengan selamba badut je aku bitau.. i'm 26th.. semua membulatkan mata n ada yg melopong... "Ko kena kawin dh skrg... sedang elok dh umo ko 2.. apa lg ko tgu.." haha senyum pahit gak aku dgr..
"Ko ni memilih sgt la..." duhh apa dorang tau pasal aku? kalau xkawin mmg sbb memilih sgt kah? yeahh mmg kena pilih... sbb aku bkn nk hidup dgn khalifah aku sehari 2 tp smpi mati... bila aku pusing ayt cm ni.."senang2 tolongla carikan utk sy.." terus dorang senyap.. kenapa? dh sibukbadan (busybody) sgt hal aku xkawin so tolongla cari.. haha cm desperate je kedengaran ayt itu...

Seiously, aku x sedesperate itu... mmg kt umah ni pn telinga dh xtahan nk dgr bebelan mak aku.. ye la sepupu aku yg sebaya aku dh beranak pinak dh... tp aku still maintain solo.. bujang trang tang tang kata org... bkn xnk tp ntah la bab2 jodoh ni sukar sket.. kekadang 2 merancang tp alih2 xjadi.. last year hampir bertunang alih2 dpt tau that guy kawen ngn org lain.. :) haha..gelak je la bila dgr hal 2 w'pun hati dh nangis... cewah poyo jer..

My fren's wedding
Time kt kg td pn mak sedara tanya aku... aku senyum je la.. dia pujuk la aku... dia kata mngkin jdoh aku lmbt..haa ni yg aku nk dengar.. br best.. xde yg mengata aku bagai... then aku ckp la senang2 aku nk sambung je bljr..org pn xkn tanya lg dh... dia senyum jak.. benda ni pn (sambung bljr) dh aku khabarkan kt mak ayh aku...nmpk dh dpt green light la.. :) mgkin org sekeliling akn diam seketika kot kalau aku sambung bljar... mencari sang khalifah bkn mudah.. ibarat mencari sebutir mutiara putih di dasar lautan (ecewahh...cakpong cakpong) n aku jugak nk mencari insan yg dpt membantu aku meraih redha Allah... tinggikah pengharapan aku?? ntah la... bkn ustaz yg aku cari namun insan yg lengkap dr segi agamanya. yg dpt aku jadikan rujukan di kala hati dlm kekusutan... org akn beranggapan pengharapan ini terlalu tinggi... namun siapa tahu Tuhan akn makbulkan permintaan aku ni.. so org2 sekeliling aku doakan lah kebaikan buat aku... jgn lah terus-terusan mengasak aku dgn pertanyaan yg sket sbyk membosankan aku.. gimme time.. InsyaAllah that time will come.. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat aku.. aku hanya manusia yg mampu merancang namun perancangan-Nyalah yg terbaik buat aku... :)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 4, 2010

Damainya....

tq mr.G
Penerbangan selama 2 jam 20 minit akhirnya berjaya mendarat di KLIA... alhamdulillah.. akhirnya dpt la aku menjejakkan kakiku ke bumi bertuah tanah tumpah darahku.. flight seterusnya tengahari nti utk ke alor setar.. mmg xsabar nk memeluk ibunda kesayangan.. rindu pdnya meluap2...

*

*

*

*

*

Apa nk wat ni? flight lmbt lg... nmpknya kena mencari port utk zzzz la.. ihiks....


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 2, 2010

Dangerous Shampoo!!

I got this from my colleague (btul ke ejaan ni?).. I think it is my responsibility 2 share it with u... read it...

Dangerous Shampoo!!!
Banned By Dubai Government!!










Sodium Laureth Sulfate

SLS
CLEAR , FRUCTIS ,
Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Body Shop

All these Shampoos use a chemical called SLS which is actually a floor cleaner. They are used so as to produce more foam

Imagine what a floor cleaner can do to you hair and scalp. It will damage the very roots of your scalp.

Check out for SLS in toothpaste too!!!
Use the ones which are free from this extremely harmful chemical.

Type in 'SLS Free Shampoo' or 'SLS Free Toothpaste' in Google.com to get a list of companies selling safe products. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, September 1, 2010

Duhh failed la plak....

*

*

*

*

*

Finished checking 2nd pre-UPSR test...

The highest mark was 79

The lowest mark was 28

*

*

*

*

Rasa nk kekah sorang2... puas aku ajar masih xnk ikut... nk ikut suka hati jugak jawab especially paper 2... paper 1 mmg xdapat nk tolong.. bila check je paper 2 naik marah pn ada... dh la semalam kepala still pusing2 360 darjah.. nk nangis pn ada jgk... dok tgh sabar je ni.. susah sgt ke nk ikut tips yg aku bg ni? merajuk kang br dorang tau....

B.E.N.G.A.N.G. sgt2... dok tau nk kabar cm ne dh ni....



p/s nk isi borang transfer blk semenanjung jp lg.. yeayy.. suka jgk aa w'pun tau kebarangkalian nk dpt blk 2 tipis... apa yg penting aku usaha... kn?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan