Saturday, November 10, 2012

Saya dah jadi ibu.. alhamdlillah :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah tamat sudah 44 hari berpantang.. kaki ni dah ketaq nk drift kereta baru kat atas jalan.. :D

Erkk lupa nak gitau yang ticer dah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.37kg pada 26 September lepas secara separa normal. Kenapa separa? Sebabnya badan ticer diinduce sebab anak masih tak mau keluar biarpun diberi tempoh seminggu selepas tarikh jangkaan bersalin. Rasa azab kot penangan induce ni.. hihi... time jahit tu pun rasa ‘best’ jugak... hee... apapun tu la orang kata pengorbanan seorang ibu.. dah rasa macammana perjuangan ibu ketika melahirkan..

Nama diberi Wan Amni Syafiqah.. nak pilih nama ni pun tanya ustat Baba dulu..ok ke tak maksudnya.. at last ustat Baba kata ok sangat..yippi!!

Si kecik ni ditahan kat wad selama 3 hari sebab demam kuning... ticer kat umah berjuraian air mata.rindu ohh kat anak.. hari-hari berulang alik ke hospital untuk breastfeed dia.. tengah cuba dan berusaha breastfeed dia sampai umur 2tahun insyaAllah..

Sekarang dah lasak sket.. maklum la dah sebulan lebih.. dah mula bercakap-cakap and bagi respon kat orang.. hee.. tak nak baring kalau terjaga dari tidur.. kalau orang lambat angkat dia keluarlah suara nyaring dia tu..

Hmm... sekarang ni dah kena cari pengasuh sebab ticer akan bawak dia balik ke Kuala Selangor tahun hadapan.. huhu boleh ke jaga anak sorang-sorang ni... harap-harap kuatla.. entah kenapa la masih tak dapat transfer ikut suami lagi.. konon-konon orang yang da kawen ni senang transfer...tapi....?? sabo je la...

Ni gambar dia...sekeping cukup la kan.. J comel tak? Hihi J


:.. Doakan ticer kuat membesarkan anak di tempat orang..risau keselamatan diri sendri je ni haa.. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan