Thursday, March 31, 2011

Membaik pulih...

Moga apa yang berlaku hari ni dapat dipulihkan  nanti... harapnya takkan hilang sedikitpun kepercayaan yang diberi pada saya itu... 

Kesilapan yang tak disengajakan... sebaik mungkin saya cuba mengelaknya namun apakan daya.... 

Moga kemaafan dipohon diterima dengan hati yang terbuka...


Friends again?




:.. saya trauma...serius!!



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

al-kisah pagi ini...



Datang lambat ke sekolah...hoho selambe... makin merudum je prestasi...sebelum ni cewah awal kemain datang...ish3 sungguh tak elok perangai gini....

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sarapan rohani sket...

Saya dapat emel dari sahabat baik saya... alhamdulillah bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang macam ni..yang sentiasa mengingatkan saya andai saya terlupa...yang sentiasa menegur andai saya terlebih sudah... saya pasti ramai yang pernah membaca emel/pesanan ni..namun tak salah andai saya kongsikan sedikit dengan orang lain... 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, March 30, 2011

Saya risau....


Hujan rintik2...membuatkan ingatan aku terbang menuju ke negeri jelapang padi...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

buah

Buah?

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Keteringinan..

As-salam n selamat pagi... :) tak dak entri menarik untuk dihapdet ari ni... so sleepy...tak tau la naper.. malam tadi tido terganggu... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, March 29, 2011

Mira Liyana vs Faizal Tahir

Siapa Mira Liyana?...ala yang belakon citer Kamelia Katrina 2..yang tetiba leh berpakaian seksi seksa xhengat 2... cewah....

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, March 28, 2011

So....how?? Balut ke tutup?


Ni trend sekarang.... membalut aurat..

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

JJCM punya pasal

JJCM ari ni memang buat saya kecur liur... waa banyaknya makanan yang menjadi kesukaan tekak saya... hoho... asam pedas ikan sembilang la... masak lemak siput

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, March 27, 2011

Baru nak join... FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Kenapa banyak citer hantu?

Tak faham sebenarnya kenapa bersepah-sepah cerita hantu sekarang ni...

Apa yang cuba disampaikan? jangan mempercayai benda2 khurafat? atau masyarakat sekarang lebih mempercayai benda2 macam tu?... buat cerita lain boleh dak...? Cerita yang mendatangkan faedah... banyak lagi kot cerita lain yang boleh diketengahkan...



rembat dari pakcik Google
Haishh tak tau la.. kadang2 naik bosan bila kat TV and iklan2 semua promote cerita yang macam ni... memang la dulu layan jugak tapi lama2 rasa terfikir balik untuk apa cerita jenis nih?  Kan best ada cerita-cerita cam ni

Tapi kalo tak silap.... dah ada cerita2 jenis ni kat TV Malaysia..cuma kalo bleh perbanyakkan la... :) rasa tenang je dapat tengok cerita macam ni..kalo tengok cerita hantu2 2 rasa nak jerit je banyak pastu tak faham apa... hik3.... (sebenarnya penakut nak tgk cerita antu)

Nak tengok citer ni lah... :))



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Keja cikgu ni senang....

keja skolah tahun lepas..ihiks




Statement 2 dah banyak kali saya dengar.... nampak senang pada orang yang tak melalui hari2 mencabar sebagai sorang guru... saya takdelah kata kerja laen 2 lagi senang.... disebabkan ramai beranggapan kerja guru ni mudah maka ramailah yang terjun ke profesion ini.... 

Bagi sesetengah orang cikgu hanya masuk kelas....mengajar...bagi latihan...semak latihan.... bebel bla bla bla bila murid xsiap keja skolah... cuti PANJANG... disebabkan cikgu dapat cuti panjang so dikatakan kerja cikgu senang.. :) 

TAPI hakikatnya cikgu sebagai kerani, setiausaha, cleaner bila ada bebudak kicik2 cam anak2 saya membuang segalanya dalam kelas.(erk bleh faham kot..?), interior designer (bila kena time nak hias kelas), akauntan, bibik, mama, papa...cuti hanya pada kertas semata... dalam cuti pun cikgu bekerja... beruntung sket la saya yang mengajar di Borneo ni diberi kelonggaran untuk tidak ke sekolah bila cuti panjang... tapi kalau cikgu2 lain dah semestinya kena duduk sekolah... mengajar tusyen pulak... 

Selalu orang pandang lekeh pada cikgu sekolah rendah..kenapa? senangkah kerja cikgu sekolah rendah? owhh hakikatnya?? 


hik3... ni bukan entri lepas geram... cuma saja2 nak wat entri ni becoz dah banyak kali saya dengar statement 2... sekarang ni macam2 pembaharuan dibuat utk sistem pendidikan rendah... yang terbaru KSSR... sampai cikgu2 naik pening.... even saya tak mengajar tahun satu pun saya terasa sekali kekalutan and kesibukan yang dialami oleh cikgu2 tahun 1... 

Kalau murid tak boleh membaca yang salahnya cikgu
Kalau murid tak boleh mengira dan menulis yang salah tetap cikgu
Kalau murid gagal peksa yang salahnya juga cikgu
Kalau murid berjaya..........?? cikgu tak termasuk dalam senarai sebagai penyumbang kejayaan itu pun... sebenarnya dalam ati sorang cikgu tak dak sekelumit perasaan pun meminta sanjungan yang tinggi... cuma sebagai orang yang menadah/menerima ilmu dari mereka pandai2 lah kita untuk mengucapkan terima kasih... ye dak?

Tak kisah apa kerja sekalipun semuanya ada cabaran... so tak payah la nak kata kerja orang ni senang kerja orang 2 susah... mencari rezeki yang halal itu yang penting ye dak?? :) hihi sekadar pendapat  sekupang dari saya...

p/s glemer ticer shida 2 sekarang ehh.... wat video miming ja pn... jeles? tak pun






Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, March 26, 2011

Bila belon naik harga


~Adakah belon ini? Ohh tidakkk......

Ini pun bukan..... belon yang saya maksudkan ialah jeng jeng jengggg
(bajet cam orang nak tau je kan?)
-

-

-

-

-





Inilah belon yang saya maksudkan... tiket balik cuti bln 5 tak beli lagi..harga melonjak naik sudah... dah try survey harga ke 3 airlines 2... tabung ayam saya ad baper sen je ni... wuuuu nak kelik naik sampan la pulok... huk3...


Erk..naik belon ni sampai umah tak? hik3.... 





Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Suka sangat ngan contact lense... TAPI


Start memandai2 pakai contact lense time 3rd year kat kampus... time 2 pakai yang clear... naper pakai? saje nak try la... sib baik ada keberanian time nak masuk n kluarkan contact lense (CL) dari mata... ada sesetengah orang seriau atau dengan erti kata lain takut/ngeri nak contactkan lense 2 kat mata...

Pastu stop dah sebab tak sempat pikio bab2 ni becoz of bz ngan aktiviti persatuan... so kembali berkaca mata...ehh pakai spek pun cun apa...kui3... ayat perasan la 2... tapi masalah melanda bila saya tak ingat kat mana saya letak spek mata... benda terjadi bila pas solat/ lepas siap2 nak g kuliah/ keja... cam nak nangis jer rasa bila cari spek tak jumpa... huhu..sian dak..?

Lepas tu terjumpa lak CL yang boleh dibeli on9.. ohh saya ni kekadang bleh naik GILA jugak kalau bleh soping on9...nak2 plak dapat benda yang selalunya memuaskan hati saya.... CL on9 kebanyakannya lagi murah dari kat kedai... dah la warna cun2... boleh dapat dalam masa 3 hari bekerja (ikut tempat...kalo tempat saya ni almost a week gak brg baru sampai...) excited tak yah cakap la... mata pun jadi cun. eheh tak habis2 cun... tapi lama kelamaan saya perasan sumthing... mata saya cepat pedih bila pakai CL yang dibeli on9 nih... jangka hayat CL ni setahun bergantung pada cara penjagaan kita... tapi time saya beli kat kedai optometris 2 cakap CL boleh diguna sekurang2nya 3 bulan (if i'm not mistaken)

Kenapa yek pedih mata kalo pakai CL on9 nih? Seperti biasa pakcik Google akan membantu saya untuk membuat sedikit pencarian... saya terjumpa web berkaitan ngan CL on9 ni... Masalah pembelian CL berwarna secara on9 ni sebenanrnya sama dengan pembelian CL tanpa preskripsi. Maksudnya tiada pemeriksaan mata dari yang pakar... sungguh tak sanggup baca bila tuan empunya blog 2 membuat pemeriksaan kat pesakit dia... huhu

Hmm...lepas ni apa2 hal yang berkaitan CL saya akan refer dari optometris..mungkin agak mahal tapi takpelah...keselamatan 2 penting kan..Mata ni nak pakai lama... kalau rosak....takda ganti dah... sebelum ni saya tak tahu kesannya...bila dah tahu macam ni so saya akan elak... Mencegah lebih baik kan.. :) 

Bukan nak menutup periuk nasi orang yang berbisnes CL on9 ni.. tapi atas faktor keselamatan saya rasa patut kot saya mengelakkan diri dari terus-terusan membuat pembelian CL secara on9... serius takda niat nak tabur pasir kat periuk nasi orang.... 

Thanks to this owner 4 the knowledgeable information (aitcehh speaking broken English lak eden)

Contact Lense Berona-roni

Kanta Lekap
rembat kat google lagik







Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Keletihan...kelelahan...

Saya cepat letih sangat sekarang ni.. pukul 8mlm confirm 'selamat'... kenapa ntah jadi camtu... pastu bangun seawal kul 4pg... pastu terkelip2 taktau nak wat apa (kan bagus bangun solat malam..apa daa) so puas la saya menggoogle punca-punca keletihan... tapi taktau la ada kena mengena ngan saya ke tak... 

Punca-punca keletihan

1.      TIDAK CUKUP TIDUR
Memang jelas jika anda tidak mendapat tidur yang cukup. Secara negatifnya ia akan mengganggu konsentrasi dan kesihatan anda. Orang dewasa sepatutnya mendapat 7-8 jam waktu tidur setiap hari. (kira-kira balik memang cukup 8 jam...)

2.      “SLEEP APNEA”
Sesetengah orang menyangka mereka telah tidur secukupya tetepi rup-rupanya “sleep apnea”. Secara ringkasnya ia menghentikan  pernafasan anda sepanjang malam. Setiap kali gangguan  akan membangunkan anda untuk seketika tetapi anda mungkin tidak ambil peduli. Kesannya anda akan ketagihan tidur walaupun telah menghabiskan 8jam tidur semalam. (cam terkena kat diri sendirik)

3.      TIDAK CUKUP MAKAN
Tidak cukup makan juga boleh menyebabkan keletihan tetapi makan makanan yang salah adalah masalahnya. Mengambil diet yang seimbang membantu  mengekalkan kadar normal gula dalam darah dan mengelak rasa lemah apabila kadar gula dalam darah menurun.

4.      “ANEMIA”
Anemia adalah sebab yang menjurus kepada keletihan  bagi golongan perempuan. Kehilangan darah yang banyak ketika haid juga mengakibatkan kekurangan zat besi (iron) yang mana berbahaya kepada golongan wanita. Sel-sel darah merah diperlukan kerana mereka yang membawa oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan manusia.

5.      TERTEKAN
Anda mungkin rasa  adalah penyakit emosi bahkan ia juga menyumbang kepada masalah fizikal. Contohnya keletihan,sakit kepala da hilang selera makan. Jika anda rasa letih dan murung yang berpanjangan selama 2 minggu sila jumpa dengan doktor dengan segera. (erk..?)

6.      “HYPOTHYROIDISM”
Thyroid ialah kelenjar kecil pada bahagian depan leher anda. Ia mengawal kadar metabolisme, kelajuan badan menukar makanan kepada tenaga. Apabila kelenjar tersebut tidak aktif dan fungsi metabolisme rendah anda akan rasa lemah dan berat akan berkurangan.

7.      PENGAMBILAN “CAFFEINE” BERLEBIHAN
Caffeine boleh memperbaiki kecerdasan dan konsentrasi mengikut dos yang sesuai. Tetapi apabila berlebihan ia akan meningkat kadar jantung, tekanan darah. Ada kajian menunjukkan sesetengah orang mengalami keletihan apabila mengambil caffeine  sera berlebihan. :D

8.      JANGKITAN SALURAN KENCING TERSEMBUNYI
Jika anda pernah mengalami jangkitan saluran kencing anda terdedah kepada rasa sakit, tergesa-gesa(kencing tak lawas). Jangkitan initidak memberi tanda-tanda awal melainkan anda keletihan.


9.      “DIABETES”
Secara abnormalnya, penghidap diabetes mempunyai kadar gula yang sentiasa tinggi dalam saluran darah bukan dalam sel badan yang ditukar ke dalam bentuk tenaga.dengan itu anda akan berasa sangat letih.

10.  DEHIDRASI
Keletihan anda adalah tanda badan anda terhidrat (haus). Samada anda kerja luar atau di pejabat, badan anda tetap memerlukan air untuk bekerja dengan baik dan menyejukkan badan.

11.  SAKIT JANTUNG
Apabila anda terasa penat atau sangat letih setelah melakukan aktiviti ringan seperti menyapu sampah atau berkebun, itu tandanya jantung anda tak mampu meneruskan tugas itu. Jika kamu rasakan yang ia kerap kali terjadi sehingga menyusahkan anda meneruskan sebarang tugas walaupun benda yang mudah, sila berjumpa dengan doctor.

12.  PEKERJA SYIF MALAM
Bekerja pada waktu malam sebenarnya mengganggu “jam dalaman” anda. Anda akan rasa letih apabila dikejutkan malah akan menghadapi masalah tidur pada waktu siang.

13.  “CFS DAN FIBROMYALGIA”
Jika anda mengalami keletihan lebih dari 6 bulan dan lebih teruk jika anda melakukan aktiviti harian, anda mungkin menghadapi sindrom keletihan  yang kronik ataupun fibromyalgia. Banyak lagi tanda-tanda bagi penyakit tersebut tetapi kesan ketara ialah keletihan.



Macam ada sedikit terkena pada diri ini... so camna nak elak semua 2??

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Moga berjaya

gambar rembat dari Google

Petang semalam dapat called dari ustajah... Memula biasa la ustajah tanya progress untuk kenduri nanti...erk sebenarnya tak buat apa2 lagi...kalau cakap camtu mesti kena bebel... ye tau planning kena baik punya... takpela nanti saya diskas ngn incik tu... susah dok jauh2 ni...nak mintak tolong ustajah pun by fon jer... nak mintak tolong banyak2 sian pulak... 


Then saya tanya pasal adik saya yang attend interview ari Rabu lepas... ustajah cakap time pegi inteview ari 2 dapat result on the spot jugak... pihak BSC memang perlukan pekerja dengan segera... so adik sket punya terkejut mintak sedikit ruang untuk berfikir jap.. ye la selalunya kan kalo interview dapat result dalam 2 minggu... alih2 ini dapat tau segera pulak....


Setelah puas berfikir akhirnya adik saya terima... dekat pun dekat... huhu dia xmo pegi jauh2 dah...cukuplah kakaknya (saya le 2) and abangnya yang berhijrah ke tempat yang jauh... dia nak dekat ngan ustajah...(anak manja? hihi bukanla....dia nak tengok2 ustat n ustajah)


Semalam ustajah cakap lepas ni beliau n ustat rasa sunyi la.. selalu 2 ada adik lain sikit... hmm... dengar suara ustajah cam berat je nak lepas..tapi demi kerjaya adik beliau merelakan juga... takpe dekat je 2..anytime leh balik... cam saya and adik sorang lagi 2 lain sket... kena betul2 cuti baru leh balik...


To my youngest bro a.k.a adik moga berjaya menempuh alam kerjaya....  dah penat menanam anggur akhirnya dapat kerja juga kan...tak sesia kita berusaha..ye dak? Allah akan tolong hamba-Nya yang sentiasa berusaha... :)) All da best with ur new life... :)

p/s: 1st gaji belanja kaklong aa... ihiks..




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, March 25, 2011

Liwat? Isu yang dipolitikkan? Anda percaya? Saya percaya?

Tak berniat membincangkan soal ini sebab saya sendiri terkeliru dengan isu yang semakin panas ini... saat2 pekhabaran tentang pilihanraya semakin hampir saat itu jugalah isu yang mengaibkan ini menjadi topik yang paling hangat dan memenuhi segenap ruang media... apakah isu ini lebih kepada POLITIK / memang benar2 terjadi? hmm... apa kata para ulamak tentang hal ini?  dalam kelembapan tenet yang tetiba melanda pagi tadi saya sempat membaca artikel ini...

So..apa kata anda? apa pulak kata saya?





Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, March 24, 2011

Tahniah, Congrats, Alfun Mabruk!!


Semalam cikgu cikgi berdebo je kan nunggu keputusan SPM.... puas pikir kot-kot ada sedara yang amik result... sampai pening mengingat sape la mangsa yang akan saya tuju soklan best.. hoho macam yang saya alami 10 tahun lepas... dapat je result wahh dapat called terus... time tu xde hp lagi.... ustajah n ustat la jadi mangsa... hik3... puas la menjawab... berapa A, berapa B and berapa C (eh eh ada jugak C)...bukan takat tu je siap kena explain plak subjek apa dapat A, subjek apa dapat B n C.. time saya dulu dah mula SPM terbuka... pakai 1A, 2A... dah xda agregat dah... bleh amik sebanyak mana pun subjek...saya yang amik 9 subjek pun mau terbeliak mata nak study...sangat respek la pada orang yang leh amik more than 9 subjects...  sekarang ni dah pakai sistem macam kat U plak... A+, A-, A n so on....

Kat sekolah ni pun ada 2 orang cegu senior yang berdebar menunggu result anak dorang semalam... ada yang dapat 5A... n yang sorang lagi tak dapat dikesan..ihiks... malas nak tanya lebih2 sebenarnya....pagi tadi pun dorang sibuk2 tanya kos apa yang sesuai dengan result anak dorang 2.. hee... macam tu la gamaknya perasaan my ustajah dulu time kawan2 kat sekolah beliau tanya result anak beliau yang ala-ala nakal ni...ihiks... result tak gempak tapi leh masuk U... kira rezeki terpijak la 2 kan...2 la main2 lagi time belajar dulu...

Rasa bangga bila dapat tahu berita pasal result SPM ex-sekolah saya dulu masuk berita pagi tadi... and rasanya mata saya memang akan melekat kat tv la tengahari/ malam nanti (tu pun kalau tak berlayar awal la)...

Apapun sekalung TAHNIAH buat semua calon SPM 2010..usaha anda bukan disini sahaja...masih panjang lagi jarak perjalanan anda.. pastikan anda teruskan usaha gigih anda untuk masa depan yang semakin mencabar.... :)

Erk..tak lupa juga tahniah buat kawan2 saya yang menggalas tanggungjawab mengajar subjek SPM..anda memang terbaekk!! teruskan usaha kamu yer... :)) tak lupa juga buat semua guru...anda memang hebat! 




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Mimpi oh mimpi...



Pernah bermimpi dipatuk ular? ahaaa.... ada orang nak masuk meminang la 2... biasak la... asal mimpi dipatuk ular je mesti kena usik cam tu kan...? jom tengok maksud mimpi2 anda itu...


mimpi dipatuk ular

jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan rumah anda berselerak dan kemungkinan ada ular dalam rumah anda..ihiks

mimpi jumpa harta karun
jika anda bermimpi jumpa harta karun maka jangan sesekali mengambil harta karun tersebut kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya


mimpi berkelah di pantai
mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan besar kawasan rumah anda akan menghadapi masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari lagi


mimpi membela kambing
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan besar anda tidak mandi sebelum tidur. maka bau- bau kambing terbawak- bawaksehingga dalam mimpi anda.

mimpi Seorang Perempuan Cantik
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan mimpi ini adalah mimpi laila. seperti lagu yang dinyanyikan oleh yasin. 


Taken from somewhere..tak ingat dah kat mana... :D 

Hik3...ampun maaf...sekadar hiburan ditengah2 malam ni... :D senyummmmm






Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, March 23, 2011

Syukurlah....

Cuaca semalam redup... ngatkan ujan rupanya tak... sampai di S.K.Trusan ( jauh ooo) kul 8.20 pg.. bertolak dalam kul 7.40 pagi dari Merapok.... jauh gak ehh...ngatkan dekat jer... 

Sampai je situ dan2 ketaq...wahh students yang ada game cikgi dorang lak lebih2... kui3... tak bawak kamera lak... kamera hp xcanggih.... so amik apa yang patut je la.... tengok sekeliling cuma saya and pengurus pasukan je pompuan.... yang coach n pengurus pasukan lain semua lelaki... wahhhh malu lak nak p join dorang.... 

So dok je la berchit chat ngan cikgu Siti and the teams... menjerit sakan gak la... hohoho...sama naik ngan cikgu siti.. nak wat cam na excited terlebih kan... kui3.... 

Alhamdulillah...team perempuan berjaya merangkul gelaran naib juara and team lelaki mendapat tempat ke 3.. cikgunya? kehabisan suara..hohoho dtg sekolah ari ni suara dah jadi cam ella... serak wooo....

Tapi sedikit kekesalan bila tengok team perempuan tak da sorang pun pakai tudung... saya mintak dorang pakai tudung tapi cam tak de kesan pun permintaan saya kat dorang... huhuhuhu... :(

Harap benda cam ni tak jadi lagi tahun hadapan.... 




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, March 22, 2011

Makin suka kat dia nih..

Satu ketika dulu waktu dia mula2 muncul menghiasi layar perak saya pandang dia gitu2 je..cewah... dia memang cun..serius... pastu seingat saya tak ada gosip2 pelik.... low profile..aitcehh puji lebih2 lak....

Then lagi suka masa tengok Awan Dania..dia bawak watak Fifi yang cam gedik2 santai 2..bukan gedik2 yang naik menyampah kita tengok tapi gedik2 yang ala-ala manja sambil suka makan lolipop...sweet gila...

Then dia diam seketika or maybe saya yang tak tau dia ada muncul kat mana2... tetiba tertengok kat FB and twitter Wardina Safiyyah yang wish congrats kat dia becoz of her new look... yeahh dia pun dah berhijrah sekarang ke arah kebaikan dengan memakai tudung...bila tengok dia makin cun... ye lah bila benda terdedah kemudian ditutup sepenuhnya kan makin cantik 2... makin saya suka tengok dia...


Tengok...kan cantik ni.... alhamdulillah rasa sejuk ati tengok penghijrahan dia.... harapnya dia dapat istiqomah and kuat dalam menghadapi cabaran yang sangat banyak especially dalam dunia hiburan nih... bila dah bertudung and membawa imej macamni harapnya dia pandai memilih watak yang sesuai dengan style dia sekarang.... :) 

Harapnya Irma dapat kekalkan cara bertudung yang betul ini... jangan pakai macam tak pakai tudung maksudnya tak menepati syariat....berfesyen tak salah asalkan masih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam...


Bila si gadis ni nak mengikut Irma Hasmie...? My ustajah suka tengok dia...kalau pakai tudung mesti lagi orang suka kan?? 

Hee...tetiba ja leh wat n3 ni..dah jadi cam ruangan gosip artis lak... hadoii...takda niat nak bergosip2 bagai yer..cuma terpanggil untuk berkongsi kegembiraan bila tengok pemegang nama Irma Hasmie berjaya melakukan penghijrahannya....  :)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, March 21, 2011

Luar kawasan esok.= xngajar derr

Esok kena keluar....ke tempat yang jaoh... sian anak2 terbiar tanpa umi dorang....

Seawal 7.30 pagi dah kena gerak.. harap2 takda benda yang tertinggal...

Baru je sampai Borneo dah kena begerak keluar sekolah lak...

Cam malas pun ada gak...tapi kalo tak keluar habis la teams saya...

Esok ada pertandingan Bola Baling peringkat daerah...

Actually tak nak target lebih2 takut tak tercapai lak hasrat hati ini...

Apapun saya yakin teams saya mampu lakukan yang terbaik....

Esok untuk kesekian kalinya saya tak masuk kelas... aduii... tapi takpela demi tugas yang diamanahkan pada saya maka saya buat dengan rela hatinya... 




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

15032011

cupcakes saya untuk dia

Alhamdulillah pada tanggal 15 Mac lepas saya telah pun menukar status saya.... 

Sampai sekarang pun saya seolah tak percaya... macam mimpi pun ye jugak...

Tak sangka cepat betul masa tu.. 

Moga dipermudahkan semua...dilindungi dari segala kesulitan... moga bersatu dalam rahmat Ilahi... InsyaAllah

dah dapat cincin baru..yeayy



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, March 20, 2011

Saya sudah sampai...


Alhamdulillah tepat pukul 4 petang tadi saya dah selamat sampai di bumi Merapok....kepenatan dek perjalanan jauh sangatlah terasa....

Flight rescheduled pagi tadi..sepatutnya kul 8 pagi fly then di ubah ke 9.40 pagi.. saya sketnye semangat masuk dalam hall kul 9... alih2 dekat kul 10 baru bertatih masuk ke perut bus udara... nasib baik saya dapat seat express boarding... so cepat la saya begerak..ihiks... 

Sampai kat KK dalam kul 1..kemudian dapat called dari sorang lelaki... wahhh siapakah? dia called sebab nak hantar saya and beberapa penumpang lagi balik ke Lawas... syukur sangat sebab xpayah cari teksi lain lagi dah... fiuuu..perjalanan mengambil masa 2 jam setengah... naik flight 2 jam setengah...tambah lagi 2 jam setengah... badan ni toksah ckp la...sengal2 je ni.... 

Apapun saya dah selamat sampai alhamdulillah... dah agak bersawang dah blog saya ni.. ihiks.... esok start sekolah...and esok jugak saya mula mengira-ngira hari nak balik cuti pulak... boleh ka gitu? ;)





Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, March 15, 2011

Line yang tak ok

Hari ke 4 bercuti...agak memenatkan coz banyak mende yang nak di buat dalam masa yang singkat...

~Beli kain untuk buat langsir kelas.. wahh macam kat sana tak boleh beli je kan... haha apa nak buat sana tak da kemudahan transport... nak tak nak saya kena beli kat sini jugak... melayang lagi duit tapi takpe..duit tu duit peruntukan so tak da hal la.. ;)

~Kurang on9 sebab line yang sangat siput sedut.. tapi tetap on9 jugak walaupun nak bukak sesuatu website 2 mengambil masa yang saaaangat lama... semangat dak? kui2..so sepanjang cuti ni tak dapat la nak gi jenjalan melawat blog orang lain...

~Hmm... 2 ja kot... ciau...

:)
takpasal2 siput ni jadi mangsa... ;)





Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan