Tuesday, February 5, 2013

Sekolah dan Saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk sebulan sesi persekolahan. Yeayy minggu ni balik kampung. Cuti seminggu tu... Rasa macam lama tak balik kampung. Cuihhh... nak kata homesick sangat la tu kan..? :p

Tahun ni rasa tahun yang agak mencabar sikit. Sebab diberi mandat (uii mandat tu??) untuk mengajar tahun 1 dan tahun 4. Heh tahap berbeza yang memaksa diri untuk bertukar channel tetiba. Ye la bila masuk tahun 1 level pengajaran perlu rendah... bila masuk tahun 4 level kena up sikit.. dah la kena memanjat tangga.. takpela bukan ke nak slim balik kan... dah reduce berbelas-belas kilo dah ni.. ehh motif promote penurunan berat badan??

Tahun ni pelajar tahun 1 paling ramai. Pehhh pening otak nak menghafal nama. Dah la ramai yang bernama Danish dan Irfan. Kalau panggil Danish je tak de sapa peduli. So kena panggil nama penuh dorang. Cth Danish Farhan. Kalau Irfan pun macam tu jugak. Kena panggil nama penuh yang panjang-panjang tu. Sampai satu masa sekali dengan nama ayah dorang Ticer panggil. Haha senang.

Minggu ni jadual waktu berubah. Dapat 1 subjek baru selain dari English. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Huiii ketaq mak nokk... lama dah rasa tak ajar sivik. Last mengajar masa kat Sarawak dulu. So far kira bleh layan la subjek ni. Enjoy plak students belajar time Sivik. Amboiii time BI semua tunduk ke lantai sebab takut kena speaking. Lagipun time tu Puan Ticer ni garang (tapi cute) semacam je...

posing ala model ;)
Banyak benda nak kena siapkan di awal tahun ni.. harap tak terbengkalai la.. bukannya apa komitmen makin bertambah. Nak-nak pulak kena jaga anak sensorang di perantauan ni.. :D tapi tu bukan alasan untuk tak buat kerja kan... InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk melengkapkan segala kerja dan tanggungjawab yang diberi.

:.. Secara otomatik dilantik Ketua Panitia Sivik.. Aduhaiiii.... baru nak goyang kaki tahun ni... uhukkkk


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan