Saturday, January 25, 2014

Demam yang ni pulak dah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


J

Baru lepas main Emoji.. adoii boleh terjebak lepas tengok kawan-kawan dok post kat FB. Memula tu malas mau layan tapi bila tengok game dia jenis teka perkataan dari gambar so tergerak la nak try.. game jenis ni Ticer suka jugak layan.


Fenomena kah ini? Hehe.. sebelum ni candy crush kan.. tapi game tu tak berjaya menambat hati dan sanubari tapi game ni memang terpaksa mengalah la.. J

Tapi tak de la sampai terbengkalai kerja harian.. main bila free or boring-boring je.. bila ada keja je hold la sekejap game ni.. apa benda yang kita buat pun jangan sampai lalai pada tugasan hakiki plak J

Ok till we meet again.. nak melayan perut pulak..jom lunch J

:.. Ada insan baik hati terus PM jawapan emoji setiap level.. wawawa… 




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, January 11, 2014

Terpisah lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam keputusan rayuan pertukaran guru keluar. Dalam kegembiraan teman-teman dapat berpindah dekat dengan suami dan keluarga, ticer masih lagi berjauhan. Ya untuk sekian kalinya gagal. Hancur, luluh, jiwa terluka. Tak tergambar dengan kata-kata.

Kekuatan sikit demi sikit cuba dibina. Dalam masa yang sama tak terungkap ucapan terima kasih pada Puan Penolong Kanan dan beberapa orang teman yang memberi semangat untuk terus berjuang di sini.

Mr. Zauj, ustat baba dan sudah semestinya ustajah mama turut terkesan dengan kegagalan ini. Dapat je keputusan semalam terus SMS ustat baba biarpun dah lewat malam. Tak sanggup nak bercakap dengan ustajah mama kerana yang pasti air mata yang akan mengiringi perbualan kami.

Allah..berat rasa dugaan ini.. akan cuba untuk kuat dan terus kuat disamping terus berusaha mengisi pertukaran akan datang.


:.. Sayu pulak petang ni.. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan