Tuesday, July 31, 2012

Terima kasih atas keprihatinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni dah bertambah lagi seminggu... dah masuk 33 minggu... lebih kurang 7minggu je lagi kan.. tu kalau ikut doktor la.. tapi tak tau la bila si anak ni nak say hi to the world.  Berharap dalam jiwa raga dan bakul biarlah selepas raya... heee bagi chance kat ummi dia nak memakan habis-habisan ketupat, kuih-muih semua.. :D

Ticer seorang yang sangat fanatik jubah.. :D boleh ke guna fanatik tu? Time pregnant pun banyak pakai jubah.. ye la kekadang ada jubah yang tak sesuai dipakai ketika pregnant. Sebab? Menampakkan perut yang jelas membulat dari minggu ke minggu.

Sampai la satu ketika kat sekolah tadi seorang uncle yang sangat la baik yang bekerja di ofis menegur Ticer. Katanya jubah yang ticer pakai tu dah tak sesuai dengan keadaan Ticer sekarang ni even saiz yang dibeli tu besar satu saiz dari yang biasa dipakai waktu slim (slim ke?) dulu. Heh! Malu ya amat kot kena tegur camtu. Malu kat sini bukan sebab terasa maruah diconteng, dicoreng/ dicarik-carik. Tapi rasa malu dengan ketidak pedulian terhadap keadaan diri sendiri. Orang lain plak yang concern kat diri Ticer.. haishh apa la Ticer ni...


So SMS zauji yang berada nun jauh di utara sana. Beliau cakap kalau cenggitu tak boleh pakai dah la jubah tu. Pakai je la baju yang sesuai untuk pregnant woman macam Ticer nih yang dah bergudang-gudang dalam almari tu (ok ni ayat tambahan.. Zauji tak cakap bergudang-gudang pun). Erk ada harapan dapat baju baru tak Incik Zauji? *wink wink* kan raya dah dekat ni.. hehe...

Apapun rasa bersyukur dan berterima kasih sangat sebab ada yang mengambil peduli tentang Ticer.. terasa diri begitu berharga... J

:.. Penat tunggu ending Dejavu Kinabalu tu... cerita yang terlebih mengagungkan cinta manusia... haishhh.... sangat tak best :D


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, July 30, 2012

Sudah 10 Ramadhan.. :(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bz sangat Ramadhan ni.. hee busy memasak.. cewah... sebenarnya hosmet je yang selalu masak.. dia tengok Ticer yang sokmo lembik pas balik keja so dia ofer diri nak memasak.. tugas Ticer setakat menggentel-gentel kuih je la... ok la kan.. haha...

Alhamdulillah dah pun masuk ramadhan ke 10. Dan syukur jugak masih istiqamah dalam mengalunkan ayat-ayat suci.. ye la dulu time tak pregnant of course la susah nak habiskan satu juzuk sehari kan.. tau-tau ja terpaksa postponed dek sebab-sebab istimewa seorang wanita.


Kat sekolah tadi bercakap-cakap pasal tanda-tanda bersalin.. ada gitau beberapa orang teman yang Ticer sakit perut masa Jumaat lepas.. berpeluh-peluh menahan kesakitan.. masa tu hanya Allah yang tahu... rasa nak berguling pun ada. Semua macam tekejut la sebab nampak Ticer ok je.. huhuhu tu pun puas control..


Then dapat tahu teman ticer kat sekolah tu berjangkit penyakit ni... penyakit ‘berisi’... ahaks!! Ni dah macam acara pass baton acara 4x100m dah ni... tepat sekali la tekaan Ticer and beberapa teman yang lain... Alhamdulillah semua tu rezeki... didoakan semuanya selamat...

Hujung minggu ni insyaAllah akan pulang ke desa... nak sambut puasa kat sana bersama kedua-dua family memandang kan cuti agak panjang... sampai Senin kan... J rasa macam nak balik jauh plak... feel tu bahagia semacam je.. disebabkan keadaan yang semakin membesar ni maka si suami la yang terpaksa datang menjemput si isterinya ini.. ada macam tuan puteri tak? Hehe... :D

Selamat Berbuka dan menunaikan ibadah Tarawih... J

:.. Hari ni offer diri untuk memasak plak.. minta hosmet rileks-rileks ja.. :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, July 25, 2012

Dah masuk minggu 32- berat turun 1kg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramadhan ke-5. Alhamdulillah masih bertahan. Dah masuk minggu ke 32 a.k.a 8 bulan. Sekejap je rasanya. Sepanjang 4 hari berpuasa berjaya menghalang diri dari menjejakkan kaki ke bazaar... jimat yang teramat sangat. Alhamdulillah... lembik camna pun tetap paksa kaki melangkah masuk dapur. Apa yang ada itu lah yang dimasak. J

3rd Ramadhan-baby kurang aktif pergerakannya.. bila called klinik dorang mintak ke sana sebab terus nak refer doktor. Bila masuk bilik doktor dilayan acuh tak acuh. Hati ni bernanah je rasa. Tapi sebab puasa so kesabaran tetap nombor wahid. Apapun sempat jugak memberi sepatah dua kata sampai doktor tu terdiam sekejap. Kalau tak kerana nurse yang mintak Ticer ke sana tak de pasal Ticer nak tepek muka kat klinik tu. Terfikir gak kenapa orang lebih prefer klinik swasta dari kerajaan. Semua sebab ni la. Layanan yang kurang memuaskan. Awak puasa, saya pun puasa. Tapi kena la jalankan tanggungjawab sebaiknya. Hmm.. tak pe tak pe tu dugaan kecil.



Baru hari ke 5 berat dah turun 1kg. Kalau dulu melompat kesukaan tapi bila dah camni risau pulak.. harap-harap tak kena bebel la bila berat menjunam lagi. Cepat sangat la turun berat bila berpuasa ni.

Lepastu sekarang ni nak cari bantal best nak tampung berat perut ni.. kebetulan ada member buat bisnes nursing pillow. 100% kekabu you. Harga pun berpatutan... dia jahit sendiri lagi haa... kalau kat pasaran rasanya bantal kekabu tak dapat harga cenggini kan...

Ni FB dia.. saja la promote. Mana tau bakal-bakal ibu ataupun ibu-ibu sedang mencari bantal camni bleh la tengok-tengok dan beli-beli.. :)

:.. Tak sabo nak balik kampung...  rasa nak berehat panjang sangat-sangat ni... penat ohh naik turun tangga nak ke kelas... (alasannn...)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 20, 2012

Tarawih pertama sendirian.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan tarawih malam ni... buat sendiri-sendiri je... tak pe la kan asalkan buat jugak kan... teringin nak ke masjid tapi dalam keadaan macam ni rasa perlu berteman kot... insyaAllah nanti ada teman akan ke masjid jugak...

Jiwa dan hati sangat meronta nak balik ke kampung... sesi tersentuh hati dah mula bila awal Ramadhan macam ni... haishh.... sebelum ni dok kat Borneo tak terasa macam ni pun... ngada-ngada betul la perasaan ni.. paling tersentuh bila teman-teman sekerja tanya sepanjang minggu ni sama ada Ticer balik sambut awal Ramadhan di kampung atau tak.. biasa la tetap kena senyum.. dalam hati Allah saja tahu...bak kata Mr.Zauj itu ujian kecil dari Allah buat kami.. nak tak nak kena tabah dan sabar menghadapinya J



InsyaAllah akan cuba penuhkan puasa tahun ni... harap-harap ibu dan anak ni kuat la... time berpuasa sunat Syaaban hari tu anak sporting ja... harap Ramadhan ni pun dia sporting jugak.. sebolehnya nak hindarkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri.. harap istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan barokah ni seterusnya dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain insyaAllah...

Kepada teman-teman... Ramadhan Kareem.. ampun maaf dipinta atas semua kesilapan.. J

:.. Malam ni bermoreh potato bun dengan kurma 2 3 biji... J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, July 17, 2012

Mata hitam dah jadi biru.. :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selesai sudah exam Cambridge Placement Test pagi tadi.. esok orang lain pulak.. last ambil test jenis ni masa kat matrik dan MUET.. gaya bahasa dia fuhh penat nak faham... CPT ni diwajibkan untuk semua guru sama ada opsyen English atau bukan opsyen tapi mengajar Bahasa Inggeris.. mata ni dah jadi biru dah... penangan CPT nih... test ni bertujuan menguji proficiency cikgu-cikgu B.I.. 

Masa diberi 30 minit untuk 50 soalan yang macam-macam ada... serius dok pening kepala lagi ni.. ingatkan bila dah mengajar ni tak payah dah nak exam-exam cenggitu rupanya kena jugak... kalau tak lulus dengar-dengarnya kena attend kursus lagi... mungkin kat oversea kot.. ahaks!! Oversea la sangat kan.. bajet tu... 


Apapun dalam hati berharap lepas la target tu... rasa lega la kejap pas jawab exam tadi...

:.. Isu hangat hari ni: students dibenarkan bawak hp ke sekolah.. seingat Ticer dulu pakai public fon ja nak call mak ayah... bukan main students sekarang ehh.. dimanjakan dengan teknologi... hmm... kesan buruk jangka panjang pun kena fikir jugak.. ye dak?




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, July 16, 2012

Ubi kayu rebus di hari Isnin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi ada majlis pelancaran bulan kemerdekaan.. sepatutnya esok tapi disebabkan GB ada urusan maka di awalkan sehari.. sambutan meriah jugak tadi.. biasalah sekolah besar kan.. pastu setiap panitia dikehendaki menyediakan satu program sepanjang bulan kemerdekaan ni.. Gulp!! Kena perah otak pulak la nampak gayanya.. huhu

Kemuncak program tadi para pelajar dibekalkan dengan sedikit ubi kayu rebus cecah kelapa parut.. Cikgu-cikgu pun dapat... Ya Allah!! Lamanya tak pekena ubi kayu rebus ni... haishh terus teringat kampung... kenapa ubi kayu rebus? Nak bagi pelajar rasa makanan masyarakat tanah melayu ketika zaman sebelum merdeka..

Ni gambar yang diambil sebelum berjaya dilicinkan... ni pun kira dah berketul-ketul masuk perut.. dapat warning “mak buyung” tak boleh makan ubi banyak-banyak nanti berangin perut tu.. tapi biasa la... degil kan... last-last hamik baru tau penangan angin sepoi-sepoi bahasa dalam perut...



Ada sebahagian pelajar tak boleh telan ubi ni... biasalah tak pernah rasa lagi kan. Tapi ada yang over sampai mintak lagi... haishh macam-macam la bebudak ni.. hehe.. tapi seronok tengok pelbagai mimik muka dorang tadi...

Mulai esok otak dah kena ligat berfikir program apa yang nak disediakan untuk bulan kemerdekaan ni... harap sempat buat sebelum bercuti panjang selepas raya.. J tapiiii serius tak tau nak buat program apa untuk panitia B.Inggeris... hmm..

:..  Mula mengira hari nak bertemu Ramadhan..  Moga umur panjang.. Akan cuba curi masa untuk pulang ke kampung berbuka puasa bersama insan tersayang.. :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 13, 2012

Dulu-dulu tak biasa.. sekarang ni dah biasa.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedang menonton Tilawah Al-Quran.. prize giving ceremony..

Hmm.. sejak dari bertukar status menjadi Puan sampai la nak jadi ibu ni setiap minggu mendapat pertanyaan yang sama dari teman sekerja.

Asal sampai ja hari Jumaat time nak punch card keluar kerja akan ada yang bertanya,

“Minggu ni tak balik kampung?” Seperti biasa senyum.

“Tak” pendek ja ucapan tu.

“Suami datang kot” senyum lagi

“Tak jugak.. mungkin minggu depan kot”



Hee... situasi ni time mula-mula dulu agak susah nak terima. Setiap kali ditanya setiap kali tu la cuba tahan perasaan.. bukan tak boleh balik cuma jarak perjalanan yang agak jauh membantutkan hasrat nak balik ditambah suami yang risau kalau si isteri drive sensorang.. 

Sekarang ni dah makin bertabah.. berjumpa suami sebulan sekali dianggap biasa. Paksa rela sebenarnya.. ada lagi orang yang lebih teruk dari keadaan Ticer ni.. syukur la masih boleh bertemu suami sebulan sekali..

Tadi sebelum berlenggang-lenggang ke parking kereta sorang teman cakap 

“Kesian awak Wan... pisah camni dengan suami” Ticer senyum lagi.

“Nak buat camna kak..ujian...,” J

Siapa yang nak perpisahan sementara camni.. tapi kena redha la kan.. rezeki di sini.. mana-manapun masih sama.. tetap bumi Tuhan.. J

:.. PJJ ni best jugak... menyuburkan rasa rindu antara suami isteri... J cewahh J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, July 11, 2012

Nak beli apa lagi entah...?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam serentak 1 Malaysia terlibat dalam acara senamrobik 1 Murid 1 Sukan.. Ticer pun terlibat jugak la.. terlibat menjadi pemerhati... hee... perut dah besar rasa tak larat kot nak ikut step yang hebat tu...

Dah masuk 30 minggu ni mula sibuk mencari barang-barang bayi... banyak survey dan bertanya pada teman-teman berpengalaman apa yang perlu di beli.. bukan barang baby je barang mak baby pun tak boleh lupa jugak kan... kat sini terpaksa gerak sendiri la. Dapat nasihat melalui fon je.. rasa banyaknya benda nak beli.. mungkin sebab anak pertama kot kan.. asal masuk kedai je mesti orang kedai dapat tau Ticer tengah ready nak sambut anak 1st. Hee..nampak blur plus kelam kabut kot..n plus banyak sangat barang yang dikehendaki.. J

Pegi mana-mana je semua orang nasihat supaya berhati-hati.. pastu tengok muka masing-masing simpati dengan keadaan Ticer ni... jangan lebih-lebih simpati kang merembes air mata yang mahal harganya ni.. ;) 
Dapat kiriman ubat-ubat kampung  dari ustajah mama... syukurla boleh telan dengan selambanya.. :D banyak juga dapat tips dari rakan-rakan kat sekolah... harap dapat digunakan bila bertemu sang comel bulan 9 nanti insyaAllah... Berharap sangat HB level kembali pada keadaan normal.. dah sebu telinga dengar leteran kat klenet tu...

: Dah scan.. jeng jeng jeng... ;) boleh start pilih nama kot kan..? alahaii eksaited kemain Ticer ni.. apapun doakan segalanya selamat ya J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan