Monday, July 16, 2012

Ubi kayu rebus di hari Isnin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi ada majlis pelancaran bulan kemerdekaan.. sepatutnya esok tapi disebabkan GB ada urusan maka di awalkan sehari.. sambutan meriah jugak tadi.. biasalah sekolah besar kan.. pastu setiap panitia dikehendaki menyediakan satu program sepanjang bulan kemerdekaan ni.. Gulp!! Kena perah otak pulak la nampak gayanya.. huhu

Kemuncak program tadi para pelajar dibekalkan dengan sedikit ubi kayu rebus cecah kelapa parut.. Cikgu-cikgu pun dapat... Ya Allah!! Lamanya tak pekena ubi kayu rebus ni... haishh terus teringat kampung... kenapa ubi kayu rebus? Nak bagi pelajar rasa makanan masyarakat tanah melayu ketika zaman sebelum merdeka..

Ni gambar yang diambil sebelum berjaya dilicinkan... ni pun kira dah berketul-ketul masuk perut.. dapat warning “mak buyung” tak boleh makan ubi banyak-banyak nanti berangin perut tu.. tapi biasa la... degil kan... last-last hamik baru tau penangan angin sepoi-sepoi bahasa dalam perut...



Ada sebahagian pelajar tak boleh telan ubi ni... biasalah tak pernah rasa lagi kan. Tapi ada yang over sampai mintak lagi... haishh macam-macam la bebudak ni.. hehe.. tapi seronok tengok pelbagai mimik muka dorang tadi...

Mulai esok otak dah kena ligat berfikir program apa yang nak disediakan untuk bulan kemerdekaan ni... harap sempat buat sebelum bercuti panjang selepas raya.. J tapiiii serius tak tau nak buat program apa untuk panitia B.Inggeris... hmm..

:..  Mula mengira hari nak bertemu Ramadhan..  Moga umur panjang.. Akan cuba curi masa untuk pulang ke kampung berbuka puasa bersama insan tersayang.. :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

Mila Ahmad said...

kalau panas2 makan dgn sambal tumis mak aih sedapnya :)

Cik Puan Rara said...

sedap.x angin eh ticer kalau mkn?

~~Ticer Wann~~ said...

@Mila Ahmad yeahh sangat betulll... sedap ohh :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Cik Puan Rara mau tak angin... penat mencari cara nak kluarkan angin.. hehe

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan