Monday, August 10, 2015

Terapi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bad mood. Biasalah tu.. perempuan ni makhluk yang kadang-kadang mood dia dalam dok happy-happy bleh jadi berangin..bukan takat angin sepoi-sepoi bahasa kadang-kadang bleh jadi ribut taufan. Tu yang kaum Adam kadang-kadang garu kepala tu.

Taktau apa kena tetiba mood saya bleh berubah secara drastik. Jangan kata suami, diri sendiri pun pening dengan mood yang tetiba hilang dari radar ni.

Naik petang-petang sikit around 7 p.m. gitu nekad taknak layan lagi dah mood bujang purba nan seorang ni. Macam dia sorang je ada bad mood kan? Maka dengan langkah longlai masuk dapur. Buka peti sejuk keluarkan apa saja barang yang ada. Menumis bagai semua.. siap masak dah lain dah mood saya ni haa.. dah boeh senyum.. muka dah jernih dan tenang setenang air di kali.. cewahhh…

Memang gitu la kebiasaannya.. mood ke laut je mesti masuk dapur.. biarpun masak ala-ala cincai je tapi bisa menghilangkan kemuraman diwajah dan hati..

Suami pun menjamah air tangan isteri yang comey lotey ni dengan berselera sekali. Heh. Baru kutahu rupanya terapi diri sendiri kalau mood tengah tak okey ni memasak rupanya..kuikuikui..asalkan time masak tu takda yang mengganggu la..sebab I masak hentam saja…pakai campak ikut dan..tak ikut turutan dah.. :D

Ni dah happy. So bolehla meneruskan plan yang tergendala dari siang tadi.


:.. Suami cakap dah boleh buat jamuan untuk orang lain dah.. tapi masih belum yakin dengan kemampuan diri.. :D buat untuk keluarga sendiri sudah la dulu ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, August 3, 2015

Riak ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berpuasa 6 bagi yang masih berpuasa. Yang dah lama dah habis tu tahniah. Apa nak cerita ntah.

Ok. Masa dalam puasa baru ni selalu terbaca viral pasal update itu riak…upload gambar itu ini riak..pendek kata semua riak la. Ramai yang share.. Ticer? Masih berkira-kira nak share tapi tak share pun sebab rasa macam cepat sangat nak cop orang riak kan..macam kita baik sangat. Apa salahnya kita positif sikit. Ada perkongsian dari teman-teman kita tu yang dapat salurkan maklumat pada kita. Sapa tau kan…

Contohnya…macam ticer dulu anak 1st memang zero bab sediakan stok susu..bab pumping session tapi bila tengok kawan upload dan update pasal penyusuan beserta gambar-gambar yang ada terus ticer mesej dia tanya..mintak tips camna nak buat.. takkan bila kita tengok kawan kita berjaya dalam penyusuan anak kita nak kata dia riak sebab share rahsia kejayaan dia?

Macamtu jugak kalau kawan upload gambar pi makan sana sini..mungkin niat dia nak share ada banyak tempat makan menarik yang boleh kita pi kalau kita lapang. Nak tau kat mana kena la tanya tuan punya yang upload gambar tu.. kan?

Kalau ada teman kita pos pasal anak-anak dia kita boleh tanya cara nak didik anak ikut acuan agama.. ini tidak kalau kawan-kawan pos pasal anak semua riak..tapi kalau selebriti ke personality yang diminati update status pasal ni ok plak kita share kan? Siap tag kawan-kawan yang lain lagi.. 

Banyak lagi benda yang kita boleh ubah pemikiran kita. Siapa kita nak kata orang tu riak orang ni riak..hebat sangatkah kita? Urusan riak atau tak tu urusan dia dengan Maha Pencipta.. bersangka baik itu lebih mulia kan..? asalkan dia tak upload/ update lebih-lebih bagi ticer tak menjadi masalah pun.. apapun kena berpada-pada la.. jangan sampai apa yang kita update dan upload tu mengundang bahaya pulak pada kita.

Ada bermacam-macam status dan gambar dari teman-teman yang kita boleh pusing dari negative kepada positif. Gamak tak tahan sangat unfollow je kawan tu atau hide je status yang mengganggu hati dan emosi kita.. J

Ni cuma pendapat dan pandangan Ticer.. nak setuju ok tak nak setuju pun ok..masing-masing punya pilihan kan..?


:.. Selfie takpa jangan selfish.. ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, April 2, 2015

Bukan obses..nak sihat ja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa nak cerita? Boleh tak nak cerita pasal slimming progress? :) sebab previous entries ada cerita nak slim balik.. :D

Nope..bukan obsess nak kurus atu nak cekeding atau nak skinny..serius tak.. tapi disebabkan kaki tak dapat menampung berat yang berlebihan. Yeahh every morning bangun kaki sakit bila mula nak jejak lantai. Tu dah pakai selipar tu..

So..bertitik tolak dengan kes tu la nekad dengan penuh keazaman yang jitu maka teruslah nak diet dan ber-workout without depending any slimming products. Berhasilkah? Alhamdulillah sangat berhasil.

Diet Ticer ni bukanlah tak makan tau..memang makan..tapi adjust sikit cara pengambilan makanan tu.. alaaa macam tips Kevin Zahri tu… and workout pun buat ala-ala KZ jugak.. 

Ticer semangat sebab join group diet & workout.. memang sangat supportive.. Trainers pun ok..kawan-kawan group pun teramatlah ok…

Start program 18 Februari- 2 April 2015 total weight loss 7kg.. Lambat? Tak pe la lambat pun.. bukan nak bertanding the biggest loser pun..asal selesa tubuh badan sudahla…

Belanja gambar? Hmm biarlah..tak mau letak gambar nanti riak pulak.. ;)


:.. Dulu cepat je percaya orang kata berat tak leh turun lepas anak dah dua.. Boleh asalkan kita yakin.. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, February 23, 2015

Go Shop pulak dah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada TV, Tablet, PC boleh beli.

Hah!! Melekat depan Tv. Memula dulu dok perati je adik ipaq tengok. La ni berjangkit dah. Cuma belum ketar-ketar nak beli lagi la..

Ok ke tak barang GO Shop tu ehh? Ni gara-gara ada benda yang berkenan dijiwa dan raga la ni.. tapi still mampu bersabar lagi.. nak survey kot lain dulu. Mana tau ada lagi yang lebih murah dan sama kualiti or lebih berkualiti.



Ni kalu gitau kat Suamiku Encik Sado ni mau kena jelingan tajam menusuk dijiwa nih.. shopping je kerjanya… hiks!!


Ada sesapa yang dah pernah beli barang di situ? Ok ke tak? Periuk ke, BBQ set ke atau apa-apa je la barangan yang dipromote kat situ…

:.. Terbayang-bayang barang itu...sabo je la.....

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, February 20, 2015

Nak slim! Tolonggg...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haluuu….

Baru lepas belek-belek gambar outdoor time kawen dulu… haihhh camna nak kecik cam dulu balik? Takdela kecik mana pun tapi sedap sikit menengoknya dulu..la ni? Hmmm… even ada member kat sekolah kata tak berisi pun..ok ja tapi sendiri punya badan yang tau…

Masa kat Sarawak dulu berat pernah hilang 20kg.. haha… masa tu memang tekad nak reduce weight..bukan sebab nak pakai seksi ka seksa ka tapi nak sihat and nak gerak pantas sikit,..

Lepas bersalin anak pertama boleh kurangkan berat dengan mudah…

Mai anak ke dua rasa macam lemak tepu sangat dah… haha..apa daya dah dok dekat ngan suami.. hati girang riang ria dan gembira…

Dulu...tak la kurus mana tapi kecik sangat dari sekarang

Dah habaq kat suami nak kurangkan berat.. cewahhh… sikit je tak banyak pun…dengan keadaan sekarang ni rasa tak best sangat… dulu cepat slim mungkin sebab dok lasak kat padang ajar bebudak training bola baling ngan olahraga kot.. la ni? Teringin nak lasak lagi tapi takut tak mampu bagi komitmen sepenuhnya macam dulu.. takpalah lasak ngan anak-anak sudahla..

Harap kuat semangat. 

:.. Tolong jadi pom-pom girl sat..nak amik semangat nih..  



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, February 11, 2015

Jalan-jalan sambil berprogram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengggg

Masuk bulan Februari. Memang tak sedar langsung. Kerja bersusun tak setel. Tapi dan lagi update blog. Kakakakakaka…

Baru je sampai dari berprogram “English is Easy” di Bendang Man Resort. Sampai je situ rasa nak p cari tempat tidoq. Sejuk baq hang… ingatkan jadi guru pengiring ni tak payah join aktiviti depa. Rupanya sekali ngan cikgu join. Ha elok ngan berjubah bagai hari ni… kalau mintak pakai sport attire ka sedap sikit nak berendam dalam ayaq terjun beraktivit.. cewahhh..kononnnn

Ni antara aktiviti yang dijalankan. fokus program ni lebih kepada pelajar yang lemah dalam English. Ticer tak sekumpulan ngan student sekolah sendiri tapi kena geng ngan students lain…



Masa on the way balik sembang-sembang la ngan student ticer ni.. dia kata best aktiviti yang dijalankan. Memang plan tu ada nak wat aktiviti menarik macamtu tapi ye la ada kekangan sikit. Mungkin nanti boleh mintak tolong 2 3 orang cikgu time nak buat aktiviti ni.. nak seribu daya tak ndak 1k alasan kan…

Ok ciau.


:.. Sehari tak dak kat sekolah esok mesti banyak kerja menanti… fail bermacam-macam fail… haihhhh

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 21, 2015

Lukis pulak dah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sepatutnya ada pemantauan. Sebut ja pemantauan confirm memang gabra.. taktau la nak control camna perasaan tu. Nama je dah masuk 7tahun mengajar tapi hmmmm…

Saat dan masa berlalu tapi takda pemantauan pun.. selamat? Belum selamat sebab pegawai pemantau tu akan datang bila-bila masa je.. just be prepared.

Tadi sepatutnya dalam kelas tahun 1 ada aktiviti mewarna. Semangat la pepagi buta p office nak fotostat.. sekali mesin foostat rosak daaa..adehhh nak tak nak kena guna manual la.. camna? Lukis la..

Tengok lukisan sendiri pun nak gelak.

Tu pun ada murid kata lawa.


Taktau tang mana lawanya. Ahaks!!

Upload ni pun tergelak-gelak dah..haha

:.. Kena belajar melukis dengan cikgu seni pulak lepas ni.. haihhh… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 14, 2015

2015..A New Me?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk tahun baru 2015. Boleh kira dengan jari berapa banyak pembebelan yang di’publish’. Kekangan masa? Mungkin kot… selebihnya biasala busy. Busy dengan pertambahan ahli keluarga dan berat badan.. :p

Tahun ni diberi mandat menjadi ibu kepada 28 orang anak tahun 4.. setakat 3 hari persekolahan depa nampak ok.. disiplin tip top..dengaq cakap.. masuk kelas ja paling maksimum 5 minit bagi bebelan kasih sayang dulu kat depa.. bukan sebab nak bebel tak tentu fasal tapi lebih kepada nak memantapkan tanggungjawab dan adab dorang terhadap guru dan ilmu yang ditadah.. power dak ayat? :D

Selain tahun 4, Ticer mengajaq jugak tahun 3 and 1.. yeapp tahun 1.. manja… tagih perhatian.. biasa la baru nak mengenal alam persekolahan kan.. baru nak belajar berdikari. Tu pun dah ada sorang gheyau time Ticer masuk kelas.. haha takut Ticer kah? Rasa dah manis dah senyuman..tapi jelingan tajam tu tetap ada disebalik senyuman semanis gula Melaka.. :p Takut sebab tu la kot.. hihi ;)

Tahun 3? Dapat kelas ke 2..menuntut 1001 kesabaran kerana macam-macam kerenah yang nak kena hadap. Ditambah dengan sebilangan besar agak lemah Bahasa Inggeris.. Hmm.. bukan nak mengeluh ke apa.. Cuma kepala ni ligat pikio cara dan method apakah yang perlu digunakan untuk bantu depa kuasai BI.. Any idea?

Total pelajar yang dipegang tahun ni lebih kurang 90 orang lebih.. 60 pelajar nak kena fokus untuk saringan LBI nanti.. confirm berpinau mata nih…


:.. Moga diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.. bukan mudah nak menginsankan seorang manusia… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan