Saturday, May 19, 2012

Tak perlu layan sangat rasa kecewa dan sedih tu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

19 Mei (hari ni) kengkawan guru mula sibuk menyemak keputusan pertukaran antara negeri untuk bulan 6 nanti.. termasuk la Ticer.. the result is.....

keputusan yang buat mata terbeliak seketika
Memula tengok tu bergenang jugak air mata.. yeahh terkejut bila tau TIDAK DILULUSKAN... sebelum ni tak de la terasa nak nangis sangat.. tapi bila dah berbadan dua camni emosi dia lain macam sikit..

Apapun sekarang dah ok.. dah berjaya memotivasikan diri supaya menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka.. Allah ada sesuatu yang lebih baik yang mungkin Ticer sendiri tak tahu.. Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Sedih, kecewa itu biasa namun Ticer tak boleh terlalu melayani perasaan itu kerana perasaan itu boleh memberi kesan yang tak elok bukan saja pada kesihatan Ticer tapi juga kepada si kecil yang sedang bersilat di dalam perut ni...

Moga satu hari nanti Ticer dimurahkan rezeki untuk kembali berkhidmat di negeri tanah tumpah darah Ticer...

:.. Kepada teman-teman guru yang telah berjaya..tahniah diucapkan.. J nyata rezeki Ticer masih lagi di Kuala Selangor.. J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, May 14, 2012

Dari putih dapat hijau... jangan merah dah la..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aloha...

Lama tak update blog.. tak da idea... idea tak tau la lari ke mana... pastu rajin baca blog orang tapi tak tinggalkan komen.. kekadang nak tinggalkan komen line broadband sangat tak ok kat sini..

Pagi tadi pergi check-up kat klinik.. by the way sekarang ni dah masuk 5bulan lebih.. semua mengembang dengan jayanya except tang perut.. kurang kelihatan seperti 5 bln.. mungkin sebab selalu pakai baju-baju besar kot tu yang orang tak perasan.. baby pun dah bergerak aktif.. sampai senget-senget umi dibuatnya.. sangat teruja J

Check tadi kepekatan darah/ hb rendah.. turun jadi 10.5.. dan-dan dapat tanda pen merah... pastu kad klinik dari stiker putih dapat hijau.. hijau bermaksud risiko.. so pihak klinik set up appointment setiap 2mgu sekali.. akan dipantau sampai la hb jadi normal balik..

dah dapat kaler ijau.. 

Tadi dapat pamphlet pasal anemia.. banyak la cara-cara untuk menaikkan balik hb ni.. dorang takut risiko kat kandungan dan Ticer nanti.. risiko tu agak menggerunkan... harap sangat semua akan kembali normal.. tak nak tumpah darah...tak nak bersalin awal.. tak nak apa-apa jadi kat anak dalam ni...

Doktor yang cantik jelita bagi MC kat ticer.. kesian agaknya tengok muka Ticer yang kelesuan.. serius tadi memang pening pun.. tu pun tanda-tanda anemia gak tu huhu...

Doakan Ticer ye kengkawan J

:.. Selamat Hari Ibu bagi semua ibu..Yeap setiap hari adalah hari ibu tapi tak salah kita khususkan satu hari istimewa untuk menyambutnya... dah tanya sorang ustaz..katanya tak haram selagi kita tak mengikut cara orang bukan Islam menyambutnya J sekadar berkongsi.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan