Monday, August 22, 2011

kasar ke lembut?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Huhu.. malam tadi memasak dan berbuka dalam gelap... hanya ditemani cahaya lilin... dugaan sangat... kerap betul la letrik tak da kat tempat Ticer nih... pastu lebih 10 kali call SESCO (Sarawak Electricity Supply Corporation) tapi tak bejawab pun... at last dekat kul 9 baru la rumah terang.. J

“Psst...kasar la tapak tangan dia... mesti rajin buat kerja kan?”
“Ishh... ni mesti tak pernah buat kerja rumah langsung ni...lembut je tangan”

Pernah dengar statement cam ni tak...? betul ke insan yang mempunyai tapak tangan yang kasar itu rajin ke dapur/ buat kerja rumah yang lain? Dan insan yang mempunyai tapak tangan yang lembut sangat tak tahu buat kerja...? Boleh diterima pakai ke?
bukan tangan cik Ticer
Cuma tanya je la... betul ke statement tu*hohoho dah ada orang usap tapak tangan sendiri nak tau kasar ke lembut kan?* pernah je Ticer bersalaman dengan seorang kawan Ticer yang boleh dianggap sangat pandai dalam hal-hal dapur ni tapi tapak tangan dia lembut je.. bukan apa kadang-kadang ada segelintir orang kita suka sangat mengumpat dan mudah judge orang... asal tangan lembut je terus cop tak reti buat kerja... mana tau memang jenis tangan lembut... tak pun mungkin dia ada buat kerja tapi jarang-jarang dek kerana separuh usianya dihabiskan dengan belajar... ye dak? :)   


Saja ja buat entri... rasa gatal jari plak lama tak menaip... biasala busy kat sekolah sampai tak sempat jenguk blog..


By the way, ni ada petua sikit untuk melembutkan telapak tangan... 
  • Ambil sedikit asam jawa ramaskan pada kedua-dua telapak tangan tu. buatlah dlm 15 minit. amalkan slalu InsyaAllah anda akan temui hasilnya
  • Ambil sebiji bawang merah kupas kulitnya setelah itu hancurkan bawang merah tersebut dan sapu pada tangan yang kasar tadi. 
  • Ambil hampas teh yang dah tak diguna tu.. then sapu di tangan dan biarkan beberapa minit.. insya-Allah tangan kita akan jadi lembut

Sebenarnya banyak lagi petua untuk melembutkan telapak tangan ni... ni cara jimat la... kalau cara membazir sket beli je losyen yang belambak kat shopping complex sanun... okeh?

:.. Tangan korang kasar ke lembut? Tangan Ticer? mesti la........ mesti la apa? ;)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

15 geng suka bebel:

Unknown said...

sekarang dh stat cuT sekolah kan..seronok la ticer bcuT dekat uma..hehe..

yang tangan lembut tu rajen kupas bawang ni..sebab tu tangan lembut semacam je..hihi

arituarini said...

tgn ticer mesti la lembut..pegang pen je kan..kih kih kih..

tgn sy lembut jugak..mcm kertas pasir lembutnye..kih kih kih maklumlah keja buruh ni tu yg mcm krtas pasir tu..

safurara said...

aah ticer,ramai yg judge cm tu,tak suke kan.even tgn rara tak lembut sgt.hehehe

Munn Jaafar said...

ohh mcm tu eh? mgkin jgk...sy slalu gk masak...tp tgn lmbt je? ekekekekekke =P

Marina said...

lembut ke kasar bukan ukuran pandai buat keje umah ke tak..kan? kan? hee~

akoo said...

tangan pae kasar,tp jarang wat keje umah.hahaha
so,ayat tu tak bole dguna pakai
=p

cik sakdi said...

ticer,, tangan kite lembut gak. tapi kite hari2 masak, cuci pinggan..dah mcm bibik dah. wakakak

Akunyer said...

@syaz@rozelt next week baru start cuti... hahaha camtu nak kena kupas bawang selalu la ;)

Akunyer said...

@ArulchelseA hahaha pandai la Arul ni.. memang lembut sangat2... uik lembut macam kertas pasir? biar betik... ;)

Akunyer said...

@rara pinkmafia tu la.. cepat sangat judge orang

Akunyer said...

@Munna peewittt pandai memasak rupanya.. ;)

Akunyer said...

@Marina tu la... tapi tak semua orang fikir camtu

Akunyer said...

@akoo pae heee kita je cakap xleh diguna pakai tapi org lain selalu ja pakai cenggitu

Akunyer said...

@cik sakdi wahhh tolong masak kat Ticer bleh.. ;)

:: cikNuurul :: said...

bese dgr statement tu,.tp xtau la ek boleh pkai ke dak,.huhu,..tgn CN ntah la lmbut ke x,.dh xreti rase dh lmbut ke kasar,.haha

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan