Thursday, August 4, 2011

Manisnya kurma itu.. :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berbuka apa? Ticer makan lasagna ari ni..pehh dan-dan rasa mata jadi biru.. konon western sangat la kan.. J psst..suka makan kurma? Ticer memang addicted.. kalau kurma Mariami memang tak sempat tengok la.. sebab tu kalau kat rumah ustajah mama akan control buah tu.. hee sebab ada ‘hantu’ yang akan habiskan.. dah la mahal makan macam makan cekedis 20sen je Ticer nih..
Ok dah.. banyak sangat cakap..orang bosan.. ni Ticer nak ceritakan kebaikan makan kurma.. so sila bersabar membacanya.. okeh?


Buat kurma cucor kurma best gak nih... nyam nyam
Ihsan Google
  1. Buah yang kaya dengan protein, serat dan kandungan gulanya ialah 50-57% glukosa. Ini bermaksud kandungan gula didalamnya ditukarkan secara semulajadi dan diserap terus oleh badan.. berbeza dengan gula yang terdapat dalam buah lain yang mana tidak diserap terus oleh badan.   
  2. Kurma dikenali sebagai phoenix dactylifera L yang berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
  3. Mengubati insomnia dan mengurangkan batuk
  4. Sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil/ selepas bersalin kerana mengandungi zat besi dan kalsium.
  5. Menggalakkan pertambahan susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
  6. Jus kurma baik untuk mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim dan boleh meredakan tekanan darah tinggi.
  7. Terbukti mampu memanaskan badan , mencergaskan tubuh badan dan otak dan mencerdaskan minda kanak-kanak.. tu sebab ramai tahfiz muda berjaya dihasilkan di Timur Tengah kot.. ni agakan Ticer je la..
  8.  Membantu melicinkan peredaran darah, menghindari barah, merawat buah    pinggang dan mencuci hati.
  9. Makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Disebabkan itu kita disunatkan berbuka dengan kurma bagi mengembalikan tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa. 
Banyak lagi kebaikan kurma ni.. ni cuma sebahagian yang Ticer dapat hasil dari pembacaan.. hmm..  ayuh makan kurma.. :D dah jadi macam kempen makan kurma pulak.. J

:.. Bagi yang tak boleh makan kurma tu boleh gantikan dengan kismis.. Korang suka makan kurma apa ehh? Yusuf Taiyoob ekk? :D


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

16 geng suka bebel:

aimie amalina said...

ticeeeerrr!
kite sameee
hahahaha
betol!
pehh...kurma mariami tu beli berdozen2 pon cam zero jek kat umah..kiki..hantu betol!

ArulchelseA said...

manis tak kurma itu...

sepah:"manissssssss...

tp sygnye perangai kamu tk berapa manis...

ingt balik lawak sepah memang nk gelak..kih kih kih kih

tia @ Ini Kisah Tia said...

kurma yusuf taiyoob memang sedap . Tia pernah rasa . tapi susah nak cari .. maksudnya , kurma ni lagi sesuai untuk perempuan la kan Ticer :D

iPai said...

ticer. .. dulu kan, saya tak jarang makan .. lepas tuh dapat train makan kurma ..

n tahun lepas, saya makan muntah2 .. agak2 ticer tahu tak kenapa sampai muntah2 ?

Cik Gee said...

kurma.. ermmm.. makan kismis je la ea.. hehe.. ^^

Shamsuddin Amin said...

manisnya kurma itu.... ^^

suke berbuke n bersahurkan kurma... ^^

syaz@rozelt said...

makan kurma sajad..sedappp..bos baek..bg sorang sekotak kecik dekat semua org..hihi

selamat berpuasa ticer~

Anak Wak Mail said...

kurma,,sungguh enak dimakan begitu saja..=)

~~Ticer Wann~~ said...

@aimie amalina hehe mmg heaven la kalau dapat kurma mariami tu

~~Ticer Wann~~ said...

@ArulchelseA hahaha... ni bukan lawak sepah yer... hihi

~~Ticer Wann~~ said...

@tia @ Ini Kisah Tia yeahh gitulah adanya... pendek kata kurma ni sesuai untuk semua

~~Ticer Wann~~ said...

@iPaialamak tak tau la.. t kalau dapat info Ticer tulis okeh?

~~Ticer Wann~~ said...

@Cik Gee oo Gee tak makan ehh?

~~Ticer Wann~~ said...

@syaz@rozelt alhamdulillah..syukur.. murah rezeki bos awak :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Anak Wak Mail yeee betul tu :)

~~Ticer Wann~~ said...

@Shamsuddin Amin bagus tu.. kurma mmberi tenaga.. nampak je buah kecik tapi khasiatnya banyak sangat :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan