Saturday, November 1, 2014

Lama menghilang..banyak pulak nak cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba je nak update blog.. entah berapa kurun blog terbiar sepi macamtu saja. Macam kurang kasih sayang je lagaknya. Minat menulis dan merepek dalam blog ni macam makin berkurangan je sejak bergelar isteri dan ibu..

Apa nak cerita malam ni ye..? 1st thing: Alhamdulillah dah masuk 2 orang anak.. yang ni pun perempuan jugak. Dah berumur 5bulan++. Debab. Hari-hari pipi kena gigit. Geram sangat. :D


2nd: Alhamdulillah sudah berpindah dari Selangor ke Kedah setelah hampir 8kali mencuba isi online dan 2 kali panjat pejabat KPM di Putrajaya dalam keadaan mengandung dan sarat. Heh..motif cerita p pejabat KPM dalam keadaan sarat? Nak gitau betapa bersungguhnya nak balik negeri sendiri.. cewahh…

3rd: diletakkan di PPD Baling/Sik (memang  mintak masuk daerah tu pun) disebabkan Kota Setar terlalu tebal sangat tembok. Susah betul nak masuk situ. Tapi kira okey la kan boleh jenguk family selalu.. hampir setiap minggu balik kampung. Minggu ni kampung suami minggu depan kampung Ticer pulak. Gitulah rutin mingguan. Penat pun tolak tepi. Memang niat nak balik Kedah ni nak jenguk mak ayah pun..

4th: Sekolah sekarang ni sekolah kecik… macam sekolah kat Sarawak dulu… setakat sekarang ni rasa selesa disini…harapnya perasaan gembira dan seronok ni sentiasa melekat dalam jiwa sampai bila-bila.. baru senang nak bekerja. Ye dak?

:.. Doakan Ticer semakin kuat dan bersemangat menabur bakti untuk anak bangsa ya… J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan