Monday, May 2, 2011

Betul ke tak boleh kawen?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mekaseh sudi celikkan mata sambil membaca repekkan Ticer yang semakin berleluasa... kali ni saya nak sembang-sembang dan bergebang pasal nikah dan kahwin.. cewahhh...tetiba jer.... eheh blushing pulak cik ticer ni...

Bukan saya nak bagi apa-apa tips pun... tips-tips tertentu macam nak jumpa bunda mertua ke, nak ambil hati bunda mertua ke rasanya kengkawan boleh dapat kat blog lain yang lebih mantop tebabo kot... blog ni hanya sekadar repekan biasa ja... serius... sangat biasa... laa nak baca jugak? okey okey silakan... 

Bulan Islam ada berapa? 12 kan... Muharram, Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jamadil Awwal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah... *menyanyi nasyid bulan Islam dendangan Alarm Me. Masa saya bercakap-cakap di satu hari selepas majlis khitbah pada Mac lalu ustajah mama saya ada bercerita pasal kebiasaan orang kita a.k.a orang Melayu yang melarang bakal pengantin mengadakan majlis akad nikah dan majlis walimah pada bulan Muharram... pernah dengar? saya baru 1st time dengar..itupun sebab ustajah mama cerita... kemudian saya bertanya pulak kesahihan kisah itu... ustajah mama saya cakap tiada salahnya pun bernikah / mengadakan walimah dalam bulan apa sekalipun..kerana 12 bulan Islam tersebut adalah bulan yang baik di sisi Allah Taala... 

So manis- tq Google
Take a look.... 


Pernikahan di bulan Muharram.
Soalan: 
Saya kurang pasti, apakah elok melangsungkan perkahwinan pada bulan Muharam? Ada sesetengah pendapat menyatakan tak elok dilakukan pada bulan Muharam.
Muhamad Noh, KL
Jawapan: 

Tidak ada dalilpun yang mengatakan bulan-bulan tertentu baik dan tidak baik untuk melangsungkan perkahwinan. Bahkan Allah menjadikan bulan-bulan-Nya baik belaka. Pendapat itu timbul hanya sangkaan semata daripada setengah masyarakat yang masih terpengaruh dengan unsur-unsur ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Hindarilah perkara-perkara khurafat yang dapat merosak nilai ajaran Islam agar kita memperoleh berkah dan rahmat Allah.  
(Darul Nu'man)

Al-Qardhawi dalam Fatwa Al-Mua'sirah "Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan Muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram seperti yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum Fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dalam Islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama." (Al-Fikrah)

Justeru kepada kengkawan yang nak melangsungkan perkahwinan tak usah risau lagi pasal bulan yang tak elok /elok.. sebaiknya cari tarikh yang sesuai.. sebagai contoh wakt cuti persekolahan/ hari minggu... dan pastikan Tok Kadi pun free time korang nak nikah tu ... :D

:.. Ini ialah apa yang saya dapat melalui proses pencarian dan pembacaan saya.. andai ada pendapat lain berkaitan dengan ini sila kongsikan bersama.. J

Yang sentisa berkongsi ilmu,



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

nelly said...

wow .nice info ..
dalam aty kata : sabor nelly ~
hahaha

lama lagi mau kawen ~

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: hihi...sabar-sabar....time nelly nanti sampai jugak.. mekaseh sudi singgah :))

Miss Tira said...

Tira tahu bulan Ramadhan je tak boleh. Bulan lain tak pernah pula dengar cerita tak boleh. Huhu.

gadis HIJAB said...

ticer wan dah tak sabar kot. hehe. hang pilih bulan mane wan?

~~Ticer Wann~~ said...

Miss Tira: langsung tak tahu sebelum ni

~~Ticer Wann~~ said...

fid> aku pilih bulan bintang.. hoho tak tau lagi aa

nelly said...

haha ..
bahaya ~

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: sambung form 6 cepat-cepat..then boleh la... haha

norinaomar said...

Kes aku ni Wan..aku ikutkan je orang tua-tua aku punya decision..ikutkan nak amek tarikh bulan 12..taklah aku terkocoh-kocoh nak balik.tapi kena amek 20 november gak sebab nak buat sebelum bulan muharam.
Orang jawa yang kuat sikit pegang kepercayaan mcm ni,nak masuk rumah pun kena ada tarikh2 tertentu,nak menikah pun takleh tarikh yang sama dengan tarikh atuk nenek aku meninggal..ikutka jela

~~Ticer Wann~~ said...

noi: ya lah aku faham.... kadang2 susah nak ubah kepercayaan orang tu... tak pa la ikut je la... :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan