Thursday, May 12, 2011

Pekerjaan yang hina ialah POLIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

POLIS? Apa ada dengan polis? Best ke kerja polis? Berapa ramai antara kita bekerja sebagai polis? Sebenarnya saya terpanggil nak mencoretkan sesuatu dalam ni... pasal profesion Polis ni lah... kena banyak sabar yer sebab banyak kutukan yang saya akan bagi selamba ja....

Tengahari tadi saya ada baca pasal isu ni di FB sorang teman... dia menghentam pihak polis dengan kata-kata yang kurang enak... dia mengulas tentang beberapa kes yang berlaku disebabkan 'kekejaman' pihak polis dan terus membuat kesimpulan bahawa polis itu semua sama... dan ada pulak orang yang menyokong statementnya itu... kes apa? emm rasanya ada beberapa kes yang berlaku disebabkan polis... bagi saya statement yang dikeluarkan itu ialah statement yang kurang cerdik.. kenapa perlu kita letak kesalahan itu pada semua anggota polis? Takkan tak ada polis yang melakukan kerja mulia? Takkan tak ada polis yang bersih dari rasuah? Takkan tak ada polis yang membantu di kala kita perlukan? Kenapa perlu keluarkan kenyataan "sebab itulah si polan ni kata kerja polis itu HINA" wow!!! hebat tu..... ada yang menyokong statement itu? itu hak masing-masing nak sokong atau tak.... :)
Sebagai contoh baru-baru ni negara gempar isu GURU memukul murid sampai mati. Justeru wajarkah kita membuat kenyataan bahawa guru-guru yang lain juga sama? Ataupun wajarkah kita cakap semua pegawai dalam sesuatu jabatan menerima rasuah hanya kerana segelintir sahaja yang berperangai begitu? Wajarkah kita cakap semua anggota tentera kaki perempuan padahal bukan semua berperangai sebegitu? Atau......ahh sudah la sikit-sikit..banyak sangat contoh... ahaks! 


Ni bukan kutukan pun... saja je suka-suka cakap nak kutuk tadi... hihi..satu je saya mintak.. ni pun kira nasihat untuk diri sendiri jugak ni berfikirlah secara bijak sebelum mengeluarkan kata-kata kerana kita takkan dapat apa-apa dengan menghina profesion seseorang itu... 

:..Ada seorang kawan saya melahirkan sedikit kekesalan selepas membaca statement kurang cerdik itu kerana dia adalah anak bekas polis... berpada-padalah dalam melontarkan pandangan dan pendapat... gunakan akal dengan sebijak mungkin... wallahua'lam... :)


:.. Apa-apa kerja pun kalau dari sumber yang halal insyaAllah tetap di pandang Tuhan... “Antara empat perkara yang akan ditanya oleh Allah kepada hamba-Nya di akhirat kelak adalah dari mana beroleh harta dan ke mana ia dibelanjakan”-Riwayat Tirmizi


p/s gempar sekejap tetiba tadi blogger.com tak boleh login...phewwww

Saya yang cute,


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

23 geng suka bebel:

Ini Kisah Tia said...

huh ! ayah Tia polis tau . grr ~ shhh , Ticer jangan bising2 tau .. hehe ;)

~~Ticer Wann~~ said...

Tia: hehehehe.... ok2.. Ticer senyap.. kuikuikui :)

ArulchelseA said...

tk leh salhkn semua la..semua keja ada yg tk btul kan..biarpun keja kedai pun..
tia:ayah polis ek..

~~Ticer Wann~~ said...

arulchelsea: iyeap.. betul tu... mana boleh salahkan semua... :)

cik azeya said...

takot dengan polis. :)

~~Ticer Wann~~ said...

Cik Azeya: ahaks! abg polis hensem maa... ;)

norinaomar said...

kontroversi betul tajuk ko ni..
btw..sorry to say aku tak suka polis terus terang je aku cakap..

~~Ticer Wann~~ said...

hikhik saja bikin gempak... tak suka tu tak pe tapi jangan sampai keluarkan kata-kata tak elok...

nelly said...

tak hina pun ~
berkhidmat untuk negara ~
=)

~~Ticer Wann~~ said...

yer betul tu nelly..cuma tak tau apa masalah orang yang menghina kerjaya orang lain

Nur Helwa Ruslan said...

hihi..ayah aku pun polis gak....ehehe..:)

~~Ticer Wann~~ said...

Helwa: ha'ah... :))

adwafarahin said...

bukan semua polis mcm tu
ader certain je
slalu polis muda yg berlagak sgt tuh

klu adwa pon agak sedikit terasa bila profession abah dicemuh

ZWAN SABRI said...

for me, polis itu satu pekerjaan yang mulia, tapi disebabkan sikap segelintir polis yang makan rasuah and buat benda yang x elok, habis semua imej polis tercalar.. HUHU

MySuaraBlog: Jangan Hina Mereka!

~~Ticer Wann~~ said...

Adwafarahin: be strong k? :) biasalah orang hanya nampak yang buruk...yang baiknya dorang tak nampak..

Zwan Sabri: yeahh memang pekerjaan mulia.. bukan senang nak kawal keselamatan orang ramai..tapi macam Zwan cakap la.. sebab segelintir perangai tak elok semua terpalit...

hans said...

betul tu
sebab tu saya kurang gemar dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang lebih suka menghukum sesiapa yang ada hukum kait dengan si pesalah atau orang yang mereka tidak suka

Review Filem Kongsi

~~Ticer Wann~~ said...

Hans: susah nak betulkan mentaliti orng kita... sorang salah semuanya salah... sorang jahat semuanya jahat..

Dayana AZ said...

yg penting kerja ni kne ikut niat kan :). keje ppe niat tak betul, salah jugak.

Leaving comments is my pleasure,
Dayana AZ

adan said...

salam.. bagi saya,sebenarnya pekerjaan polis tu mulia.. tapi, disebabkan segelintir polis yang tidak melakukan tanggungjawab yg sebetulnya sbg seorang anggota polis.. maka semua polis di cop sebagai jahat.. pendapat seperti itu mmg tak boleh guna pakai.. sebelum ni saya pernah gak buat entri pasal polis.. tp,entri sy lebih bersifat ketidakpuasan hati pada polis yg buat bodoh pada saya..

ainol akasyah said...

oh tidak..ayah saya polis..baik je kot..bkn nak memuji tp bergantung pada diri sendiri la jgk..kalau dia pandai bwk diri, so terbaik lah kan..hehe

JOM JOIN HARI GURU CONTEST

Miss Tira said...

Mentaliti rakyat kita yang selalu berkata "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Sebab itu wujudnya statement macam itu. Hakikatnya hina ada pada semua kerja yang tidak dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Tidak semuanya macam itu. Masih ada yang menjalankan kerja mereka dengan amanah dan beretika.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sebab tu kalau kita nak merujuk kepada sesuatu elok la guna kebanyakkan atau segelintir.. Supaya yg tak terlibat takde la terasa di hina tanpa sebab

~~Ticer Wann~~ said...

Dayana: itulah yang orang tak faham... kerja tinggi mana pun kalau dah 'terpesong'.......

Adan: memang polis kerja yang mulia... cuma ada perangai sesetengah dari dorang yang buat kerja itu dipandang kureng... ehh ada buat entri pasal polis? hikhik nak kena baca nih

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan