Thursday, May 5, 2011

Iqra' (bacalah)

Assalamualaikum.......

Ada satu kisah yang saya nak kongsi bersama... saya pasti semua orang pernah mendengar kisah ini...tapi tak ada salahnya kalau saya kongsikan cerita yang sama ini buat ingatan... andai setiap isi yang terkandung dalam kisah yang hendak saya paparkan ini mempunyai kesilapan dari segi fakta tolong betulkan ye....


Sangat menyedihkan apabila ada sorang kawan kat pejabat tak pernah dengar dan tahu apa itu Yakjud dan Makjud...ishhh abang-abang, kakak –kakak, adik-adik oiii..tanda-tanda besaq Qiamat tu..cuma kita tak nampak pasal puak ni dikurung..depa ni puak-puak yang membuat maksiat dan kerosakan diatas muka bumi..ok meh nak cerita sikit ( ni pon dr pembacaan ja)

Sebelum tu kita kenal dulu sapa yang bertanggungjawab mengurung Yakjud Makjud ni:  Iskandar Zulkarnain.. betulkan kalau salah..siapa Iskandar Zulkarnain ni? Dia adalah orang yang diberkati Allah untuk jadi pemerintah dunia dan dia Muslim & Arab...sebab ada dalam syair-syair Arab yang menceritakan dia pergi menunaikan haji dengan hanya berjalan kaki..dan apabila Nabi Ibrahim A.S mengetahui hal tersebut, baginda pergi berjumpa dgn Iskandar Zulkarnain.. (begitulah serba sedikit)

Ok..dalam Quran ada cerita ni...surah apa tu tak ingat..huhuhu maaf ye..Iskandar Zulkarnain berjalan ke arah matahari terbenam,terbit dan 1 lagi arah berlainan..pada setiap arah tu dia berjumpa dgn puak-puak  yang berbeza...dan pada arah yang akhir atau lebih tepat lagi berjalan melintasi 2 pergunungan, beliau berjumpa dengan 1 kumpulan manusia yang bahasanya tidak dapat difahami oleh sesiapa pun. Sebab depa ni tak pernah berhubung ngan dunia luar dan tak terlibat dengan sejarah macam Tamadun Cina atau  Mesir atau  tamadun-tamadun yang lain..


Kemudian ada sorang dalam wilayah tersebut berkata kepada Iskandar Zulkarnain: “Yakjud dan Makjud ni sentiasa melakukan fasad di jajahan kami..sudikah tuan membantu kami?” Walaupun Iskandar Zulkarnain berkuasa tetapi dia tidak dapat menghapuskan Yakjud dan Makjud. Maka dibina tembok pemisah..selesai membina beliau berkata: “Ini ialah rahmat Tuhanku dan apabila sampai janji-Nya, Dia akan memusnahkan tembok itu. Dan janji Tuhanku adalah benar...”


Di manakah kedudukan tembok tu??? Mengikut maklumat di PERGUNUNGAN KAUKAKAS dekat dengan negara GEORGIA dan terletak di runtuhan bangunan purba... ada dalam kitab-kitab tafsir (boleh buat rujukan yer).. Yakjud dan Makjud datang dari keturunan Jefet dan Ruben..dan mereka ini dari keturunan Nabi Allah Nuh A.S.

Ok sekian...sila betulkan kalau ada maklumat yang salah... penceritaan ini berdasarkan dari pelbagai sumber bacaan dan dokumentari..mungkin ada salah..itu khilaf sy..maaf..

:..Kesimpulannya Yakjud dan Makjud adalah MANUSIA yang FASAD..dan kita lihat sekarang ini fasad telah bermaharajalela...ingatlah...sebelum kemunculan Yakjud dan Makjud, pengikutnya telah ada terlebih dahulu..
Wallahua’lam

:.. Credit to HN



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

12 geng suka bebel:

nelly said...

so , rajin2 baca buku ~

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: yer nanti ticer bab orang yang tak rajin baca buku tuh.. :)

padlie said...

pernah baca juga yg ada pihak mengaitkan Iskandar Zulkarnain ni orang yg sama dengan Alexander the Great, Macedonia.. Tp bukti x cukup..

Entry terbaru padlie: Belajar teknologi angkasa

~~Ticer Wann~~ said...

Padlie: itulah pernah jugak dengar.. tapi ada kisah dalam tv pasal ni.. dikatakan Iskandar Zulkarnain bukan Alexander the Great.. tak tau lah kesahihan dia macammana... :) tq sudi singgah

nelly said...

hehe ..
kena baca ...
ilmu ^^

~~Ticer Wann~~ said...

nelly: yeap..membaca jambatan ilmu... kalau tak baca runtuh lah jambatan itu

nelly said...

yup ..pandai pun ^^

~~Ticer Wann~~ said...

:) alhamdulillah

Arpiiz said...

ni yang nak kena cari info tentang iskandar zulkarnain ni..huhuh

~~Ticer Wann~~ said...

Arpiiz: carilah..then share sama-sama

Miss Tira said...

Ada orang mengatakan Iskandar Zulkarnain dengan Julias Ceaser adalah orang yang sama. Hmm, entahlah.

~~Ticer Wann~~ said...

Miss Tira: itulah... benda tak sahih kan..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan