Sunday, May 15, 2011

Belajarlah menghargai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buat apa hari ni? Saya lepak kat rumah jer.. huhu pening dah kepala la tak boleh berjalan ke sana ke mari..cewah... nak panjat Gunung Kinabalu pulak la..tapi tak tau bila.. huhu... tak da cuti panjang... selalu cuti panjang je terbang balik ke Kedah nan indah saujana mata memandang itu...

Dalam dok pening memikir apa yang saya nak masak hari ni (phewitt memasak tu..tolong jangan pecaya) tetiba terasa nak bercerita dan berkongsi sesuatu... ni kisah benar nih... jangan tak pecaya pulak.. hoho...  dah lama berlaku cuma baru nak dikisahkan... untuk refleksi dan perkongsian bersama.. moga mendapat sedikit manfaat...

D   :  Hai kak... 
E   :  Hai.. hah best tak bercuti?
D  :  Alhamdulillah syok sangat kak.. banyak tempat kami p.. ni kak saya ada beli barang kat kak.. maap la biasa ja.. tak tau nak beli apa dah....

So si E pun membelek-belek barang yang berupa rantai tangan... bukan rantai tangan mahal pun... 

E   :  Tak cantik pun... besaq lak tu... akak nak pakai pun tak boleh..besaq sangat..

Tersentak la si D mendengar kata-kata dari E... makin bertambah la penat yang ditanggung dek penangan perjalanan yang jauh.... D tersenyum kelat...

D   : tak apalah kak... simpan je la buat kenangan... maaf la...
E   :  D ni memang tak pandai pilih barang la... ni kena bagi kat adik akak la ni... akak ni tangan kecik mana boleh pakai.... takkan tak boleh buat bagi kecik? 
D   :  Saya pun tak tau kak boleh buat bagi kecik ke tak... saya tengok cantik terus je saya ambil dan beli... kawan-kawan pun kata cantik...

Perasaan D? sedih dan hancur berkecai hatinya yang berbunga riang tatkala memilih cenderahati untuk diberikan pada E..walaupun tak secantik mana sekalipun tak ada salah andai menerima tanpa banyak soal... itu tandanya orang mengingati kita... ye dak?


ihsan Google

Biarpun pemberian yang itu kurang melekat di hati tak ada salahnya kita terima dengan hati yang terbuka.. Rasulullah S.A.W sendiri pun tak pernah menolak pemberian/ hadiah daripada orang lain termasuklah yang bukan Islam. Asalkan pemberian itu berupa sesuatu yang halal ia dibolehkan...

Abdullah bin Umar menceritakan; Aku telah mendengar bapaku (iaitu Umar bin al-Khattab) menceritakan; Rasulullah pernah memberiku satu hadiah/pemberian, lalu aku berkata; “Ya Rasulullah, berilah ia kepada orang yang lebih fakir dariku”. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Wahai Umar, ambillah. Jika datang kepadamu suatu harta tanpa engkau mengharap-harapnya dan tanpa engkau memintanya, terimalah. Namun jika sebaliknya, janganlah engkau menggantung hati padanya” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

BACA SINI untuk mendapatkan lebih maklumat....

:.. maka dengan itu belajarlah menghargai pemberian orang... kita buat orang gembira bila kita menghargai mereka dan insyaAllah benda yang sama jugak akan kita terima nanti....hubungan silaturrahim antara kita jugak akan bertambah erat... kan best gitu?



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

4 geng suka bebel:

mOon jOhari said...

mOon dOk kat ofc...keja..keja...penat+letih...tp x kaya2 jugak...heheheheh...
krg ajaQ namanya kalo lagu 2 pnya mulut...hadOiii...

~~Ticer Wann~~ said...

Moon jOhari: hah hamik ko keluaq teruih kurang ajaq... hikhikhik

Ini Kisah Tia said...

isk ! melampau jugak kak enon ni . si Dila beli elok2 ade nak komen2 lagi . ee , lain kali tak payah dah beli untuk kak enon tu .

~~Ticer Wann~~ said...

Tia: wahh siap bagi nama la pulak... hmm.. so kita jangan la buat macam tu kat orang... sian orang tu...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan