Friday, June 29, 2012

Seminggu di KL...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru sampai dari tempat kursus.. seminggu berkursus kat Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) KL. Ticer memang tak pass bab jalan ni.. especially bila TERPAKSA meredah masuk KL.. so scary.. apa yang ditakutkan tu tak pulak tahu... Dalam kepala ni dok fikir antara nak pergi dengan tak bila dapat surat kursus Isnin lepas. Tapi gagahkan diri pergi jugak... bertolak kul 3.30 ptg sampai pukul 5 petang. Agak lama la jugak ambil masa nak sampai tu.. mana taknya tempat tak biasa so sesat la sikit..

Berkenalan dengan kengkawan baru yang stay satu hostel yang ala-ala apartmen.. dorang dari Melaka dan Johor.. banyak pengalaman yang dikongsi sepanjang di IPBA tu..
Kursus sepanjang seminggu ni banyak berkisarkan pasal sistem pendidikan baru tahun 1 dan 2.. masih blur sebenarnya dengan sistem baru ni.. Need to explore and study more..

Dugaan paling hebat bila air tak de.. terpaksa la kami turun angkut air.. tapi biasalah bila dah berbadan dua macam ni kengkawan bukan bagi sangat angkut air... rasa malu plak tak dapat tolong... tempat kursus pulak kena panjat tangga... bila dah banyak gerak ni biasa la kaki pun membesar dengan jayanya... takut jugak tengok kaki yang membengkak... huhu puas la pujuk diri sendiri supaya bersabar dengan dugaan ni...

Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu :)

Hari ni drive balik bertemankan anak dalam perut.. letih tu tak payah cakap la.. Mr. Zauji cakap Ticer ni cekap jugak la cari jalan tau-tau dah sampai balik rumah sewa.. hihi cekap la sangat... mau 2 3 kali pusing-pusing KL nak cari jalan balik sini... kalau tak redah mana nak sampai... apapun syukur lah dah selamat semuanya.. 

Harapnya tak da lagi dah kursus dalam waktu terdekat ni.. bukan apa badan rasa penat dan seolah perlu berehat panjang... kalau kursus ada orang ambil dan hantar tak pe la.. ni sendiri-sendiri je semua.. nak hire driver sorang boleh? hihi demand betul Ticer ni.. :D

:.. Doakan Ticer and baby selamat yer.. lagi 2 bulan je nak bertemu muka dengan si comel Ticer ni... J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, June 14, 2012

Menggigil bila tetamu bertandang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Naik je cuti masing-masing busy.. time bercuti buat-buat tak busy... padahal kerja keliling pinggang... Ni baru siap isi data.. dari semalam bersengkang mata.. sampai kepala pun dihinggapi migrain.. nak ambik MC lebih-lebih tak best pulak.. so tahan je la... J

Isnin baru ni Ticer menerima tetamu yang tidak diundang. Sebelum tetamu tu datang Ticer dah macam dapat hint sikit.. tapi biasala Ticer bukan senang-senang nak percaya pada hint tersebut biarpun kadang-kadang hint tu betul-betul terjadi.. bagi Ticer semua benda berlaku secara kebetulan..

Tetamu tersebut ialah sang ular... Ticer ternampak dia cuba masuk bawah sofa.. memula nampak tu tak expect benda tu seekor ular sebab tak nampak kepala.. just nampak ekor.. bila Ticer perhati betul-betul ekor tu bergerak... terus menggeletar.


Gagahkan kaki keluar rumah panggil jiran. Liat betul ular tu nak tinggalkan umah ni. Dalam keadaan Ticer yang memboyot ni jiran tak bagi la Ticer ketuk ular tu.. bila ular tu dah keluar tetiba ada 2,3 orang jiran lelaki datang ketuk sampai mati. Alhamdulillah...

Pelik la macammana dia boleh masuk dalam rumah... sampai sekarang Ticer trauma. Kadang-kadang tanpa sebab boleh terkejut. Huhu... tengah malam pun boleh terjaga dari tidur. Macam-macam dah dibaca.. harap-harap perasaan ni berlalu pergi secepat mungkin.. huhu

:.. Tak best bila ada perasaan ni... 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan