Saturday, November 16, 2013

Tak dapat semua A bukan bermaksud gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis lepas pelajar tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR dorang. Ada yang seronok ada yang sedih. Normal. Yang tak dapat 5 A bukan bermaksud anda berada diambang kegagalan.

Ticer amik UPSR tahun 1996. Masa tu 4 papers je.. tu pun dapat 3A je.. sedih memang la sedih.. sebab boleh dikatakan harapan cikgu-cikgu la jugak. Tapi sampai bila nak sedih kan? PMR? SPM? Semua tak mencapai target pun. Tapi syukur Alhamdulillah berjaya dalam hidup. Masuk U? pointer cukup-cukup makan je.. orang lain dapat anugerah dekan Ticer senyum dari jauh. KPLI? Tak de la cemerlang pun. Tapi hidup tetap diteruskan.

So..pada kawan-kawan yang ada anak yang baru amik UPSR sekiranya anak-anak tidak mencapai target 5A usahlah mereka disalahkan. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk berjaya namun kejayaan mereka masih tertunda. Apa yang penting kita bagi moral support kat dorang untuk terus berusaha. Selitkan sedikit pengisian yang boleh mendekatkan mereka dengan Allah. J

Jangan kita lupa kejayaan dan kegagalan merupakan satu ujian.


:.. Gagal atau berjaya bersyukurlah pada Ilahi.. Kerana Dia berkuasa atas segalanya J Yang berjaya jangan riak yang gagal jangan terus-terusan bersedih. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, November 14, 2013

Cantik itu subjektif...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni bangun seawal 2 pagi.. siapkan tugasan online sebelum sekolah ditutup.. Dah siap 1 kelas.. ada lagi 1 kelas.. rasa cekang (tau cekang? Tegang) urat tengkuk dok klik itu ini… then rehat sat.. esok siang sambung 1 kelas lagi..

Tetiba teringat satu kisah.. tentang kecantikan zahiriah.. pernah time sekolah rendah dulu ada sorang kawan Ticer ni rasa rendah diri… tapi tu la nak cakap setiap manusia ni diciptakan secantik-cantik kejadian..

Bagi Ticer kawan ni memang cantik.. tapi biasala mungkin ada yang dengki.. orang selalu pertikaikan rupa dia..

“Lawak la hang ni bila cikgu calit gincu.. mulut tu tebal je” member ni selalu je dipilih masuk aktiviti sekolah.. koir la, pidato la, action song la.. tu sebab ada orang dengki kot.. kuikuikui sekadar assumption ja..

“Awat kening hang tebal?”

Ok. Balik rumah si kawan ni tanya mak dia..

“Awat muka cek camni? Orang selalu kutuk,” mak dia senyum and suruh sabar.
Bila dah besar dan muda macam ticer ni tetiba je ada orang cakap

“Kening hang lawa la.. tebal elok ja,” tak ke pening kawan tu? Dulu sampai nangis-nangis.. siap ada niat nak cukur bagi nipis.. nasib baik la mak dia dok pujuk.. kalau tak rasanya dah togel kening kawan Ticer tu..

Tak dak isu pasal bibir tebal dah sebab sekarang ni orang berpusu-pusu sanggup p cucuk macam-macam nak bagi bibir tebal..

Dia siap cakap lagi “Dulu orang kutuk mulut aku tebal.. la ni aku tengok artis-artis ramai je sanggup cucuk entah apa-apa nak bagi bibir tebal,”

Hmm… duhai manusia janganlah mengutuk ciptaan Allah… macammana rupa seseorang itu semua Allah yang cipta.  Jangan disebabkan nak cantik kita sanggup mengundang kemurkaan Allah..


:.. Apa yang penting kecantikan dalaman… cantik di dalam akan terpancarlah seri kat luar J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, November 12, 2013

Makan-makan tepi pantai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah selesai jamuan akhir tahun semalam. Pertama kali menjejakkan tayar kereta ke Dorani Bayu Resort, Sabak Bernam. Pheww jauh. Mata pun sangat letih.. mana taknya drive di kala matahari atas kepala..

Sebelum ke tempat tu memang dah google dulu dah.. bagi Ticer tempat ni ok.. cantik pemandangan.. heh.. ada chalet.. aktiviti cari kerang..paintball lagi… harga untuk satu malam tak tau plak sebab tak sempat tengok.. asyik dengan kecantikan tempat tu..

Kami makan di D’Muara Marine Park.. memang betul-betul mengadap laut.. adehh rasa nak tido pun ada bila dah kena hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.. sesuai la untuk sesiapa yang suka tempat tenang camtu.. dia kawasan perkampungan nelayan.

Gambar tak sempat snap sebab sibuk melayan si puteri..saja bawak dia jenjalan di situ.. syukur dia sangat la baik dan peramah.. agaknya excited tengok orang ramai kot..
Lepas ni boleh jadikan Dorani Bayu Resort tu sebagai satu tempat untuk bercuti kot.. yang tu kena kenyit-kenyit mata kat Mr.Zauj la nampak gayanya.. ;)


Ni satu gambar yang di ambil dari blog resort tu sendiri.

:.. Rupanya masih ada lagi tempat di Malaysia yang tak sempat dijengah.. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 9, 2013

2013 Dah Nak Habis

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Baru berkesempatan menjenguk dan menjengah blog yang dah usang. Memang sangat tak sempat… maklumlah cikgu yang sekarang ni bukan macam dulu… banyak hal-hal ofis nak kena setel selain dari mengajar.

Alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujung tahun 2013.. rasa macam baru je masuk kelas bebel-bebel tau-tau dah nak habis tahun.. bebel-bebel pun students sayang tau.. kuikuikui..dah mula nak memerasankan diri sendiri.

Start minggu ni sampai la minggu depan memang sibuk dengan aktiviti akhir tahun.. macam-macam nak kena buat.. repot panitia la…jamuan akhir tahun la.. hari anugerah cemerlang la.. fiufiufiufiu..rasa tak cukup tanah nak lari.. heh! Tapi Ticer bukan jadi orang hebat pun.. AJK kecil-kecilan je.. tu pun dah ok.. ye la nak belajar ni mesti dari bawah.. kalau terus bermula dari atas kan susah jadinya..

Takde mende pun nak cerita.. tapi jari dah gatal nak menaip so baca je la apa yang ada ye.. best ke tak best ke buat-buat macam best jugak ye.. ;)


:.. Dan….tak sedar anakanda Ticer sudah masuk setahun 2 bulan ++… dah besar dan lasak.. Alhamdulillah syukur.. J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan