Tuesday, November 12, 2013

Makan-makan tepi pantai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah selesai jamuan akhir tahun semalam. Pertama kali menjejakkan tayar kereta ke Dorani Bayu Resort, Sabak Bernam. Pheww jauh. Mata pun sangat letih.. mana taknya drive di kala matahari atas kepala..

Sebelum ke tempat tu memang dah google dulu dah.. bagi Ticer tempat ni ok.. cantik pemandangan.. heh.. ada chalet.. aktiviti cari kerang..paintball lagi… harga untuk satu malam tak tau plak sebab tak sempat tengok.. asyik dengan kecantikan tempat tu..

Kami makan di D’Muara Marine Park.. memang betul-betul mengadap laut.. adehh rasa nak tido pun ada bila dah kena hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.. sesuai la untuk sesiapa yang suka tempat tenang camtu.. dia kawasan perkampungan nelayan.

Gambar tak sempat snap sebab sibuk melayan si puteri..saja bawak dia jenjalan di situ.. syukur dia sangat la baik dan peramah.. agaknya excited tengok orang ramai kot..
Lepas ni boleh jadikan Dorani Bayu Resort tu sebagai satu tempat untuk bercuti kot.. yang tu kena kenyit-kenyit mata kat Mr.Zauj la nampak gayanya.. ;)


Ni satu gambar yang di ambil dari blog resort tu sendiri.

:.. Rupanya masih ada lagi tempat di Malaysia yang tak sempat dijengah.. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

0 geng suka bebel:

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan