Sunday, May 15, 2011

Ko tak reti guna teknologi eh?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Marah? Tak ada lah... baca tajuk dalam nada sopan jadi sopan la... kalau baca macam gengster dalam filem Kongsi tu jadi la macam gengster caranya..Lu langsi lu mati...berbalik pada topik saya eceh... topik pulak... sebenarnya dah lama dok perhatikan... ramai kalangan kita ni yang celik IT... yang tau guna software macam-macam.. mintak maap la Ticer ni tak reti sangat nak namakan jenis-jenis software ni... 

Banyak antara kita yang suka buat photo editing kan? alaa Ticer pun sama.. setakat photoscape ngan paint tu tau la.. Header blog tu pakai photoscape ja.. tak da la hebat macam orang lain... gambar yang berkeping-keping yang Ticer tepek dalam ni pun hasil ihsan photoscape jugak tu... mesti korang pening kan..ape saja la Ticer ni bebel? Amende la minah ni nak cerita?

Well tadi masa saya dok berjalan-jalan makan angin sambil menyapa hai kat kawan-kawan dalam FB sana saya terpandang la beberapa eh bukan beberapa dah rasanya beratusan keping foto yang telah diedit menggunakan software photoshop.. bukanlah saya nak memuji atau menyokong perbuatan itu namun saya sangat-sangat BENCI atau dengan bahasa lembut lidah dari gusinya tak suka... kenapa? wajarkah orang yang tak bertanggungjawab itu menggantikan gambar wajah seorang insan dengan haiwan yang haram di makan? dan ada satu gambar lagi pulak dia meletakkan belakang nama insan itu dengan haiwan yang diharamkan jugak... sebagai contoh Encik A Ba**, Mr. Z Kh****r.. contoh ja nama tu..jangan korang cari pulak siapa Encik A dan Mr. Z tu... 

Ihsan Google
Saya dapat tahu pihak berkenaan bertindak demikian lantaran ada satu pihak lagi yang turut membuat sesi pengeditan gambar berbentuk serupa... alaa senang cakap ni ada kaitan dengan parti politik la... sebenarnya bukan nak bincang isu politik kat sini tapi saya pelik la dengan golongan ni... bijak dalam teknologi tapi tak tahu nak menggunakan pada jalan yang betul... dosa pahala seolah diletak ketepi.. yang penting kemarahan dapat dilontarkan dengan sewajarnya... erk ke tak berdosa buat aktiviti macam tu? Bukan itu dikira mengaibkan orang ke? Keaiban macam ni boleh ke? Kamu menyokong orang ini, itu hak kamu namun jangan sampai kamu memburukkan orang lain dengan sesuka hati... 

:.. Janganlah membalas sesuatu benda yang jahat itu dengan kejahatan juga... Islam tak pernah mengajar umatnya berbuat demikian... Berpada-padalah dalam melontarkan kemarahan itu... Jangan terlalu taasub dalam perjuangan anda sampaikan tidak tahu membezakan yang mana yang baik dan yang mana yang tidak baik.

:.. Sekadar pendapat dari saya yang masih kekurangan ilmu :) wallahua'lam


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

16 geng suka bebel:

Unknown said...

Baa~ CAK!!

Tu sebab skrg roy x lyn fb dh. Byk sgt keluar gambar mcm tu. Yg sedihnya gambar hina islam pn ada.

Akunyer said...

Roy: tak tau nak layan apa lagi... kekadang on9 fb ada member boleh jugak nak berchit chat... sekali tengok ada gambar cenggitu hadoii geram lak rasanya... yang menghina Islam tu tak yah cakap la..bersepah

Farhana Jafri said...

banyak kali jmpe.. mcm best la plak wt mcm tu.. klau dlu org rse trhina bile kna ckp cm binatang tu tp skrg bngge plak.. otak org mlayu equal to losers ea??

jemput singgah ANASAURUS :)

Akunyer said...

Farhana Jafri: tu lah pasal... tak tau la masing-masing macam seronok plak buat macam tu.. kita yg tengok ni yg sakit hati...

yuyu arissa said...

sekarang ni macam2 hal. mende tu kan tak baik. dorang ni tatau ke..

Akunyer said...

dorang bukan tak tau tapi buat-buat tak tau... huhu

Gee said...

huhu..betul2..guna sebaik baiknya..

Akunyer said...

hmm...tapi tak semua orang tau nak guna sebaiknya :)

Anonymous said...

Teknologi yang disalah gunakan. Ilmu yang dimiliki tapi digunakan atas kepentingan diri dan kepuasan diri sendiri. Memeng tak elok. Tak berkat ilmu tu.

Akunyer said...

Miss Tira: sebab tu orang ada cakap makin maju manusia makin jahil mereka...

tia @ Ini Kisah Tia said...

betul tu Ticer . tak suka , tak usah jadikan isu . mentang2 lah dorang terrer bab edit mengedit ni kan . grr ~

Akunyer said...

Tia: itulah pasal.. time tak tau nak belajar..tapi bila dah tahu macam ni pulak dorang buat.. moga dorang cepat sedar tindakan dorang itu salah...

mykhalis said...

khalis dah lama perasan..jujrnya memang smapai pening.. adakah betul2 mereka benci atau mereka adalh upahan.. kalau upahan bagaimana dengan rezeki mereka?

Akunyer said...

Khalis: yang tu tak dapat nak dipastikan la..huhu sedih tengok sesama kita bertelagah sampai macam tu sekali... lain fahaman politik pun takkan gitu caranya?

rj Etika said...

kenapa nak kene buat macam tu ye? tu bukan menunjukkan kebodohan diri ke kat org lain? pelik la dengan manusia skg. guna kepandaian sendiri untuk benda2 tak elok. =.="

Akunyer said...

rj Etika: tu caranya dorang nak tunjuk 'kekreativitian' dorang kot.. huhu..sedih tengok...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan