Wednesday, May 11, 2011

Malas layan orang ni | Nak dok dalam gua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sangat panas ini hari.... boleh la bersauna kat rumah...FOC lagi gitu...  tak tau nak bercerita macam mana.... tak tau nak mula dari mana... tak tau tak tau tak tau

Konflik? manusia mana tak pernah berkonflik... konflik dalam diri, konflik dengan rakan sekerja, konflik dengan keluarga... tapi tak tau lah andai ada yang tak pernah berkonflik sedikit pun....

Ego? siapa yang tak punya ego? semua orang ada ego tapi ego yang menggunung tinggi yang merunsingkan orang lain... orang yang punya ego sebegini memang susah untuk menerima pandangan orang lain...  baginya hanya dia saja yang betul.... orang yang sebegini jugak tak pernah sedar kesalahan diri sendiri...

Marah? siapa yang tak pernah marah dalam hidupnya? perasaan itu satu kurniaan cuma perlu pandai menguruskannya... berpada-pada lah dalam marah itu... jangan kerana anda marahkan seseorang anda menguasai pihak lain untuk jadi marah dengan seseorang itu.. faham tak ayat saya? hikhikhik

Yeahh let's think positive
Apa yang saya cuba sampaikan disini? Perasaan adalah satu anugerah Ilahi pada kita namun sekiranya kita tak pandai mengawalnya maka perasaan itu akan menjurus ke arah sesuatu yang negatif. banyak cara boleh kita buat untuk mengawalnya... antaranya:

1- Dekatkan diri dengan Tuhan
2- Berfikiran positif
3. Menenangkan fikiran daripada diganggu (pegi bercuti, muhasabah)
4. Membaca petikan/ kata-kata yang mampu memberi motivasi pada kita
5. Sentiasa senyum
6. Letakkan kita pada tempat orang lain 
Banyak lagi cara sebenarnya nak mengawal emosi..ini saya bagi sebahagian sahaja... 

Mampu atau tak mengawal emosi nih? tepuk dada tanya iman...Kadang-kadang saya rasa saya nak duduk dalam gua dari berdepan dengan orang yang beremosi macam ni... dan saya tau orang lain pun nak duduk dalam gua jugak kalau saya beremosi lebih-lebih sangat..haha... 

Saya lagi selesa untuk duduk dan berbincang dari hati ke hati. Jelaskan salah silap.. walaupun kepedihan itu mungkin terasa tapi takkan mengambil masa yang panjang.. (bagi saya la sebab pernah buat dengan member dulu).. kira macam sharing moment gitu...korang cammana? lebih rela mendiamkan diri dan bermasam muka atau macammana?

:.. Apapun hidup mesti diteruskan... itulah pahit manis sebuah kehidupan... sebagai hamba kita sentiasa diuji dan ujian bagi setiap orang itu berbeza berdasarkan kemampuannya menghadapi ujian tersebut... 


p/s rasa macam kali ni entri saya penuh emosi... terlalu kesal dengan apa yang terjadi....apa yang mampu saya buat hanyalah terus menjalani hidup seolah tiada apa yang berlaku.... (takkan semua ni sebab langsir tu kot? kuikuikui)

Sekadar pendapat,


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

18 geng suka bebel:

arituarini said...

sabar...hehe

Akunyer said...

Arulchelsea: yer sabar la ni hehe

Santan Berlada said...

yup...
hidup mesti diteruskan...
semua tu adalah ujian...^^

Akunyer said...

Shamsuddin Amin: :) moga kita semua kuat menempuh halangan dan rintangan

mOon EyEzS said...

kdg2 kOnflik yg tiada kesudahan akan buat kita lagi bertambah panas...:)

Akunyer said...

moon: :) moga-moga 'hujan' akan turun menyejukkan keadaan yang 'panas'

Anonymous said...

perasaan orang nie macam2. kadang2 susah nak faham. macam mana diorang fikir pun tak tahu. diorang fikir terbalik kot. huhu

Lagi-lagi Buli

mykhalis said...

muka anda dah dituakan 5 hari sebab masam ketika menulis artikel geram ini..wahahha

Akunyer said...

cikguden: hmm... itulah ita nak faham orang tapi orang belum tentu nak fahami kita... :D

Akunyer said...

khalis: eheh jangan salah faham..saya tulis entri ni dengan senyuman lebar tau... :p

ZWAN SABRI said...

emosi kalau x berjaya di kawal, boleh mengundang bahaYa.. HUHU

Akunyer said...

Zwan Sabri: yeap betul tu... tapi emosi kalau dipendam juga boleh mengundang bahaya..

:: cikNuurul :: said...

sedih je rse kan,.ermm,.dh,.jgn pendam lg,.cbe berbncang fce to fce,.at least kite tau ape silap ape btol ape slh,.kn?,.sume org ade prsaan,.

Unknown said...

really hope that i can meet and talk to you face to face . maybe u can be some one that i trusted .. thanks ticer for all urs advice . btw, i have something for u . hope u can make it ;) ouch , i feel am in love to writing in English ..

Menjawab Soalan Dari Sahabat Blogger

Anonymous said...

Tarik nafas,

Hembus nafas,


Sabar ya.. Jangan marah-marah sangat. Chill~ :)

Akunyer said...

CN: Saya ni jenis ok... even orang bagi saya marah pun saya boleh cool jer..tapi tak tau kalau orang marah dengan saya...boleh ke tak dia cool.. sebab ada sesetengah orang bila dia marahkan kita dia ajak sekali orang yang dekat dengan dia untuk sama-sama marah kat kita... itu tak adil la kan...

Akunyer said...

Tia: InsyaAllah Tia we can meet one day... InsyaAllah I can be someone u trust... really? wahh good... u can start to write in English dear... :)) I support u...

Akunyer said...

Miss Tira: No I'm not.. tak marah la.. entri ni sekadar perkongsian tentang ragam manusia yang saya jumpa... saja je bagi panas sikit.. haha.. ;) I'm cool... btw thanks atas nasihat :))

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan