Wednesday, August 3, 2011

Indahnya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam keluar gi bazaar Ramadhan. Dalam perjalanan balik ke kuarters kawan sempat berkongsi cerita mengenai temannya.. bukan ngumpat yer… perkongsian cerita yang buat Ticer rasa betapa agungnya kuasa Allah…
Kawan kepada kawan Ticer ni emmm Ticer namakan Linda… dia merupakan bukan Islam.. dia memang suka bersosial… pada satu hari tu dia cakap kat kawan Ticer ni dia tersuka pada sorang lelaki yang belajar satu tempat dengannya.. Selain itu, dia tercari-cari agama yang sesuai dengannya.. kesempatan mengenali lelaki itu digunakan untuk bertanya segalanya tentang Islam.. Alhamdulillah lelaki yang dikenali itu sangat arif dalam agama.. Kawan Ticer sebenarnya tak tau pun yang dia banyak bertanya pasal Islam pada lelaki itu…



Kemudian setelah persoalan tentang Islam sudah terjawab dia nekad untuk memeluk Islam.. pegi je Pejabat Agama pegawai disitu memula suruh balik sebab tengok muka dia macam bebudak.. puas dia terangkan baru pegawai tu percaya.. pegawai tu mintak fikir bebetul sebab bab-bab agama ni bukan boleh dijadikan mainan.. then dia bertegas yang dia serius… Dia cakap selesai saja lafaz syahadah jiwanya tenang sangat-sangat… pehh masa ni Ticer dah bergenang air mata.. rasa agungnya kuasa Tuhan…
Then, dia cerita lagi masa di rumah dia curi-curi solat tapi ibunya dapat tau juga akhirnya.. ibunya memang menghalang… tapi akhirnya selepas baca coretan darinya ibunya berlembut hati.. dalam surat tu dia tulis dia takan tinggalkan ibunya biarpun dia sudah Islam.. buktinya sehingga saat ini dia masih berada dengan ibunya biarpun dia dah Islam… Dari situ ibunya berubah hati dan menerima agama anutan anaknya ini…
Nak dijadikan cerita lagi satu hari lelaki yang dikenalinya dulu datang ke rumah berjumpa keluarganya dan menyatakan hasrat hati untuk melamarnya… dan dia terus menerima padahal mereka tak pernah bercintan cintun pun.. keluarganya menerima lelaki itu dengan tangan terbuka.. Ayahnya tidak menghalang.. bagi ayahnya asalkan anaknya jadi orang beragama itu sudah baik baginya…
Keluarga lelaki itu juga menerima Linda dengan baik.. insyaAllah hujung September nanti mereka akan diijabkabulkan… J

:.. Syahdu rasa dengar cerita camni… terasa bahagianya seseorang bila mendapat hidayah Allah… 

p/s maaf terpanjang plak entri ni



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

10 geng suka bebel:

syaz@rozelt said...

wah dah macam cite dalam drama..hehe..tapi cite drama pon amek dr real life jugak kan??hehe

Alhamdulillah~

~~Ticer Wann~~ said...

@syaz@rozelt haha tu la... mmg mcm drama tapi nilah realitinya.. :)

Anak Wak Mail said...

Alhamdulillah,,bertambah satu lagi ummat Islam..seronok dengar cite camni..=)

rara pinkmafia said...

alhamdulillah.amin.

ArulchelseA said...

bagus..amin..

Syuxer said...

alhamdulillah..kuasa hidayah dari Allah s.w.t..indah baca kisah ini..:)..

ZWAN SABRI said...

aiseyh, meremang zwan baca entry nii.. rasa macam terharu sangat apabila Islam menjadi pilihan dan bertambah lagi umat Islam.. ;)

MySuaraBlog: Sila Duduk Rapat2, JANGAN Duduk Renggang2

Cik Gee said...

sweet ye citer d atas.. ingat dlm novel or drama je berlaku.. bertuah linda menjadi insan terpilih.. :)

iPai said...

wah jarang nak dengar cerita begini ..

bagusnya ... hidayah itu hak milik ALLAH dan kita sebagai manusia mesti sentiasa berlumba berkehendakkannya

tia @ Ini Kisah Tia said...

terharunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan