Monday, August 3, 2015

Riak ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berpuasa 6 bagi yang masih berpuasa. Yang dah lama dah habis tu tahniah. Apa nak cerita ntah.

Ok. Masa dalam puasa baru ni selalu terbaca viral pasal update itu riak…upload gambar itu ini riak..pendek kata semua riak la. Ramai yang share.. Ticer? Masih berkira-kira nak share tapi tak share pun sebab rasa macam cepat sangat nak cop orang riak kan..macam kita baik sangat. Apa salahnya kita positif sikit. Ada perkongsian dari teman-teman kita tu yang dapat salurkan maklumat pada kita. Sapa tau kan…

Contohnya…macam ticer dulu anak 1st memang zero bab sediakan stok susu..bab pumping session tapi bila tengok kawan upload dan update pasal penyusuan beserta gambar-gambar yang ada terus ticer mesej dia tanya..mintak tips camna nak buat.. takkan bila kita tengok kawan kita berjaya dalam penyusuan anak kita nak kata dia riak sebab share rahsia kejayaan dia?

Macamtu jugak kalau kawan upload gambar pi makan sana sini..mungkin niat dia nak share ada banyak tempat makan menarik yang boleh kita pi kalau kita lapang. Nak tau kat mana kena la tanya tuan punya yang upload gambar tu.. kan?

Kalau ada teman kita pos pasal anak-anak dia kita boleh tanya cara nak didik anak ikut acuan agama.. ini tidak kalau kawan-kawan pos pasal anak semua riak..tapi kalau selebriti ke personality yang diminati update status pasal ni ok plak kita share kan? Siap tag kawan-kawan yang lain lagi.. 

Banyak lagi benda yang kita boleh ubah pemikiran kita. Siapa kita nak kata orang tu riak orang ni riak..hebat sangatkah kita? Urusan riak atau tak tu urusan dia dengan Maha Pencipta.. bersangka baik itu lebih mulia kan..? asalkan dia tak upload/ update lebih-lebih bagi ticer tak menjadi masalah pun.. apapun kena berpada-pada la.. jangan sampai apa yang kita update dan upload tu mengundang bahaya pulak pada kita.

Ada bermacam-macam status dan gambar dari teman-teman yang kita boleh pusing dari negative kepada positif. Gamak tak tahan sangat unfollow je kawan tu atau hide je status yang mengganggu hati dan emosi kita.. J

Ni cuma pendapat dan pandangan Ticer.. nak setuju ok tak nak setuju pun ok..masing-masing punya pilihan kan..?


:.. Selfie takpa jangan selfish.. ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

Zie Madini said...

those yg suka komen negative dalam entri or status FB org tu adalah masalah hati sebenarnya. dengki dalam hati tinggi sangat. Blog or FB org, dia punya suka lah an nk tulis apa pun.

if tak suka jgn follow wall dia. habis cerita. Hehe. btw, salam kenal :)

Soidah Sofi said...

@Zie Madini salam kenal jugak..tq singgah sini.. itula tu.. suka sangat sangka buruk dengan orang kan.. ada masa kita cuma nak share je tapi disalah anggap...

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan