Friday, July 13, 2012

Dulu-dulu tak biasa.. sekarang ni dah biasa.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedang menonton Tilawah Al-Quran.. prize giving ceremony..

Hmm.. sejak dari bertukar status menjadi Puan sampai la nak jadi ibu ni setiap minggu mendapat pertanyaan yang sama dari teman sekerja.

Asal sampai ja hari Jumaat time nak punch card keluar kerja akan ada yang bertanya,

“Minggu ni tak balik kampung?” Seperti biasa senyum.

“Tak” pendek ja ucapan tu.

“Suami datang kot” senyum lagi

“Tak jugak.. mungkin minggu depan kot”



Hee... situasi ni time mula-mula dulu agak susah nak terima. Setiap kali ditanya setiap kali tu la cuba tahan perasaan.. bukan tak boleh balik cuma jarak perjalanan yang agak jauh membantutkan hasrat nak balik ditambah suami yang risau kalau si isteri drive sensorang.. 

Sekarang ni dah makin bertabah.. berjumpa suami sebulan sekali dianggap biasa. Paksa rela sebenarnya.. ada lagi orang yang lebih teruk dari keadaan Ticer ni.. syukur la masih boleh bertemu suami sebulan sekali..

Tadi sebelum berlenggang-lenggang ke parking kereta sorang teman cakap 

“Kesian awak Wan... pisah camni dengan suami” Ticer senyum lagi.

“Nak buat camna kak..ujian...,” J

Siapa yang nak perpisahan sementara camni.. tapi kena redha la kan.. rezeki di sini.. mana-manapun masih sama.. tetap bumi Tuhan.. J

:.. PJJ ni best jugak... menyuburkan rasa rindu antara suami isteri... J cewahh J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

1 geng suka bebel:

aTy _faRed~ said...

yeah..kalau hati kuat..redho dan tabah..yakin pada Allah..insyaallah semua akan dipermudahkan nanti..:)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan