Sunday, March 6, 2011

Jom wat kira-kira sebelum tidur...jom laa

Syukran Google




Apa yang kita faham dengan muhasabah? 


Muhasabah ialah seorang manusia menilai dirinya pada waktu malam terhadap apa saja yang dilakukan pada siang hari. Jika ia melakukan perkara yang terpuji maka ia akan meneruskannya dan jika dia melakukan perbuatan tercela maka ia akan meninggalkannya dan takkan mengulanginya lagi. (Imam Al-Mawardi)


Imam Ibnu Qayyim r.a : Muhasabah ialah seorang hamba membezakan antara apa yang dibuat, sama ada mendapat pahala atau mendapat dosa, pekerjaan yang mendapat pahala akan diteruskan, manakala yang mendatangkan dosa ditinggalkan. Kerana ia umpama musafir yang bermusafir dalam perjalanan yang tidak akan kembali lagi“.



Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).” (Hadis riwayat al-Tarmizi)

Kebaikan-Kebaikan Muhasabah Diri.


Di antara kebaikan di dalam menilai diri dan muhasabah :
Dapat mengenal pasti keaiban dan kekurangan diri. Sesiapa yang tidak nampak keaiban dirinya, mustahil ia dapat menghilangkan keaiban tersebut. Siapa yang gagal mengesan kekurangan-kekurangan pada dirinya, ia tentu tidak akan dapat memperbaiki dirinya. Orang yang hatinya sihat, jika ia mendapati ada keaiban pada dirinya, nescaya ia akan membencinya.

Cara muhasabah:
Terdapat beberapa cara yang saya kira sesuai untuk kita amalkan... ni petua daripada Dato' Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah... 


1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. (agak susah kan?)

6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)- boleh wat list benda-benda yang positif yang ada dalam diri kita... xcaya? try la... mesti kita akan rasa lagi semangat.. :)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik (kadang2 bila kita ingatkan orang..orang akan kata macam ni "alah dia pun xbaik ada hati nak pesan kat orang.." tapi tak da salah kan kalau sering ingat mengingati? sekurang2nya kita akan terdorong juga untuk menjadi lebih baik..ye dak?)

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. (mengumpat ibarat memakan daging saudaranya sendiri....)



-Justeru itu ayuh la kita sama-sama menghitung/menghisab semua perbuatan kita.. andainya perbuatan sepanjang hari ini tidak baik maka sama-samalah kita tinggalkan... dan andainya amalan/perbuatan kita pada hari ini baik/ soleh maka teruskanlah... :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

2 geng suka bebel:

mykhalis said...

terima kasih sangat dengan ingatan ini.. Khalis sendiri kadangkala sebelum tido main tido je..tak wat pun hitung nisbah nie..malam nie akan mulakan perlahan2..

~~Ticer Wann~~ said...

khalis: ingatan utk kita bersama.. saya pn kadang2 terskip jgk bab2 muhasabah ni..xpe pelan2... anyway tq 4 dropping by.. :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan