Monday, February 27, 2012

Bergambar berdua time bertunang @ sebelum kahwin... boleh ke tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terbaca status ini di FB

Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini.

Status ini di copy sepenuhnya dari SINI...


carian Google

So bagi bakal-bakal pengantin yang belum ada status halalnya lagi berhati-hati la... kat atas tu bukan kata-kata Ticer tapi kata-kata dari orang yang berilmu.. bergambar berdua dengan lelaki bukan mahram tanpa ikatan yang sah adalah dilarang... nak bergambar berlebihan tunggu lepas akad ijab qabul ye..

Jaga diri dan maruah kita okeh? Jaga juga agama kita yang suci ini.. J jangan disebabkan kita nak mengikut trend semasa hukum hakam tergadai... Jangan pula melenting bila ada insan yang prihatin menegur perbuatan yang salah itu... bukan maksud dia nak menjaga tepi kain anda tapi sebab dia terlalu concern pasal anda dan nak menjaga anda dari tergelincir dari landasan yang benar... J

:.. Tak bergambar berdua time bertunang pun tak da salahnya.. manis lagi ada la.. menjaga syariat... pertunangan bukan tiket untuk berlebihan... tunggu nikah dulu okeh...? Kesian la pada mak ayah kita okeh...



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, February 17, 2012

"Alaaa tak best la tak tiup-tiup lilin"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

“Happy Birthday to u... happy birthday to u... happy birthday to Ismet Ulam Raja.. happy birthday to u..”

Pernah nyanyi lagu ni? Banyak versi.. ada dalam pelbagai bahasa... biasa la kan kita nyanyi-nyanyi lagu camni kan... salah ke  nak sambut birthday? Ehh tak da salah la... siapa kata salah nak sambut birthday.. tapi sedar tak dalam keghairahan menyambut hari lahir tu kadang-kadang kita terjebak dalam adat-adat/ kebiasaan yang tanpa kita sedari melanggar ajaran agama... apa dia? Tiup lilin dan make a wish sebelum tiup lilin...

Ticer pernah berada dalam satu jamuan birthday.. sebenarnya tu surprise party untuk diri sendiri la.. tapi memang tak ada lilin semua tu sebab kengkawan Ticer tau yang Ticer tak suka acara tu semua... bukanlah nak membangga diri sebab tak tiup lilin.. bukan nak bajet bagus... tapi ustat baba melarang Ticer dari terjebak dalam benda-benda macam tu.. mula-mula dulu macam tak puas hati.. ustat baba kata bukan cara orang Islam sambut macam tu... dalam tak puas hati tetap jugak ikut cakap.. namun tetap meneruskan pencarian bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. (aduii ayat..hebat sangat)



Selepas beberapa ketika bila dah ada akses internet ni laju la sikit mencari... banyak pendapat mengatakan cara itu ditegah kerana mengikut budaya bukan Islam kerana kek dilambangkan sebagai dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam... apabila lilin itu ditiup maka terpadamlah cahaya Islam...

Macam tu jugak dengan perbuatan ‘make a wish’ sebelum tiup lilin. Kenapa perlu pohon hajat macamtu?  Sepatutnya kita perlu memohon hajat kepada siapa? Hmmm... adalah lebih baik kita ubah konsep sambutan hari lahir dengan menyanyi dan meniup lilin tu kepada majlis kesyukuran dan doa selamat sebagai tanda kita bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ini...

Klik sini dan sini untuk baca... kalau ada yang tak setuju dengan pendapat ini semua apa daya.. Ticer sekadar berkongsi apa yang telah dibaca dan telah diberitahu oleh ustat baba Ticer... tepuk dada tanya iman... 

:.. Dalam cerita Melayu bersepah buat birthday macam ni... dah tu cammana umat manusia yang lain tak ikut..? kita mampu mengubahnya... jom kita kembali kepada syariat Islam yang sebenar... tak rugi pun..malah beruntung sangat-sangat.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, February 16, 2012

Dulu saya baca...sekarang ni murid pulak..? ;)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 9 minggu.. harapnya baby membesar dengan sihat dan kuat sekuat umminya yang menempuh dunia penuh mencabar dengan berdepan murid-murid yang pelbagai kerenah...cewah ayat...

Dua hari sudah time Ticer tengah busy edarkan worksheets kat students Ticer terperasan la ada sorang murid tu khusyuk benar menundukkan kepala... macam memerhatikan sesuatu kat bawah meja sampai tak perasan Ticer memang berdiri betul-betul kat belakang dia...  rupanya dia tengah baca komik.. patutla tertunduk-tunduk.. ye la kang letak komik tu atas meja memang obvious sangat la kan. Tu yang dia buat gitu rasanya.. tapi dia tak tau mata Ticer sangat tajam  setajam eagle eye.. cehh poyo... maka dengan kuasa yang ada Ticer pun 'meminjam' seketika komik tu.. 

Komik ni pernah Ticer baca satu ketika dulu... sampai berebut-rebut dengan kengkawan yang lain. Tapi dulu tebal n saiz agak besar.. ni saiznya kecik je... rupanya penangan komik ni berlanjutan sampai sekarang ni... hehe... tapi Ticer tak de la baca time cikgu mengajar dulu... nak kena debik sebijik? Patut la penuh khusyuk budak tu... ingatkan buat kerja sekolah rupanya buat kerja lain... masa Ticer mintak tu tergaru-garu kepala dia antara nak bagi dengan tidak...nak tak nak terpaksa la bagi... kalau tak.....tak tau la apa nak jadi.. haishh mana ada denda la... Ticer tak suka tau denda-denda pelajar ni tau... :D

Nak tau komik apa? Jeng jeng jenggg... J


:.. Tersenyum Ticer sorang-sorang.. tak sangka ada jugak murid yang ‘mengikut’ Ticer baca komik doraemon tu sekarang ni... hehe... membacalah di mana sahaja.... asalkan bukan masa cikgu mengajar.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, February 3, 2012

Semoga saya dan 'dia' sihat dan kuat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ni kurang update blog.. tak tau la ke mana semangat itu hilang.. sebelum ni kemain lagi kan setiap masa ada je update... ada sebab tertentu kenapa tak update selalu... salah satu sebabnya kekeringan idea... kalau ada idea kemalasan nak menaip datang plak...

ihsan google
Hmm... ada sesuatu yang best nak dikongsi J Ticer bakal menjadi ummi tak lama lagi... excited bila dapat tahu benda ni.. syukur sangat-sangat Alhamdulillah.. kandungan pun baru menginjak 7 minggu.. dah macam-macam pesanan yang diberi.. jangan buat itu.. jangan buat ini... huhu nampaknya tak bleh nak lasak-lasak macam dulu lagi la ni kan..

Alahan? Hmm tak de la pulak.. tak tau la kalau nanti-nanti ada alahan kan... setakat mual-mual tu rasa la jugak... tapi macam ustajah mama Ticer cakap kena kuat melawan semua tu... ada cikgu kat sekolah pun cakap camtu jugak... “ko buat bodoh je Wan,” hehe... tak tau la boleh melawan ke tak... apapun syukur la tak teruk sangat.. J

Doakan Ticer dan kandungan selamat dan sihat ye..

:.. Kalau ada apa-apa tips yang nak dikongsi share la ye.. biasala Ticer kan baru lagi.. memang zero la bab-bab ni...




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan