Showing posts with label bertunang. Show all posts
Showing posts with label bertunang. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Bergambar berdua time bertunang @ sebelum kahwin... boleh ke tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terbaca status ini di FB

Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini.

Status ini di copy sepenuhnya dari SINI...


carian Google

So bagi bakal-bakal pengantin yang belum ada status halalnya lagi berhati-hati la... kat atas tu bukan kata-kata Ticer tapi kata-kata dari orang yang berilmu.. bergambar berdua dengan lelaki bukan mahram tanpa ikatan yang sah adalah dilarang... nak bergambar berlebihan tunggu lepas akad ijab qabul ye..

Jaga diri dan maruah kita okeh? Jaga juga agama kita yang suci ini.. J jangan disebabkan kita nak mengikut trend semasa hukum hakam tergadai... Jangan pula melenting bila ada insan yang prihatin menegur perbuatan yang salah itu... bukan maksud dia nak menjaga tepi kain anda tapi sebab dia terlalu concern pasal anda dan nak menjaga anda dari tergelincir dari landasan yang benar... J

:.. Tak bergambar berdua time bertunang pun tak da salahnya.. manis lagi ada la.. menjaga syariat... pertunangan bukan tiket untuk berlebihan... tunggu nikah dulu okeh...? Kesian la pada mak ayah kita okeh...



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, September 11, 2011

Boleh ke tak kita hebahkan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari minggu yang tak tau mende nak buat..cewah.. padahal dah sebaldi baju disentalnya.. rajin kan? Hakhakhak... *muntahhh*

Sebelum merepek melebih-lebih, Ticer tepek rekod per-chatting-an bersama teman sepersekolahan Ticer...


Pasal pertunangan.. boleh atau tak di-reveal-kan pada umum.. wahhh terkulat-kulat gak Ticer nak jawabnya. Huhu bukan arif sangat... apa yang Ticer tau tak de la sampai tak boleh nak hebahkan pertunangan..namun ada yang kata lebih baik disembunyikan pertunangan dan dihebahkan pernikahan.. disebabkan nak menolong teman tercayang maka Ticer meminta jasa baik Incik Google terchenta ni...

Malas dah nak menaip panjang berjela.. Nanti orang tak larat baca.. apa kata korang klik je LINK ni, INI dan INI.. moga mendapat sedikit info..

:.. Sesiapa yang ada maklumat tambahan dipersilakan berbuat demikian... J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan