السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Lama betul aku tak menjenguk sini. Bukan tak rindu nak bercerita dan menulis.. masih ada lagi ke yang layan blog ni? Kawan2 zaman blog dulu pun tak pasti dah p mana. Yang masih berhubung di fb pun dalam 2 3 orang tupun tak da yang komen2. Cuma like sikit-sikit macam tu saja. Masing-masing sibuk dan bertambah komitmen kan?
Tahun ni memang tahun paling mencabar. Especially buat anak-anak sekolah lah. Awal-awal dulu masuk sahaja bulan Mac sekolah ditutup gara2 lonjakan kes covid 19 sampaila bulan Julai baru la sekolah dibuka semula. Lepastu ditutup balik gara-gara kes meningkat balik.
Cabaran nak berdepan dengan kelas online ni bukan mudah. Sebagai cikgu dan ibu, cabaran tu memang berganda. Mana nak set kelas lagi. Aku pulak jenis suka cuba macam2 cara untuk mengajar. Bukan hanya hantar latihan dalam WhatsApp group kemudian selesai. Masa Pembelajaran dari rumah ni la aku try berjinak dengan video, google form, quizziz dan ada lagi beberapa platform yang aku godek-godek untuk hasilkan pembelajaran interaktif. Ada sekali tu pukul 3 pagi baru tidur sebab nak hasilkan latihan/ video untuk 3 kelas. Merungut? Tak lah. Cuma bercerita betapa excitednya aku bila dah tau cara nak hasilkan kelas yang menarik.
Aku memang tak buat zoom/ google meet sebab kebanyakan murid guna handphone mak ayah yang mana malam2 baru la mak ayah balik rumah. Lepastu ada kawasan yang capaian internet agak kurang memuaskan.
Takpalah kan janji sebagai cikgu aku dah berusaha jugak untuk sampaikan ilmu. Moga sedikit ilmu yang dikongsi tu sikit sebanyak terpahat jugak dalam dada anak2 didik.
Kekangan yang dirasa oleh ibu bapa lain ketika mengajar anak2 dirumah turut dirasai oleh aku. Aku perlu mengajar 3 orang anak2 ketika dirumah. Jadi aku sangat2 memahami apa masalah yang dihadapi ibu bapa ketika menjadi cikgu buat anak2.. 😁😅
Bertabahlah ya.. dah nak habis dah sesi persekolahan 2020 ni. Harapannya moga tahun hadapan anak2 dapat bersekolah dan menadah ilmu secara bersemuka seperti tahun2 sebelum ni. Pembelajaran dan Pengajaran secara atas talian ni bagi aku ada kurang 'zat' sikit. Apapun segala yang diarahkan aku tetap turuti.
Babai.
0 geng suka bebel:
Post a Comment