Thursday, January 19, 2012

Awak...dah gaji la... janganla mengelat... T_T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

19 Januari 2012- dah masuk tahun ke-4 menjadi pendidik... tak terasa cepatnya masa berlalu.. rasa macam sangat tua dalam bidang pendidikan namun sebenarnya masih setahun jagung lagi...

Ticer tak tau nak report kat sapa benda ni.. hoho... tetiba je kan.. bukan ticer diancam ke apa... tapi ticer cuma perlu hak ticer dikembalikan.. wahh apakah? Malu la kan nak bercerita dalam blog soal ni... tapi nak buat macammana.. dah memang terpaksa bercerita..

Al kisah.. ticer ada menghubungi sorang kawan pada hari selepas gaji.. maksudnya selepas 16hb lepas la... ye la dah gaji kan mesti la dengan hebat dan lebatnya berbelanja sakan kan... Ticer gak tak belanja sakan..sebab nyimpan duit nak bayar tol nak balik Kedah esok ni haa... niat Ticer satu je menuntut sejumlah wang yang dipinjam pada tahun lepas... bulan 12 lepas dah mintak tapi dia cakap kawan dia pinjam duit dia... eh eh ada plak duit nak bagi kawan pinjam ye...then dia janji gaji bulan 1... bila mesej je dia senyap.. wauuu hebat kan? T_T



Duit tiket flight yang digores dari kad kredit Ticer pun Ticer yang kena setelkan... berkiranya kamu wahai Ticer.. memang la kena berkira.. duit tu duit yang dipinjam.. memang sah-sah la kena bayar balik... duit I,duit I ye.. bukan duit I duit u... huhu... banyak amount tu... duit yang dipinjam + duit kad kredit... kalau dia bayar kira lepas gak nak makan Kenny rogers roster... haishhhh

:.. Tak pe lah awak... lari la ke mana pun dengan hutang tu.. kat dunia ni mungkin awak boleh mengelak dari saya.. tapi kat akhirat nanti macammana? hmm.. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, January 3, 2012

Eksplorasi keindahan alam - perghh tajukkkk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kenapa la sangat malas nak update blog ni... huhu.. sangat malas jugak nak blogwalking...

Hari ni hari terakhir bercuti.. esok dah mula kembali ke sekolah.. tahun ni diamanahkan kelas tahun 2 dan 3.. subjek yang diberi? Tidak dapat disangkal lagi dah tentu B.I.. tahun ni permulaan KSSR tahun 2.. benda baru yang memerlukan masa untuk difahami oleh guru.. disebabkan Ticer telah menghadiri kursus KSSR tahun 2 pada tahun lepas maka secara otomatik Ticer diberi mandat untuk memegang kelas itu.. wahaaa ayat sangat bombastik..

Pada 29-31 Disember lepas Ticer dan Mr.Zauji ke Borneo.. bercuti.. dah alang-alang kat sana Ticer ke Lawas untuk urusan SBPA.. nama sangkut kat Sarawak lagi so kena p sign SBPA tu kat sana...

Ada la beberapa tempat yang Ticer bawak mr.zauji berjalan-jalan.. bila berada di pulau nampak la beliau sangat excited.. maklum je la orang suka berenang-renang kan... memang dimurahkan rezeki la bila nak ke pulau tu... dapat diskaun banyak sangat... bot pun bleh sewa dua orang je.. orang lain pegi 3 pulau Ticer dapat round sampai 5 pulau.. sambil tu buat aktiviti snorkelling dan menaiki banana boat.. hotel pun dapat yang murah jugak.. ok la tu.. even pegi tu tak booking apa-apa tempat penginapan pun...

Kali ni ticer pegi without tourist guide... semua belasah sendiri je... tapi belasah-belasah pun sampai jugak ke tempat tujuan.. rasa nak kena pegi lagi sebab tak habis lagi jenjalan..

Ok..seperti biasa sesi menepekkan gambar... J

Bwk mr.zauji makan seafood

jambatan tamparuli

naik bot sini

pemandangan kt dlm air

:.. Jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah... makin banyak berjalan makin rasa takjub dengan kekuasaan-Nya... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan