Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Dah tengok ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti seminggu- terbengkalai semua kerja dek kecuaian sendiri.. terlupa nak bawak balik markah untuk di isi dalam sistem... Cuma dapat isi beberapa markah je... tu pun sebab ingat.. harap sempat la nak mengisinya bila balik ke sana nanti..

Dah alang-alang semua kerja tak menjadi Ticer menghabiskan masa menonton movie Hafalan Shalat Delisa.. Ticer bukan penggemar cerita/ filem dari seberang... tapi selalunya Ticer akan tengok bila direkemenkan oleh kengkawan.. macam filem Ketika Cinta Bertasbih dulula... kalau tak direkemenkan oleh kawan sampai ke sudah tak tengok... Korang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa ni? Best. Serius. Even grafik time tsunami tu macam agak pelik tapi benda tu tak membantutkan hasrat untuk menonton sampai minit terakhir..


Sangat tersentuh melihat ketabahan seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 6 tahun (mungkin) meneruskan hidup setelah kematian ibu dan 3 kakaknya beserta kehilangan sebelah kakinya dek tsunami... selepas kejadian itu dia hanya tinggal bersama ayahnya.. air mata dah bergenang gak la time tu... tapi tak pe bukan ada orang perasan pun sebab tengok sorang-sorang. Ihiks.

Movie ni ada ditayangkan di astro first tapi disebabkan tak melanggan cerita ni maka Ticer godek-godek Google mencari link untuk download filem ni.. Memang betul la apa kawan Ticer cakap, cerita ini lagi bermakna dan best dari filem OR.. sebab Ticer hanya tengok dalam masa 15 minit ja OR tu..terus off sebab erk mengantuk sangat jalan cerita dia... baca novel dia lagi best Ticer rasa.. maap la pada peggemar filem tersebut.. lain orang lain selera kan... Lagi satu tak da pun adengan sentuh menyentuh antara lelaki dan wanita bukan mahram dalam cerita ni (seingat Ticer) la... tu yang membuatkan Ticer selesa nak menonton hingga akhir... Tak perlu tunjuk aksi kemban-kemban dan peluk-peluk pun cerita boleh jadi best.. ye dak? J

:.. Lepas tengok movie ni rasa nak jadi setabah Delisa dan nak jadi insan penuh kasih sayang dalam mendidik dan menghadapi kerenah anak-anak seperti ibu Delisa itu... J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, January 19, 2012

Awak...dah gaji la... janganla mengelat... T_T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

19 Januari 2012- dah masuk tahun ke-4 menjadi pendidik... tak terasa cepatnya masa berlalu.. rasa macam sangat tua dalam bidang pendidikan namun sebenarnya masih setahun jagung lagi...

Ticer tak tau nak report kat sapa benda ni.. hoho... tetiba je kan.. bukan ticer diancam ke apa... tapi ticer cuma perlu hak ticer dikembalikan.. wahh apakah? Malu la kan nak bercerita dalam blog soal ni... tapi nak buat macammana.. dah memang terpaksa bercerita..

Al kisah.. ticer ada menghubungi sorang kawan pada hari selepas gaji.. maksudnya selepas 16hb lepas la... ye la dah gaji kan mesti la dengan hebat dan lebatnya berbelanja sakan kan... Ticer gak tak belanja sakan..sebab nyimpan duit nak bayar tol nak balik Kedah esok ni haa... niat Ticer satu je menuntut sejumlah wang yang dipinjam pada tahun lepas... bulan 12 lepas dah mintak tapi dia cakap kawan dia pinjam duit dia... eh eh ada plak duit nak bagi kawan pinjam ye...then dia janji gaji bulan 1... bila mesej je dia senyap.. wauuu hebat kan? T_T



Duit tiket flight yang digores dari kad kredit Ticer pun Ticer yang kena setelkan... berkiranya kamu wahai Ticer.. memang la kena berkira.. duit tu duit yang dipinjam.. memang sah-sah la kena bayar balik... duit I,duit I ye.. bukan duit I duit u... huhu... banyak amount tu... duit yang dipinjam + duit kad kredit... kalau dia bayar kira lepas gak nak makan Kenny rogers roster... haishhhh

:.. Tak pe lah awak... lari la ke mana pun dengan hutang tu.. kat dunia ni mungkin awak boleh mengelak dari saya.. tapi kat akhirat nanti macammana? hmm.. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, November 24, 2011

Dia tak kenal aku? Maluuuu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sentap kot!

Bleh plak sedara sendiri tak kenal Ticer...

Bukan sedara jauh.. sedara dekat tu.. huhu...

Time bersalam tu bleh dia tanya sapa Ticer... sebenarnya Ticer dah agak dia tak kenal.. sedih jugak.. terus kekecikan hati... tapi cuba maniskan muka.. then bagitau nama panggilan Ticer yang selalu digunapakai oleh sedara mara yang lain. Still dia blur. Okeh fine. Rasa nak lari laju-laju. Malu kot rasa time tu. Tapi kaki dok terpacak depan dia lagi. Sekali lagi Ticer gitau nama Ticer. Then baru dia ingat. Tapi mood Ticer dah lari ke laut even dia dah ingat Ticer ni ha.. Time dia borak-borak dengan Ticer pun Ticer balas sekadarnya saja..

Balik rumah sampaikan salam sepupu Ticer suami isteri tu pada ustat baba and ustajah mama. Then gitau yang both of them tak ingat Ticer. Ustajah and ustat nampak terkejut. Mesti dorang tak sangka.. haha.. rasa tobat nak tegur orang dah pasni.. buat sombong kena kutuk.. buat ramah tak ketahuan hala dapat malu... pastu gena? Buat tak tau je la.. ye dak..? haha... ni apsal Ticer gelak ni? Ni gelak cover malu namanya.

Biar di mana pun kita berada hubungan kekeluargaan jangan dilupakan... J

:.. Sesi memasukkan baju-baju ke dalam kotak... InsyaAllah akan diberikan kepada insan yang memerlukan J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 27, 2011

Macam-macam perasaan hari ni...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah tepat kul 9 malam tadi Ticer selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar… hari ni penerbangan agak teruk dek cuaca yang tak berapa molek… ingat mati je la kat dalam flight tu… pengalaman berharga tu.. selama ni gegaran tak la seteruk tadi… syukur umur masih panjang Alhamdulillah
Pagi tadi sebelum bertolak ke KK Ticer pegi sekolah… bertemu teman-teman seperjuangan buat kali terakhir… lepastu students siap berbaris lagi nak bersalam.. pehhh syahdu.. tapi cover la dengan gelak-gelak Ticer yang kekonon manja tu…
Hujung tahun ni Ticer pegi lagi ke sana… apa nak buat tiket dah beli kan… huhu beli sebelum tahu dapat tawaran pindah.. tiket murah you….baik sebat awal… tau-tau dapat pindah… so nanti pegi bejalan-jalan makan angin je la.. hmmm sebenarnya ada impian yang belum tertunai ni…
Mendaki gunung Everest Kinabalu
Dah lama teringin tapi tak kesampaian.. dah pindah ni bila pulak bleh tawan gunung tu ehh… huhu….
Time kat airport tadi terasa cuak juga bila tau yang berat baggage Ticer dah lebih 8 kg.. huhu otak dah ligat dok buat kira-kira tapi syukurlah orang kat kaunter tu cakap Ticer tak payah bayar pun… pehhh rasa nak berguling-guling je… 8kg tu… bukannya sikit… mungkin sebab dia kesian tengok Ticer yang buat muka seposen tu kot… korang reti buat muka seposen? Haaa cuba buat tengok.. :p
Ok la.. nak stop dulu… panggilan mimpi dah panggil… esok insyaAllah Ticer update lagi okeh… cau cin cauuuu….
:.. Debor nunggu minggu depan.. Kuala Selangor…wait for me ya! Gulp!!

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 10, 2011

"I memang berdendam dengan u, tau tak?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Awal pagi lagi dah terpacak kat kelas.. memberi sentuhan kecundang terakhir buat anak-anak.. membuat sedikit ulangkaji ekspres bersama anak-anak yang bakal menduduki UPSR Selasa ini... Gabra dehhh...  Maaf entri kali ni terlalu panjang... kalau tak larat baca bleh skip yer.. J

Apa yang korang faham dengan perkataan DENDAM? Rindu dendam tak termasuk ye... hihihi... pernah tak korang terlibat dalam perasaan ni? Cewah soalan.. ye la kadang-kadang benda tu dah lama jadi tapi still tak leh lupa.... contoh la dalam pekerjaan, kita ni buat paperwork bagai nak rak bila submit je pihak atasan reject on the dot..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... hohoho tapi bila sorang kawan kita ni submit paperwork  terus diterima tanpa bantahan...  Terus kita rasa marah meluap-luap hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Cewahh.. ehh ni bukan kisah Ticer la.. contoh je la.. haishhh korang ni mula la nak bergosip tu..


Dendam- suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, dipendam secara rahsia oleh seseorang. Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam bolehkah perasaan dendam ni? Jawapannya TIDAK.. Dendam itu berdosa...

Mengikut kajian, kita hanya marah untuk tempoh 4 ½ minit sahaja.. andai marah itu masih bersisa untuk berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan maka kita sudah terejerumus ke kancah dendam.. ini menurut kajian psikologi ye tuan-tuan puan puan sekalian.. bukan kajian Ticer sebab Ticer tak pandai nak mengkaji bahan-bahan cenggini

Punca-punca dendam:

  • Luka dalam hati yang mendalam
  • Rasa teraniaya
  • Enggan memaafkan
Ini dikatakan punca kenapa kita berdendam.. bila adanya perasaan ini bermaksud hati kita masih kotor dan jiwa masih gelap. Pastu segala kerja kita akan terbengkalai dek perasaan ni.. bila dah terpendam lama dalam hati dendam ni merebak dan terjadilah dendam kesumat.. disebabkan dendam ada yang sanggup berbunuhan tau... caya tak?

Cara elakkan dendam?
  • Sucikan jiwa dan hati nurani- banyakkan solat sunat taubat dan amalam-amalan yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. Dengan mengingati Allah hati kita akan tenang...
  • Minta maaf dan memaafkan serta redha atas apa yang berlaku. Kita pun banyak buat silap kat orang..ye dak? So kena redhalah bila orang buat silap kat kita.. tapi tak tau la kalau ada orang yang rasa diri dia tak pernah langsung buat silap kat orang kan... tapi ada ke orang camtu?
  • Cari hikmah disebalik kejadian. Biasanya untuk mendapatkan sesuatu kebaikan Allah akan uji hamba-Nya dengan satu musibah...
  • Berjumpa dengan pakar : kaunselor, ustaz/ustazah apabila perasaan makin teruk.. sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jalan penyelesaian.
  • Berkawan dengan orang yang positif supaya kita menjadi positif. Elakkan berkawan dengan seseorang yang menjadi batu api. Macammana nak tau seseorang tu batu api/ tak? Apabila dia sentiasa mendorong kita melakukan sifat yang tak elok.. sebagai contoh meneruskan perasaan dendam kita terhadap seseorang.
  • Bersifat matang dalam pemikiran. Fikiran yang matang ialah fikiran yang rasional bukan yang dikuasai oleh emosi. Apabila kita dikuasai emosi mulalah kita rasa sukar untuk melupakan kesilapan seseorang itu walaupun ianya kesalahan yang damit (kecil).
  • Berbincang dari hati ke hati. Contohnya Ticer rasa sakit hati sangat dengan Fasha Sanda sampai dengar nama dia je Ticer bleh migrain. Untuk mengelakkan benda ni dari berterusan menguasai diri, Ticer boleh je jumpa dia dan berbincang dan cerahkan kembali apa yang suram.. mana la tau itu semua hanya salah faham je kan.. mungkin dengan ini perasaan dendam akan terhapus dengan sendirinya.. J
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita tetapi janganlah sampai mendendaminya. Jernihkan hati kita.. lemparkan senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu. Dan apa yang penting jangan putuskan tali silaturrahim antara kita dan dia. 

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]

:.. Jom bersalam-salaman memohon ampun maaf... moga segala perasaan sakit hati dan dendam terhapus... jangan tunggu nak raya baru nak minta maaf dan memaafkan orang... okeh?


  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 3, 2011

Awak gatal tangan ehh? meh nak garu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dah masuk hari Sabtu... korang dah mula berpuasa sunat Syawal ke? Wahh bagusnya... Ticer belum lagi.. InsyaAllah akan menyusul nanti... Bagi yang puasa tak penuh tu adalah lebih baik menggantinya sekarang ni.. bukan apa takut tak sempat je nanti.. ajal maut ni kita tak tau bila akan menjemputnya.. jangan ditunggu pulak saat-saat akhir baru nak ganti... okeh?

Hmm hari ni mau bercerita sesuatu.. GATAL TANGAN.. pernah dengar.? Orang lama cakap kalau gatal tapak tangan tu nak dapat duit tapi kalau gatal tangan tu nak dapat penampo kot.. boleh gitu? Heh gurau je la...
Google tolong garu
Sebenarnya ada kejadian yang tak menyenangkan berlaku... biasalah raya kan... ramai datang bertandang... Ticer suka je orang datang ziarah menziarahi ni... tapi setakat ziarah je la kot.. jangan la sampai barang-barang dalam umah tu pun nak diselongkarnya kan... pencuri? Bukan pencuri.. tetamu biasa yang terlebih selamba... kalau benda tu untuk tatapan umum haruslah dibenarkan menyelongkar/ membaca... tapi kalau benda privasi yang disorokkan kenapa berani-berani menyelongkar dan membacanya? Tak pasal-pasal Ticer jadi geram tadi... sedaya upaya menyembunyikan sesuatu itu dari pandangan umum tapi tetamu itu terlalu tajam penglihatannya... justeru dibelek dan dibacanya... wahhh ni pertama kali Ticer rasa sangat kecewa dengan sikap tetamu itu... respect la privacy orang.. takkan tu pun susah...

hmmm... raya ni medan mengeratkan ukhwah dan menjernihkan keadaan yang keruh tapi sebaliknya berlaku dalam hidup Ticer... Kalau benda itu Ticer yang berikan untuk dibaca/ dibelek Ticer tak kisah lagi tapi Ticer letak kat satu sudut yang agak tersorok... so kena faham la maksudnya kan? Ke kena letak notis “dilarang menyelongkar” atau “dilarang membaca dan membelek”? huhuhu...

Ticer tak kisah orang yang selamba tapi kena ada limit jugak dalam sikap selamba itu... 

:.. Kadang-kadang kena tahu batas jugak bila berada di rumah orang... kena bezakan antara privasi dengan tidak.. ye dak? Ok lah nak gi tenangkan hati dulu.. J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, July 12, 2011

Gembira + sedih = GEDIH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ada dua mood hari ni… 1st mood happy. 2nd mood sedih… Ok Ticer cerita dulu tentang ke-happy-an tahap 10 Ticer nih… Awal pagi tadi Ticer maleh bawak henfon lantaran line celcom yang penuh tapi hanya sekadar hiasan… maksudnya line penuh tapi tak leh call out, receive call n sms-ing..

Then lepas je waktu rehat tadi ada cikgu kat sekolah cakap line dah ok.. dah bleh wat call.. perghh laju je Ticer balik kuarters amik henfon… lagi satu balik sebab nak amik lappy.. nak cari notes untuk students.. bila on je henfon nah hamik ko berribanpuluh mesej masuk… hihi.. dah happy dah.. syukur Alhamdulillah…

Mood sedih? Baru lepas menonton video tentang satu event yang berlaku pada 9 Julai lalu… sedih melihat rakyat diperlakukan sebegitu rupa.. Ticer menyokong atau tidak itu bukan benda yang perlu dipersoalkan… bukaklah mata dan tonton lah video tersebut… Ticer tak menyalahkan pihak polis.. mungkin atas arahan mereka bertindak begitu.. namun atas norma kemanusiaan wajarkah kekasaran digunakan sedangkan rakyat biasa tidak langsung bersenjata? (Ticer tak tau la kalau rakyat bawak senjata tapi tak ditunjukkan dalam video tu)..erk ada senjata iaitu air mineral botol kecil.. itu je yang Ticer nampak..

Ticer tak leh ulas lebih-lebih… seriously, Ticer dah menangis tadi… Moga Allah melindungi hamba yang sentiasa berjuang mencari kebenaran…

:.. Jalan mencari kebenaran itu terlalu pahit dan berliku-liku..hanya orang yang sabar dan tabah saja yang mampu mengharunginya…

p/s ada orang melompat kegirangan?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan