Showing posts with label pasal aku. Show all posts
Showing posts with label pasal aku. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Terapi diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bad mood. Biasalah tu.. perempuan ni makhluk yang kadang-kadang mood dia dalam dok happy-happy bleh jadi berangin..bukan takat angin sepoi-sepoi bahasa kadang-kadang bleh jadi ribut taufan. Tu yang kaum Adam kadang-kadang garu kepala tu.

Taktau apa kena tetiba mood saya bleh berubah secara drastik. Jangan kata suami, diri sendiri pun pening dengan mood yang tetiba hilang dari radar ni.

Naik petang-petang sikit around 7 p.m. gitu nekad taknak layan lagi dah mood bujang purba nan seorang ni. Macam dia sorang je ada bad mood kan? Maka dengan langkah longlai masuk dapur. Buka peti sejuk keluarkan apa saja barang yang ada. Menumis bagai semua.. siap masak dah lain dah mood saya ni haa.. dah boeh senyum.. muka dah jernih dan tenang setenang air di kali.. cewahhh…

Memang gitu la kebiasaannya.. mood ke laut je mesti masuk dapur.. biarpun masak ala-ala cincai je tapi bisa menghilangkan kemuraman diwajah dan hati..

Suami pun menjamah air tangan isteri yang comey lotey ni dengan berselera sekali. Heh. Baru kutahu rupanya terapi diri sendiri kalau mood tengah tak okey ni memasak rupanya..kuikuikui..asalkan time masak tu takda yang mengganggu la..sebab I masak hentam saja…pakai campak ikut dan..tak ikut turutan dah.. :D

Ni dah happy. So bolehla meneruskan plan yang tergendala dari siang tadi.


:.. Suami cakap dah boleh buat jamuan untuk orang lain dah.. tapi masih belum yakin dengan kemampuan diri.. :D buat untuk keluarga sendiri sudah la dulu ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, February 20, 2015

Nak slim! Tolonggg...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haluuu….

Baru lepas belek-belek gambar outdoor time kawen dulu… haihhh camna nak kecik cam dulu balik? Takdela kecik mana pun tapi sedap sikit menengoknya dulu..la ni? Hmmm… even ada member kat sekolah kata tak berisi pun..ok ja tapi sendiri punya badan yang tau…

Masa kat Sarawak dulu berat pernah hilang 20kg.. haha… masa tu memang tekad nak reduce weight..bukan sebab nak pakai seksi ka seksa ka tapi nak sihat and nak gerak pantas sikit,..

Lepas bersalin anak pertama boleh kurangkan berat dengan mudah…

Mai anak ke dua rasa macam lemak tepu sangat dah… haha..apa daya dah dok dekat ngan suami.. hati girang riang ria dan gembira…

Dulu...tak la kurus mana tapi kecik sangat dari sekarang

Dah habaq kat suami nak kurangkan berat.. cewahhh… sikit je tak banyak pun…dengan keadaan sekarang ni rasa tak best sangat… dulu cepat slim mungkin sebab dok lasak kat padang ajar bebudak training bola baling ngan olahraga kot.. la ni? Teringin nak lasak lagi tapi takut tak mampu bagi komitmen sepenuhnya macam dulu.. takpalah lasak ngan anak-anak sudahla..

Harap kuat semangat. 

:.. Tolong jadi pom-pom girl sat..nak amik semangat nih..  



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, February 11, 2015

Jalan-jalan sambil berprogram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengggg

Masuk bulan Februari. Memang tak sedar langsung. Kerja bersusun tak setel. Tapi dan lagi update blog. Kakakakakaka…

Baru je sampai dari berprogram “English is Easy” di Bendang Man Resort. Sampai je situ rasa nak p cari tempat tidoq. Sejuk baq hang… ingatkan jadi guru pengiring ni tak payah join aktiviti depa. Rupanya sekali ngan cikgu join. Ha elok ngan berjubah bagai hari ni… kalau mintak pakai sport attire ka sedap sikit nak berendam dalam ayaq terjun beraktivit.. cewahhh..kononnnn

Ni antara aktiviti yang dijalankan. fokus program ni lebih kepada pelajar yang lemah dalam English. Ticer tak sekumpulan ngan student sekolah sendiri tapi kena geng ngan students lain…



Masa on the way balik sembang-sembang la ngan student ticer ni.. dia kata best aktiviti yang dijalankan. Memang plan tu ada nak wat aktiviti menarik macamtu tapi ye la ada kekangan sikit. Mungkin nanti boleh mintak tolong 2 3 orang cikgu time nak buat aktiviti ni.. nak seribu daya tak ndak 1k alasan kan…

Ok ciau.


:.. Sehari tak dak kat sekolah esok mesti banyak kerja menanti… fail bermacam-macam fail… haihhhh

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 21, 2015

Lukis pulak dah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sepatutnya ada pemantauan. Sebut ja pemantauan confirm memang gabra.. taktau la nak control camna perasaan tu. Nama je dah masuk 7tahun mengajar tapi hmmmm…

Saat dan masa berlalu tapi takda pemantauan pun.. selamat? Belum selamat sebab pegawai pemantau tu akan datang bila-bila masa je.. just be prepared.

Tadi sepatutnya dalam kelas tahun 1 ada aktiviti mewarna. Semangat la pepagi buta p office nak fotostat.. sekali mesin foostat rosak daaa..adehhh nak tak nak kena guna manual la.. camna? Lukis la..

Tengok lukisan sendiri pun nak gelak.

Tu pun ada murid kata lawa.


Taktau tang mana lawanya. Ahaks!!

Upload ni pun tergelak-gelak dah..haha

:.. Kena belajar melukis dengan cikgu seni pulak lepas ni.. haihhh… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 14, 2015

2015..A New Me?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk tahun baru 2015. Boleh kira dengan jari berapa banyak pembebelan yang di’publish’. Kekangan masa? Mungkin kot… selebihnya biasala busy. Busy dengan pertambahan ahli keluarga dan berat badan.. :p

Tahun ni diberi mandat menjadi ibu kepada 28 orang anak tahun 4.. setakat 3 hari persekolahan depa nampak ok.. disiplin tip top..dengaq cakap.. masuk kelas ja paling maksimum 5 minit bagi bebelan kasih sayang dulu kat depa.. bukan sebab nak bebel tak tentu fasal tapi lebih kepada nak memantapkan tanggungjawab dan adab dorang terhadap guru dan ilmu yang ditadah.. power dak ayat? :D

Selain tahun 4, Ticer mengajaq jugak tahun 3 and 1.. yeapp tahun 1.. manja… tagih perhatian.. biasa la baru nak mengenal alam persekolahan kan.. baru nak belajar berdikari. Tu pun dah ada sorang gheyau time Ticer masuk kelas.. haha takut Ticer kah? Rasa dah manis dah senyuman..tapi jelingan tajam tu tetap ada disebalik senyuman semanis gula Melaka.. :p Takut sebab tu la kot.. hihi ;)

Tahun 3? Dapat kelas ke 2..menuntut 1001 kesabaran kerana macam-macam kerenah yang nak kena hadap. Ditambah dengan sebilangan besar agak lemah Bahasa Inggeris.. Hmm.. bukan nak mengeluh ke apa.. Cuma kepala ni ligat pikio cara dan method apakah yang perlu digunakan untuk bantu depa kuasai BI.. Any idea?

Total pelajar yang dipegang tahun ni lebih kurang 90 orang lebih.. 60 pelajar nak kena fokus untuk saringan LBI nanti.. confirm berpinau mata nih…


:.. Moga diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.. bukan mudah nak menginsankan seorang manusia… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 1, 2014

Lama menghilang..banyak pulak nak cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba je nak update blog.. entah berapa kurun blog terbiar sepi macamtu saja. Macam kurang kasih sayang je lagaknya. Minat menulis dan merepek dalam blog ni macam makin berkurangan je sejak bergelar isteri dan ibu..

Apa nak cerita malam ni ye..? 1st thing: Alhamdulillah dah masuk 2 orang anak.. yang ni pun perempuan jugak. Dah berumur 5bulan++. Debab. Hari-hari pipi kena gigit. Geram sangat. :D


2nd: Alhamdulillah sudah berpindah dari Selangor ke Kedah setelah hampir 8kali mencuba isi online dan 2 kali panjat pejabat KPM di Putrajaya dalam keadaan mengandung dan sarat. Heh..motif cerita p pejabat KPM dalam keadaan sarat? Nak gitau betapa bersungguhnya nak balik negeri sendiri.. cewahh…

3rd: diletakkan di PPD Baling/Sik (memang  mintak masuk daerah tu pun) disebabkan Kota Setar terlalu tebal sangat tembok. Susah betul nak masuk situ. Tapi kira okey la kan boleh jenguk family selalu.. hampir setiap minggu balik kampung. Minggu ni kampung suami minggu depan kampung Ticer pulak. Gitulah rutin mingguan. Penat pun tolak tepi. Memang niat nak balik Kedah ni nak jenguk mak ayah pun..

4th: Sekolah sekarang ni sekolah kecik… macam sekolah kat Sarawak dulu… setakat sekarang ni rasa selesa disini…harapnya perasaan gembira dan seronok ni sentiasa melekat dalam jiwa sampai bila-bila.. baru senang nak bekerja. Ye dak?

:.. Doakan Ticer semakin kuat dan bersemangat menabur bakti untuk anak bangsa ya… J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, January 11, 2014

Terpisah lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam keputusan rayuan pertukaran guru keluar. Dalam kegembiraan teman-teman dapat berpindah dekat dengan suami dan keluarga, ticer masih lagi berjauhan. Ya untuk sekian kalinya gagal. Hancur, luluh, jiwa terluka. Tak tergambar dengan kata-kata.

Kekuatan sikit demi sikit cuba dibina. Dalam masa yang sama tak terungkap ucapan terima kasih pada Puan Penolong Kanan dan beberapa orang teman yang memberi semangat untuk terus berjuang di sini.

Mr. Zauj, ustat baba dan sudah semestinya ustajah mama turut terkesan dengan kegagalan ini. Dapat je keputusan semalam terus SMS ustat baba biarpun dah lewat malam. Tak sanggup nak bercakap dengan ustajah mama kerana yang pasti air mata yang akan mengiringi perbualan kami.

Allah..berat rasa dugaan ini.. akan cuba untuk kuat dan terus kuat disamping terus berusaha mengisi pertukaran akan datang.


:.. Sayu pulak petang ni.. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, December 28, 2013

Tak payah nak begurau sangat la.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ni dah ke sekolah. Ada mesyuarat. Biasalah. Rutin tahunan gitulah.. dulu kat Sarawak lambat sikit meetingnya.

1st thing disentuh bab pertukaran guru la.. ada 4 orang yang berjaya dalam permohonan. Ticer? Masih di Selangor membesarkan anak sendirian lagi. Pastu dalam cuti baru ni ada masalah sikit so bila dah tak dapat berpindah ni agak sedih la jugak.. ehh bukan agak dah memang sedih amat-amat banyak. Mata pun dah bengkak je asyik ‘hujan’ tak berenti.

Bila masuk mesyuarat baru ni ada hamba Allah seolah berseronok dengan kegagalan permohonan Ticer. Siap heboh-heboh dalam bilik mesyuarat. And siap aminkan lagi kegagalan Ticer ni.

Ticer tak balas pun gurauan dia tu. Sebab? Rasa tak cerdik plak nak balas benda camtu. Tapi sikit sebanyak gurauan tu meninggalkan impak mendalam di hati. Kalau diikutkan jiwa yang tengah berkecamuk itu mau je bertumbuk kot.. ehh apa? Ingat Ticer tak reti tumbuk orang ke? Pernah belajar silat tau… jangan main-main.. ;)

Orang yang tak berada ditempat kita memang boleh bergurau gitu. Ye lah keluarga anak pinak semua depan mata. Kita ni sorang-sorang kat sini urus anak. Dengan mak yang sakit dan perlu bantuan. Jauh pulak tu. Kalau Selangor-Kedah tu 10 minit jalan kaki hari-hari pun boleh balik.

Hmm…. Put yourself in my shoes dude.. don’t simply make fun with others life.


:.. Gurau tak de salah pun.. yang salah tu bila bergurau atas kesedihan orang lain.  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 16, 2013

Tak dapat semua A bukan bermaksud gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis lepas pelajar tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR dorang. Ada yang seronok ada yang sedih. Normal. Yang tak dapat 5 A bukan bermaksud anda berada diambang kegagalan.

Ticer amik UPSR tahun 1996. Masa tu 4 papers je.. tu pun dapat 3A je.. sedih memang la sedih.. sebab boleh dikatakan harapan cikgu-cikgu la jugak. Tapi sampai bila nak sedih kan? PMR? SPM? Semua tak mencapai target pun. Tapi syukur Alhamdulillah berjaya dalam hidup. Masuk U? pointer cukup-cukup makan je.. orang lain dapat anugerah dekan Ticer senyum dari jauh. KPLI? Tak de la cemerlang pun. Tapi hidup tetap diteruskan.

So..pada kawan-kawan yang ada anak yang baru amik UPSR sekiranya anak-anak tidak mencapai target 5A usahlah mereka disalahkan. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk berjaya namun kejayaan mereka masih tertunda. Apa yang penting kita bagi moral support kat dorang untuk terus berusaha. Selitkan sedikit pengisian yang boleh mendekatkan mereka dengan Allah. J

Jangan kita lupa kejayaan dan kegagalan merupakan satu ujian.


:.. Gagal atau berjaya bersyukurlah pada Ilahi.. Kerana Dia berkuasa atas segalanya J Yang berjaya jangan riak yang gagal jangan terus-terusan bersedih. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 9, 2013

2013 Dah Nak Habis

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Baru berkesempatan menjenguk dan menjengah blog yang dah usang. Memang sangat tak sempat… maklumlah cikgu yang sekarang ni bukan macam dulu… banyak hal-hal ofis nak kena setel selain dari mengajar.

Alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujung tahun 2013.. rasa macam baru je masuk kelas bebel-bebel tau-tau dah nak habis tahun.. bebel-bebel pun students sayang tau.. kuikuikui..dah mula nak memerasankan diri sendiri.

Start minggu ni sampai la minggu depan memang sibuk dengan aktiviti akhir tahun.. macam-macam nak kena buat.. repot panitia la…jamuan akhir tahun la.. hari anugerah cemerlang la.. fiufiufiufiu..rasa tak cukup tanah nak lari.. heh! Tapi Ticer bukan jadi orang hebat pun.. AJK kecil-kecilan je.. tu pun dah ok.. ye la nak belajar ni mesti dari bawah.. kalau terus bermula dari atas kan susah jadinya..

Takde mende pun nak cerita.. tapi jari dah gatal nak menaip so baca je la apa yang ada ye.. best ke tak best ke buat-buat macam best jugak ye.. ;)


:.. Dan….tak sedar anakanda Ticer sudah masuk setahun 2 bulan ++… dah besar dan lasak.. Alhamdulillah syukur.. J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, March 19, 2013

Tak payah la marah-marah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hola!!

Sekejap ada sekejap hilang. Dah tak macam memula ber-blogging. Aktif sangat-sangat. Time tu mungkin komitmen tak bertambah kot. Cehhh alasan tak  boleh blah. Ramai ja bloggers yang super duper busy. Sempat je update blog.

Apa nak cerita? Ok. Cerita pasal hari ni. Kejadian yang agak tak best berlaku. Yeap memang salah diri sendiri pun.

On the way ke sekolah pagi tadi. Nak ambik lorong kiri. Dah puas intai cermin kereta yang ada and memang confirm satu mahkluk kenderaan pun tak ada. Bagi signal and masuk ke lorong kiri. Tup-tup ada hon kecil. Rupanya motor. Ya Allah!! Memang tadi tak de. Tup-tup ada. Haishhh cammana boleh tak perasan? Pastu kebetulan lampu isyarat merah. Then si motor tu berenti kat sebelah keta ticer and ketuk cermin keta. Dengan kerendahan hatinya ticer turunkan cermin kereta.

Si motor :  &*()%$#@@@Y*(()*&& (marah betul dia)
Si ummi:  Sorry sangat-sangat. Saya memang tak perasan tadi.
Si motor:  %^&&**@$$$#** (uiii marah lagi)
Si ummi:  diam je malas layan.. kang dilayan lagi menjadi-jadi



Ticer teruskan perjalanan menghantar anak ke pengasuh. Si motor tu merupakan bapa kepada pelajar ticer. Pelajar tu bukan main seronok lagi bercerita kejadian pagi tadi pada teman-teman sekelas.  :) tak apa. Senyum je. Malas nak ambik pusing.

Pelik dengan segelintir sikap pemandu di Malaysia. Kalau kita yang si wanita ni tersilap sikit bukan main marah diorang ehh.. siap ada perkataan “Patutla..pompuan yang bawak keta rupanya,” heh kalau lelaki yang bawak entah apa-apa tu camna? Yang sampai terbabas? Jangan bersikap terlalu berat sebelah. Lelaki ke perempuan ke sama je.. kalau dah nak tersilap tu silap jugak kan?

:.. Sikap pemarah sesetengah pemandu kat jalan raya tu jelas menunjukkan dalaman dorang tu camna. Kena banyak muhasabah diri nih... jom tingkatkan sifat sabar 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, February 5, 2013

Sekolah dan Saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk sebulan sesi persekolahan. Yeayy minggu ni balik kampung. Cuti seminggu tu... Rasa macam lama tak balik kampung. Cuihhh... nak kata homesick sangat la tu kan..? :p

Tahun ni rasa tahun yang agak mencabar sikit. Sebab diberi mandat (uii mandat tu??) untuk mengajar tahun 1 dan tahun 4. Heh tahap berbeza yang memaksa diri untuk bertukar channel tetiba. Ye la bila masuk tahun 1 level pengajaran perlu rendah... bila masuk tahun 4 level kena up sikit.. dah la kena memanjat tangga.. takpela bukan ke nak slim balik kan... dah reduce berbelas-belas kilo dah ni.. ehh motif promote penurunan berat badan??

Tahun ni pelajar tahun 1 paling ramai. Pehhh pening otak nak menghafal nama. Dah la ramai yang bernama Danish dan Irfan. Kalau panggil Danish je tak de sapa peduli. So kena panggil nama penuh dorang. Cth Danish Farhan. Kalau Irfan pun macam tu jugak. Kena panggil nama penuh yang panjang-panjang tu. Sampai satu masa sekali dengan nama ayah dorang Ticer panggil. Haha senang.

Minggu ni jadual waktu berubah. Dapat 1 subjek baru selain dari English. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Huiii ketaq mak nokk... lama dah rasa tak ajar sivik. Last mengajar masa kat Sarawak dulu. So far kira bleh layan la subjek ni. Enjoy plak students belajar time Sivik. Amboiii time BI semua tunduk ke lantai sebab takut kena speaking. Lagipun time tu Puan Ticer ni garang (tapi cute) semacam je...

posing ala model ;)
Banyak benda nak kena siapkan di awal tahun ni.. harap tak terbengkalai la.. bukannya apa komitmen makin bertambah. Nak-nak pulak kena jaga anak sensorang di perantauan ni.. :D tapi tu bukan alasan untuk tak buat kerja kan... InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk melengkapkan segala kerja dan tanggungjawab yang diberi.

:.. Secara otomatik dilantik Ketua Panitia Sivik.. Aduhaiiii.... baru nak goyang kaki tahun ni... uhukkkk


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, January 18, 2013

Indahnya menyusukan anak :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk 2013.. punya berabad tak update blog.. ada plan nak mekap balik blog tapi disebabkan ada pengarang jantung yang perlu perhatian so niat itu di-KIV-kan.. eheh..hancusss bahasa...

Amni Syafiqah- nama anak secantik empunya diri.. In sha Allah bakal menginjak 4bulan pada 26 Januari ni... Dah boleh meniarap seawal 2 bulan lebih... suara kuat kalau mula bercakap bahasa dia.. ustat baba kata ni bakal qariah ni.. J camne bleh suara kuat cenggitu..? hee takkan sebab si ummi dia cikgu yang bersuara lantang so anak pun mengikut  suara lantang jugak? Lantang la sangat suara Ticer ni... :p

kul 6 pagi dah bangun..
Alhamdulillah sampai hari dan saat ini Amni masih diberi susu ibu.. biarpun bersusah payah nak mengepam tapi ticer gagahkan diri demi anak tercinta. Bukan senang sebenarnya nak mendapat hasil susu yang banyak.. macam awal tahun ari tu time cikgu-cikgu sibuk uruskan kelas dan pelajar memang susu drop terus... meleleh jugak air mata.. rasa lemah semangat kejap bila dipam susu langsung tak mau keluar... tapi berkat kesungguhan dan semangat dari ustat baba, ustajah mama dan mr . zauj akhirnya berjaya mendapatkan stok yang mencukupi untuk Amni.. Setiap hari perlu dapatkan stok yang fresh sebab Amni memang reject susu yang disejuk bekukan... heee memula tu rasa macam lecehnya nak kena prepare benda-benda ni tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa (erk betul ke peibahasa ni?) akhirnya rutin tu menjadi semakin mudah.. cewah ayat...

Even ada yang kata stok susu ibu takkan cukup untuk anak tapi Ticer cuba positifkan minda. Ticer siap tanya bidan lagi haa pasal ni.. dia cakap kalau tak rajin bagi susu kat anak memang la susu cepat kering (betul ke?). Ok. Dah hepi lepas dengar kata-kata mak cik bidan terbaik dari ladang tu.

Baby sitter? Alhamdulillah dapat yang memang fully support breastfeeding.. memudahkan kerja Ticer. Tak payah explain lebih-lebih macammana nak buat dengan stok susu tu.. dia lebih arif.. walawehhh... suka amat!! J

Banyak nak cerita lagi tapi takut berjela-jela panjangnya.. ni pun dah melebih-lebih dah ni.. J doakan Ticer berjaya susukan Amni sampai 2 tahun yer... and doakan Ticer kuat dalam menjaga, mengasuh dan mendidik Amni sendirian di rantauan ni... J

:.. Hari-hari tertidur kat sekolah.. baru merasa cabaran ibu membesarkan anak kecil.. 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 10, 2012

Saya dah jadi ibu.. alhamdlillah :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah tamat sudah 44 hari berpantang.. kaki ni dah ketaq nk drift kereta baru kat atas jalan.. :D

Erkk lupa nak gitau yang ticer dah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.37kg pada 26 September lepas secara separa normal. Kenapa separa? Sebabnya badan ticer diinduce sebab anak masih tak mau keluar biarpun diberi tempoh seminggu selepas tarikh jangkaan bersalin. Rasa azab kot penangan induce ni.. hihi... time jahit tu pun rasa ‘best’ jugak... hee... apapun tu la orang kata pengorbanan seorang ibu.. dah rasa macammana perjuangan ibu ketika melahirkan..

Nama diberi Wan Amni Syafiqah.. nak pilih nama ni pun tanya ustat Baba dulu..ok ke tak maksudnya.. at last ustat Baba kata ok sangat..yippi!!

Si kecik ni ditahan kat wad selama 3 hari sebab demam kuning... ticer kat umah berjuraian air mata.rindu ohh kat anak.. hari-hari berulang alik ke hospital untuk breastfeed dia.. tengah cuba dan berusaha breastfeed dia sampai umur 2tahun insyaAllah..

Sekarang dah lasak sket.. maklum la dah sebulan lebih.. dah mula bercakap-cakap and bagi respon kat orang.. hee.. tak nak baring kalau terjaga dari tidur.. kalau orang lambat angkat dia keluarlah suara nyaring dia tu..

Hmm... sekarang ni dah kena cari pengasuh sebab ticer akan bawak dia balik ke Kuala Selangor tahun hadapan.. huhu boleh ke jaga anak sorang-sorang ni... harap-harap kuatla.. entah kenapa la masih tak dapat transfer ikut suami lagi.. konon-konon orang yang da kawen ni senang transfer...tapi....?? sabo je la...

Ni gambar dia...sekeping cukup la kan.. J comel tak? Hihi J


:.. Doakan ticer kuat membesarkan anak di tempat orang..risau keselamatan diri sendri je ni haa.. 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 13, 2012

Yang dinanti dah tiba,, :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

First of all nak ucapkan tahniah pada teman-teman yang dah melahirkan anak comel beberapa hari yang lalu... Ticer masih menanti hari... kalau ikut due date insyaAllah minggu depan.. tapi kalau belum bersalin pihak klinik nak refer kes ni terus kat sepital... Gulp!! Alahnya nak p sepital.... bukan sebab tak mau telan ubat ke apa tapi fobia masuk sepital.. tak tau la naper.. 

Semalam menerima satu bungkusan besar... Alhamdulillah nursing pillow kekabu yang dinanti dah sampai ke tangan... dah jadi perebutan antara zaujah dan zauj.. haha sebab best sangat... niat nak bagi kat anak tapi si umi and abah yang guna.. tak pe la kan... kira bantal tu dah jadi multipurpose pillow..

Ada yang berkenan nak tempah ke? Hee sila ke FB teman Ticer ni.. yeapp dia memang kawan Ticer yang belajar sekali time kat U dulu. Dia seorang ibu pada 2 orang anak dan sekarang ni tengah mengikuti kursus perguruan.. so kalau nak oder bantal ni dan juga barang-barang avent and Tommie Tippee bleh la klik FB dia.. don't worry harganya sangat berpatutan...

By the way bantal tu handmade tau.. dia yang buat sendiri.... so memang puas hati la... serius ni... tak tipu..  



Cantik kan?? J


:.. Selamat menjadi Puan buat housemate dan juga teman baik kat sekolah dulu.. moga cepat-cepat join kelab ibu-ibu plak.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, August 31, 2012

Kena kuat biarpun sarat... :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Merdeka... Merdekakah kita dalam erti kata sebenar? Pagi tadi awal-awal lagi dah bangun. Prepare uniform Zauj.. dia ada perbarisan hari kemerdekaan hari ni.. Rasa nak ikut tapi kompom la tak dapat ikut kan... dengan keadaan yang menunggu masa je ni.. J

Last 2 day pergi check up macam biasa. Nurse cakap dah rasa kepala baby kat bawah. Pheww.. rasa excited. Berat naik sket- penangan raya kot.. hoho masa puasa kemain risau berat turun mendadak. HB Alhamdulillah ada peningkatan... Tekanan darah pun ok...
Ada gitau nurse Ticer dah kerap ke tandas. Dia cakap tu tanda-tanda awal hampir besalin.. lagipun anak dok tekan area situ tu sebab selalu nak ke tandas. Pastu rasa sakit bila nak bejalan... nurse cakap jangan risau. Benda tu normal. Nak-nak plak jadi cikgu ni banyak bejalan lagila sakit tu terasa... Dah la membawa perut yang berat maunya tak sakit sana sini...


Tak sabar tunggu bantal ni sampai kat tangan.. :)

Even dah sarat tapi tak da la layan sangat... masih buat kerja-kerja rumah.. sebab ustajah mama selalu pesan kalau bleh jangan manjakan diri sangat.. nanti naik lemak.. hoho... kalau diajak berjalan-jalan pun memang kompom tak tolak punya.. :D  ( kalau Mr.Zauj baca kompom dia geleng-geleng kepala)

Beg untuk ke sepital memang dah ready.. awal lagi dah ready sebenarnya.. seawal 8 bulan time sebelum Ticer balik sini... ya la kat sana banyak bergerak kan takut apa-apa jadi so prepare barang semua siap la..


Mak sedara willing nak jahitkan barut untuk anak.. tak sabar  nak tengok..
Sekarang ni tunggu masa je la... entah esok entah lusa entah minggu depan masa pertemuan tu akan tiba.. Si abah baby pun dah tak sabar... siap nak setelkan kerja-kerja ofis dia sebelum bercuti seminggu nanti... kalau boleh dah tak nak pegi operasi malam-malam takut si ummi baby tetiba sakit nak bersalin...

:.. Hari ni semua berselera makan.. penangan air tangan mak buyung kot.. ahaks!! 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, August 23, 2012

Ingatkan dah sampai masa...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

36 weeks of pregnancy. Heh rasa makin berat nak bawak perut.. tapi ada hati nak meronggeng beraya... Zauji pun pening ngan perangai Zaujahnya ni... merungut penat tapi pantang di ajak keluar mesti nak ikut.. :D

Beberapa kali terkena simptom Braxton hicks.. ingatkan dah sampai masa dah... terus je gitau zauji... lepastu dah ok pulak...bila google-google rupanya tu dipanggil kontraksi Braxton hicks atau disebut juga tanda kelahiran palsu. Pheww macam-macam rasa dah saat ini... berdebar, teruja dan takut. Rasa macam fizikal belum cukup bersedia menghadapi saat sakit itu... tapi tetap kena hadapi jugak kan...

Subhanallah...indahnya ciptaan...

Bila bercakap dan berkongsi pengalaman dengan teman-teman yang lain semua cakap saat kelahiran tu la saat yang paling bahagia... bila anak yang comel dah berada depan mata segala kesakitan terus hilang. Time dengar cerita teman-teman air mata ni mengalir plak.. rasa bahagianya bila dapat menatap anak kecil yang dikandung selama 9 bulan ini...

Harapan semoga setiap urusan ini dipermudahkan Allah Taala.. tak lama dah nak jumpa si comel ni... tengok baju dia pun dah terbuai-buai bahagia... Allahuakbar... ini rupanya perasaan seorang ibu... J

By the way... eidul fitri Mubarak.. mohon ampun zahir batin...

:.. Hari ni ukur jalan gi kenduri kawen plak.. ahaks!! 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, August 7, 2012

Harap semuanya ok... :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Orang gomen dah mula check slip gaji. Dalam slip gaji memang bonus dah masuk... dalam akaun 9hb nanti baru dapat bonus tu.. Manfaatkanlah rezeki yang diterima itu dengan sewajarnya okeh.. jangan lupa ucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan...  

Hari ni bakal bertolak balik ke tempat menabur bakti. semalam cuti Nuzul Quran tapi hari ni baru balik ke tempat bertugas sebab tambah cuti rehat sehari. Sepanjang percutian singkat hari tu dapat la berbuka puasa bersama family mertua.. tak tau pun MIL tak berapa sihat.. Mr.Zauji tak gitau sebab katanya MIL yang tak benarkan.. takut Ticer risau.. Ye sangat risau sampai sanggup keluar ke kedai beli ubat... harap-harap turunlah kandungan gula dalam darah tu nanti... Pernah dengar ubat / minuman Raja Herba? Ustajah mama memang consume minuman ni.. Dulu ustajah mama pun tinggi juga kandungan gula dalam darah.. selepas minum air ni Alhamdulillah dah makin ok... tapi still kena pantau dan jaga makan minum semua..  Silap makan ha mula la mendadak balik naik... Takpela kan.. kita manusia ni kena mencari ikhtiar.. kan setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati :)

Ni la minumannya.. 

Apapun sangat berharap kesihatan MIL semakin pulih sebelum tibanya Syawal. J

:.. Hari ni dah masuk 34 minggu... mengira detik dan waktu.. excited + nervous..



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, July 25, 2012

Dah masuk minggu 32- berat turun 1kg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramadhan ke-5. Alhamdulillah masih bertahan. Dah masuk minggu ke 32 a.k.a 8 bulan. Sekejap je rasanya. Sepanjang 4 hari berpuasa berjaya menghalang diri dari menjejakkan kaki ke bazaar... jimat yang teramat sangat. Alhamdulillah... lembik camna pun tetap paksa kaki melangkah masuk dapur. Apa yang ada itu lah yang dimasak. J

3rd Ramadhan-baby kurang aktif pergerakannya.. bila called klinik dorang mintak ke sana sebab terus nak refer doktor. Bila masuk bilik doktor dilayan acuh tak acuh. Hati ni bernanah je rasa. Tapi sebab puasa so kesabaran tetap nombor wahid. Apapun sempat jugak memberi sepatah dua kata sampai doktor tu terdiam sekejap. Kalau tak kerana nurse yang mintak Ticer ke sana tak de pasal Ticer nak tepek muka kat klinik tu. Terfikir gak kenapa orang lebih prefer klinik swasta dari kerajaan. Semua sebab ni la. Layanan yang kurang memuaskan. Awak puasa, saya pun puasa. Tapi kena la jalankan tanggungjawab sebaiknya. Hmm.. tak pe tak pe tu dugaan kecil.



Baru hari ke 5 berat dah turun 1kg. Kalau dulu melompat kesukaan tapi bila dah camni risau pulak.. harap-harap tak kena bebel la bila berat menjunam lagi. Cepat sangat la turun berat bila berpuasa ni.

Lepastu sekarang ni nak cari bantal best nak tampung berat perut ni.. kebetulan ada member buat bisnes nursing pillow. 100% kekabu you. Harga pun berpatutan... dia jahit sendiri lagi haa... kalau kat pasaran rasanya bantal kekabu tak dapat harga cenggini kan...

Ni FB dia.. saja la promote. Mana tau bakal-bakal ibu ataupun ibu-ibu sedang mencari bantal camni bleh la tengok-tengok dan beli-beli.. :)

:.. Tak sabo nak balik kampung...  rasa nak berehat panjang sangat-sangat ni... penat ohh naik turun tangga nak ke kelas... (alasannn...)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 20, 2012

Tarawih pertama sendirian.. :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan tarawih malam ni... buat sendiri-sendiri je... tak pe la kan asalkan buat jugak kan... teringin nak ke masjid tapi dalam keadaan macam ni rasa perlu berteman kot... insyaAllah nanti ada teman akan ke masjid jugak...

Jiwa dan hati sangat meronta nak balik ke kampung... sesi tersentuh hati dah mula bila awal Ramadhan macam ni... haishh.... sebelum ni dok kat Borneo tak terasa macam ni pun... ngada-ngada betul la perasaan ni.. paling tersentuh bila teman-teman sekerja tanya sepanjang minggu ni sama ada Ticer balik sambut awal Ramadhan di kampung atau tak.. biasa la tetap kena senyum.. dalam hati Allah saja tahu...bak kata Mr.Zauj itu ujian kecil dari Allah buat kami.. nak tak nak kena tabah dan sabar menghadapinya J



InsyaAllah akan cuba penuhkan puasa tahun ni... harap-harap ibu dan anak ni kuat la... time berpuasa sunat Syaaban hari tu anak sporting ja... harap Ramadhan ni pun dia sporting jugak.. sebolehnya nak hindarkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri.. harap istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan barokah ni seterusnya dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain insyaAllah...

Kepada teman-teman... Ramadhan Kareem.. ampun maaf dipinta atas semua kesilapan.. J

:.. Malam ni bermoreh potato bun dengan kurma 2 3 biji... J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan