Tuesday, March 19, 2013

Tak payah la marah-marah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hola!!

Sekejap ada sekejap hilang. Dah tak macam memula ber-blogging. Aktif sangat-sangat. Time tu mungkin komitmen tak bertambah kot. Cehhh alasan tak  boleh blah. Ramai ja bloggers yang super duper busy. Sempat je update blog.

Apa nak cerita? Ok. Cerita pasal hari ni. Kejadian yang agak tak best berlaku. Yeap memang salah diri sendiri pun.

On the way ke sekolah pagi tadi. Nak ambik lorong kiri. Dah puas intai cermin kereta yang ada and memang confirm satu mahkluk kenderaan pun tak ada. Bagi signal and masuk ke lorong kiri. Tup-tup ada hon kecil. Rupanya motor. Ya Allah!! Memang tadi tak de. Tup-tup ada. Haishhh cammana boleh tak perasan? Pastu kebetulan lampu isyarat merah. Then si motor tu berenti kat sebelah keta ticer and ketuk cermin keta. Dengan kerendahan hatinya ticer turunkan cermin kereta.

Si motor :  &*()%$#@@@Y*(()*&& (marah betul dia)
Si ummi:  Sorry sangat-sangat. Saya memang tak perasan tadi.
Si motor:  %^&&**@$$$#** (uiii marah lagi)
Si ummi:  diam je malas layan.. kang dilayan lagi menjadi-jadi



Ticer teruskan perjalanan menghantar anak ke pengasuh. Si motor tu merupakan bapa kepada pelajar ticer. Pelajar tu bukan main seronok lagi bercerita kejadian pagi tadi pada teman-teman sekelas.  :) tak apa. Senyum je. Malas nak ambik pusing.

Pelik dengan segelintir sikap pemandu di Malaysia. Kalau kita yang si wanita ni tersilap sikit bukan main marah diorang ehh.. siap ada perkataan “Patutla..pompuan yang bawak keta rupanya,” heh kalau lelaki yang bawak entah apa-apa tu camna? Yang sampai terbabas? Jangan bersikap terlalu berat sebelah. Lelaki ke perempuan ke sama je.. kalau dah nak tersilap tu silap jugak kan?

:.. Sikap pemarah sesetengah pemandu kat jalan raya tu jelas menunjukkan dalaman dorang tu camna. Kena banyak muhasabah diri nih... jom tingkatkan sifat sabar 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

1 geng suka bebel:

Anonymous said...

luckily ticer tak ambik pusing sangat.. kang dok beriya x pasal2 gadoh.. an an an..

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan