Showing posts with label hal sekolah. Show all posts
Showing posts with label hal sekolah. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

Jalan-jalan sambil berprogram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengggg

Masuk bulan Februari. Memang tak sedar langsung. Kerja bersusun tak setel. Tapi dan lagi update blog. Kakakakakaka…

Baru je sampai dari berprogram “English is Easy” di Bendang Man Resort. Sampai je situ rasa nak p cari tempat tidoq. Sejuk baq hang… ingatkan jadi guru pengiring ni tak payah join aktiviti depa. Rupanya sekali ngan cikgu join. Ha elok ngan berjubah bagai hari ni… kalau mintak pakai sport attire ka sedap sikit nak berendam dalam ayaq terjun beraktivit.. cewahhh..kononnnn

Ni antara aktiviti yang dijalankan. fokus program ni lebih kepada pelajar yang lemah dalam English. Ticer tak sekumpulan ngan student sekolah sendiri tapi kena geng ngan students lain…



Masa on the way balik sembang-sembang la ngan student ticer ni.. dia kata best aktiviti yang dijalankan. Memang plan tu ada nak wat aktiviti menarik macamtu tapi ye la ada kekangan sikit. Mungkin nanti boleh mintak tolong 2 3 orang cikgu time nak buat aktiviti ni.. nak seribu daya tak ndak 1k alasan kan…

Ok ciau.


:.. Sehari tak dak kat sekolah esok mesti banyak kerja menanti… fail bermacam-macam fail… haihhhh

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 21, 2015

Lukis pulak dah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni sepatutnya ada pemantauan. Sebut ja pemantauan confirm memang gabra.. taktau la nak control camna perasaan tu. Nama je dah masuk 7tahun mengajar tapi hmmmm…

Saat dan masa berlalu tapi takda pemantauan pun.. selamat? Belum selamat sebab pegawai pemantau tu akan datang bila-bila masa je.. just be prepared.

Tadi sepatutnya dalam kelas tahun 1 ada aktiviti mewarna. Semangat la pepagi buta p office nak fotostat.. sekali mesin foostat rosak daaa..adehhh nak tak nak kena guna manual la.. camna? Lukis la..

Tengok lukisan sendiri pun nak gelak.

Tu pun ada murid kata lawa.


Taktau tang mana lawanya. Ahaks!!

Upload ni pun tergelak-gelak dah..haha

:.. Kena belajar melukis dengan cikgu seni pulak lepas ni.. haihhh… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, January 14, 2015

2015..A New Me?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk tahun baru 2015. Boleh kira dengan jari berapa banyak pembebelan yang di’publish’. Kekangan masa? Mungkin kot… selebihnya biasala busy. Busy dengan pertambahan ahli keluarga dan berat badan.. :p

Tahun ni diberi mandat menjadi ibu kepada 28 orang anak tahun 4.. setakat 3 hari persekolahan depa nampak ok.. disiplin tip top..dengaq cakap.. masuk kelas ja paling maksimum 5 minit bagi bebelan kasih sayang dulu kat depa.. bukan sebab nak bebel tak tentu fasal tapi lebih kepada nak memantapkan tanggungjawab dan adab dorang terhadap guru dan ilmu yang ditadah.. power dak ayat? :D

Selain tahun 4, Ticer mengajaq jugak tahun 3 and 1.. yeapp tahun 1.. manja… tagih perhatian.. biasa la baru nak mengenal alam persekolahan kan.. baru nak belajar berdikari. Tu pun dah ada sorang gheyau time Ticer masuk kelas.. haha takut Ticer kah? Rasa dah manis dah senyuman..tapi jelingan tajam tu tetap ada disebalik senyuman semanis gula Melaka.. :p Takut sebab tu la kot.. hihi ;)

Tahun 3? Dapat kelas ke 2..menuntut 1001 kesabaran kerana macam-macam kerenah yang nak kena hadap. Ditambah dengan sebilangan besar agak lemah Bahasa Inggeris.. Hmm.. bukan nak mengeluh ke apa.. Cuma kepala ni ligat pikio cara dan method apakah yang perlu digunakan untuk bantu depa kuasai BI.. Any idea?

Total pelajar yang dipegang tahun ni lebih kurang 90 orang lebih.. 60 pelajar nak kena fokus untuk saringan LBI nanti.. confirm berpinau mata nih…


:.. Moga diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.. bukan mudah nak menginsankan seorang manusia… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 9, 2013

2013 Dah Nak Habis

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Baru berkesempatan menjenguk dan menjengah blog yang dah usang. Memang sangat tak sempat… maklumlah cikgu yang sekarang ni bukan macam dulu… banyak hal-hal ofis nak kena setel selain dari mengajar.

Alhamdulillah dah hampir sampai ke penghujung tahun 2013.. rasa macam baru je masuk kelas bebel-bebel tau-tau dah nak habis tahun.. bebel-bebel pun students sayang tau.. kuikuikui..dah mula nak memerasankan diri sendiri.

Start minggu ni sampai la minggu depan memang sibuk dengan aktiviti akhir tahun.. macam-macam nak kena buat.. repot panitia la…jamuan akhir tahun la.. hari anugerah cemerlang la.. fiufiufiufiu..rasa tak cukup tanah nak lari.. heh! Tapi Ticer bukan jadi orang hebat pun.. AJK kecil-kecilan je.. tu pun dah ok.. ye la nak belajar ni mesti dari bawah.. kalau terus bermula dari atas kan susah jadinya..

Takde mende pun nak cerita.. tapi jari dah gatal nak menaip so baca je la apa yang ada ye.. best ke tak best ke buat-buat macam best jugak ye.. ;)


:.. Dan….tak sedar anakanda Ticer sudah masuk setahun 2 bulan ++… dah besar dan lasak.. Alhamdulillah syukur.. J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, March 19, 2013

Tak payah la marah-marah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hola!!

Sekejap ada sekejap hilang. Dah tak macam memula ber-blogging. Aktif sangat-sangat. Time tu mungkin komitmen tak bertambah kot. Cehhh alasan tak  boleh blah. Ramai ja bloggers yang super duper busy. Sempat je update blog.

Apa nak cerita? Ok. Cerita pasal hari ni. Kejadian yang agak tak best berlaku. Yeap memang salah diri sendiri pun.

On the way ke sekolah pagi tadi. Nak ambik lorong kiri. Dah puas intai cermin kereta yang ada and memang confirm satu mahkluk kenderaan pun tak ada. Bagi signal and masuk ke lorong kiri. Tup-tup ada hon kecil. Rupanya motor. Ya Allah!! Memang tadi tak de. Tup-tup ada. Haishhh cammana boleh tak perasan? Pastu kebetulan lampu isyarat merah. Then si motor tu berenti kat sebelah keta ticer and ketuk cermin keta. Dengan kerendahan hatinya ticer turunkan cermin kereta.

Si motor :  &*()%$#@@@Y*(()*&& (marah betul dia)
Si ummi:  Sorry sangat-sangat. Saya memang tak perasan tadi.
Si motor:  %^&&**@$$$#** (uiii marah lagi)
Si ummi:  diam je malas layan.. kang dilayan lagi menjadi-jadi



Ticer teruskan perjalanan menghantar anak ke pengasuh. Si motor tu merupakan bapa kepada pelajar ticer. Pelajar tu bukan main seronok lagi bercerita kejadian pagi tadi pada teman-teman sekelas.  :) tak apa. Senyum je. Malas nak ambik pusing.

Pelik dengan segelintir sikap pemandu di Malaysia. Kalau kita yang si wanita ni tersilap sikit bukan main marah diorang ehh.. siap ada perkataan “Patutla..pompuan yang bawak keta rupanya,” heh kalau lelaki yang bawak entah apa-apa tu camna? Yang sampai terbabas? Jangan bersikap terlalu berat sebelah. Lelaki ke perempuan ke sama je.. kalau dah nak tersilap tu silap jugak kan?

:.. Sikap pemarah sesetengah pemandu kat jalan raya tu jelas menunjukkan dalaman dorang tu camna. Kena banyak muhasabah diri nih... jom tingkatkan sifat sabar 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, February 5, 2013

Sekolah dan Saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah masuk sebulan sesi persekolahan. Yeayy minggu ni balik kampung. Cuti seminggu tu... Rasa macam lama tak balik kampung. Cuihhh... nak kata homesick sangat la tu kan..? :p

Tahun ni rasa tahun yang agak mencabar sikit. Sebab diberi mandat (uii mandat tu??) untuk mengajar tahun 1 dan tahun 4. Heh tahap berbeza yang memaksa diri untuk bertukar channel tetiba. Ye la bila masuk tahun 1 level pengajaran perlu rendah... bila masuk tahun 4 level kena up sikit.. dah la kena memanjat tangga.. takpela bukan ke nak slim balik kan... dah reduce berbelas-belas kilo dah ni.. ehh motif promote penurunan berat badan??

Tahun ni pelajar tahun 1 paling ramai. Pehhh pening otak nak menghafal nama. Dah la ramai yang bernama Danish dan Irfan. Kalau panggil Danish je tak de sapa peduli. So kena panggil nama penuh dorang. Cth Danish Farhan. Kalau Irfan pun macam tu jugak. Kena panggil nama penuh yang panjang-panjang tu. Sampai satu masa sekali dengan nama ayah dorang Ticer panggil. Haha senang.

Minggu ni jadual waktu berubah. Dapat 1 subjek baru selain dari English. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Huiii ketaq mak nokk... lama dah rasa tak ajar sivik. Last mengajar masa kat Sarawak dulu. So far kira bleh layan la subjek ni. Enjoy plak students belajar time Sivik. Amboiii time BI semua tunduk ke lantai sebab takut kena speaking. Lagipun time tu Puan Ticer ni garang (tapi cute) semacam je...

posing ala model ;)
Banyak benda nak kena siapkan di awal tahun ni.. harap tak terbengkalai la.. bukannya apa komitmen makin bertambah. Nak-nak pulak kena jaga anak sensorang di perantauan ni.. :D tapi tu bukan alasan untuk tak buat kerja kan... InsyaAllah akan cuba yang terbaik untuk melengkapkan segala kerja dan tanggungjawab yang diberi.

:.. Secara otomatik dilantik Ketua Panitia Sivik.. Aduhaiiii.... baru nak goyang kaki tahun ni... uhukkkk


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, July 17, 2012

Mata hitam dah jadi biru.. :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selesai sudah exam Cambridge Placement Test pagi tadi.. esok orang lain pulak.. last ambil test jenis ni masa kat matrik dan MUET.. gaya bahasa dia fuhh penat nak faham... CPT ni diwajibkan untuk semua guru sama ada opsyen English atau bukan opsyen tapi mengajar Bahasa Inggeris.. mata ni dah jadi biru dah... penangan CPT nih... test ni bertujuan menguji proficiency cikgu-cikgu B.I.. 

Masa diberi 30 minit untuk 50 soalan yang macam-macam ada... serius dok pening kepala lagi ni.. ingatkan bila dah mengajar ni tak payah dah nak exam-exam cenggitu rupanya kena jugak... kalau tak lulus dengar-dengarnya kena attend kursus lagi... mungkin kat oversea kot.. ahaks!! Oversea la sangat kan.. bajet tu... 


Apapun dalam hati berharap lepas la target tu... rasa lega la kejap pas jawab exam tadi...

:.. Isu hangat hari ni: students dibenarkan bawak hp ke sekolah.. seingat Ticer dulu pakai public fon ja nak call mak ayah... bukan main students sekarang ehh.. dimanjakan dengan teknologi... hmm... kesan buruk jangka panjang pun kena fikir jugak.. ye dak?




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, July 16, 2012

Ubi kayu rebus di hari Isnin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi ada majlis pelancaran bulan kemerdekaan.. sepatutnya esok tapi disebabkan GB ada urusan maka di awalkan sehari.. sambutan meriah jugak tadi.. biasalah sekolah besar kan.. pastu setiap panitia dikehendaki menyediakan satu program sepanjang bulan kemerdekaan ni.. Gulp!! Kena perah otak pulak la nampak gayanya.. huhu

Kemuncak program tadi para pelajar dibekalkan dengan sedikit ubi kayu rebus cecah kelapa parut.. Cikgu-cikgu pun dapat... Ya Allah!! Lamanya tak pekena ubi kayu rebus ni... haishh terus teringat kampung... kenapa ubi kayu rebus? Nak bagi pelajar rasa makanan masyarakat tanah melayu ketika zaman sebelum merdeka..

Ni gambar yang diambil sebelum berjaya dilicinkan... ni pun kira dah berketul-ketul masuk perut.. dapat warning “mak buyung” tak boleh makan ubi banyak-banyak nanti berangin perut tu.. tapi biasa la... degil kan... last-last hamik baru tau penangan angin sepoi-sepoi bahasa dalam perut...



Ada sebahagian pelajar tak boleh telan ubi ni... biasalah tak pernah rasa lagi kan. Tapi ada yang over sampai mintak lagi... haishh macam-macam la bebudak ni.. hehe.. tapi seronok tengok pelbagai mimik muka dorang tadi...

Mulai esok otak dah kena ligat berfikir program apa yang nak disediakan untuk bulan kemerdekaan ni... harap sempat buat sebelum bercuti panjang selepas raya.. J tapiiii serius tak tau nak buat program apa untuk panitia B.Inggeris... hmm..

:..  Mula mengira hari nak bertemu Ramadhan..  Moga umur panjang.. Akan cuba curi masa untuk pulang ke kampung berbuka puasa bersama insan tersayang.. :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, November 17, 2011

UPSR punya pasal sampai tak tido malam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Adeii lama beno tak menjenguk blog sendiri... sangat tak da masa.. busy dengan event kat sekolah beserta event diri sendiri..

Pagi tadi result UPSR keluar... fuhh berdebar sangat... malam tadi langsung tak tidur sebab risau fikir result anak-anak Lawas yang Ticer tinggalkan dek kerana perpindahan masuk ke Selangor..

Dah la cuak dengan tugasan pertama sebagai orang yang hulur hadiah.. giler lah tak pernah naik pentas.. dengan VVIP segala ada.. rasa berpeluh-peluh dah atas pentas tu... tangan ni lenguh je menatang minyak yang penuh hadiah yang banyak tu ha..

Setel je majlis terus calling-calling member kat sekolah lama... dikhabarkan ada peningkatan..cumanya target lulus English tu agak tersasar jauh sket la.. tak pe la... nak wat camna kan.. dah usaha dah... harapnya dorang akan lebih berusaha bila masuk ke sekolah menengah nanti...


Untuk sekolah baru Ticer ni 25 orang dapat 5A.. ternganga jugak mulut ni haa... ye la amount yang agak besar tu... Apapun tahniah atas kejayaan yang cemerlang itu... berkat usaha semua pihak... Alhamdulillah...

:.. Lepas sekolah esok terus drift ke Kedah... doakan Ticer selamat sampai ke destinasi ya J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, November 10, 2011

Tugasan akhir tahun :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi ke sekolah setelah bercuti lebih 2 hari bagi menguruskan urusan berkaitan dengan borang nikah.. ;) Alhamdulillah dah setel.. tadi di panggil ke meeting.. Ticer diserap masuk ke bahagian hadiah.. ni first time nih... kat Sarawak selalu handle bahagian lain.. woo cuak gak.. camne jari bersendi nak wat keje ni... dah la gitu kena jadi orang yang tolong pegang hadiah kat atas pentas.. glemer la den.. awww!

Then next week kena jadi guru pengiring untuk Kalam Jama’ie.. bertolak tengahari Senin balik tengahari Selasa.. diberi kebenaran untuk tidak datang ke sekolah on Monday.. uikkkk terkojut lak rasa... hoho... tapi cam menarik la plak.. ahaks...

Esok dinner kat hotel.. yeahhh 1st time jugak... tapi rasa cam nak jadi tumpuan je esok.. haha.. mana taknya tema songket..tapi Ticer hentam pakai jubah seluar... kuikui..apa nak buat diberitahu last minute... benda ni kan dibincangkan awal tahun tapi Ticer masuk sekolah ni dah dekat nak habis tahun memang la terpaksa pakai apa yang ada... tak pe Ticer tetap vogue kan.. ahaks! poyo je ayat tu... 

Petang ni meeting akhir tahun... ni debo je rasa.. hee.. tak tau la naper.. Nampak macam tanda-tanda nak jadi orang glemer je tahun depan.. tapi...mungkin tak kot.. komitmen makin bertambah so tugasan perlu berkurang la.. ye dak? *perasan la kamu*

:.. Banyak tugas nak kena buat untuk hari Anugerah Cemerlang.. masak la Ticer.. :p


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, November 4, 2011

Semua mende dia nak cerita.. hai la Ticer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Esok pagi insyaAllah akan pulang ke desa tercinta... nak sambut raya korban... Alhamdulillah dapat cuti extra... bukan saja-saja nak ambil cuti lebih tapi perlu menguruskan beberapa hal peribadi.. Jom la beraya kat Kedah.. sangat best dan meriah.. J kat pantai timur pun best jugak.. kat tempat lain biasa-biasa je kot.. bukan Ticer yang cakap okeh.. kawan Ticer yang cakap... kalau salah mintak maap yer.. 

Minggu ni genap sebulan Ticer di Kuala Selangor.. surrounding yang tak terlalu sesak buat Ticer rasa tenang.. sesak tu cuma time awal pagi dan petang la.. normal la kan..orang pegi dan balik keja..

Kat sekolah ni students panggil Ticer ustazah.. rasa nak pengsan la jugak... kekadang panggil al-muallimatun.. rasa sweet plak... cewah.. tak pe la.. panggil je la apapun asalkan maksudnya sama..

Fenomena Najwa Latif menular di sekolah ni.. setiap kelas yang Ticer singgah mesti ada lirik lagu ni.. kekadang siap menyanyi lagi.. Yang tak tahan tu pelajar laki pun sama naik.. adeiii.... boleh tahan penangan Cinta Muka Buku ni ehh... nak marah pun tak sampai hati.. Cuma bagi warning sket la.. cewah warning konon...

Dah dapat tugas baru untuk tahun depan.. gulp! Cuak nih.. serius.. tapi tak pe la.. dalam proses belajar kan... kalau tak terima tak tau... harap-harap dapat buat yang terbaik la nanti..

:.. Nak tido dah.. sok pagi nak gerak awal balik Kedah.. jom.. Selamat Hari Raya Aidil Adha... 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, November 2, 2011

Bila kena handle satu slot.... berpeluh ooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dan esok ada aktiviti perkhemahan... Tetiba nama Ticer naik sebagai orang yang bertanggungjawab uruskan slot ikhtiar hidup.. huhu seram je rasa... 

Pagi tadi kena sediakan bahan.. syukurla ada fasci dari sekolah Sains datang membantu. Dorang hidupkan api... lepas tu Ticer perlu sediakan doh untuk buat roti lilit.. berpeluh gak nak menguli tepuk yang banyak tu ha... semua cegu yang lalu lalang tegur... dah macam nak buat kuih raya je lagak Ticer tadi.. ahaks!

Yang best tu Ticer boleh pakai baju kurung n hi heel.. tak ke sakit kaki ke hulu ke hilir pantau kumpulan pelajar.. cegu-cegu lain semua pakai sport attire.. konon nak nampak lain.. choii kan badan sendiri yang penat...

Peserta sangat excited dengan aktiviti ni.. sampai tak mau bergerak pegi checkpoint lain... aktiviti macam ni dorang tak penah tahu dan buat so bila diberi peluang untuk sama-sama lakukan, dorang rasa sangat seronok.. dari buat roti lilit, masak telur dalam bawang, rebus telur dalam plastik hinggalah panggang keledek dan kentang...semua dorang buat... 10 kumpulan besar tu... tercungap-cungap jugak Ticer.. Tapi puas hati sebab nengok pelajar sangat-sangat aktif...


Aktiviti orang lain...
Nak tepek jugak gambar..
Slot Ticer hari ni je.. tapi takkan nak melepak kat umah je kan.. insyaAllah malam karang pegi pulak.. melepak dan merapatkan ukhwah antara guru... disebabkan terlalu ramai guru di sini maka sampai sekarang Ticer masih belum kenal dorang sepenuhnya. Ada yang tertukar nama pun ada... dah tu gena?

Panjang dah Ticer bebel.. sorry kalau buat korang boring... nak tepek gambar tadi lupa nak snap sebab busy sangat... so amik je la gambar aktiviti orang lain.

:.. Kulit da gelap.. adeiiii... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, October 3, 2011

Jadi Warga Kuala Selangor....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sori sebab tak balas kunjungan korang yang sudi bertandang di sini... kesibukan sket... Pagi tadi dah melaporkan diri di S.K. Bandar Baru... sekolah yang besar dengan jumlah pelajar yang besar... cikgunya pun ramai.... Nak fengsan gak naik turun tangga... sesat cari kelas pun ada gak... hohoho... pastu tak tau nak cover malu camna dah... syukurla ada students yang baik hati tunjukkan kelas.. cewahh...almaklumla cegu baru yang cute...

Seawal kul 6.30pagi memecut dari Meru ke sekolah... huhu sampai sekolah pun students dah start berbaris... kemudian diperkenalkan oleh pihak sekolah... 1st day terus kena berucap.. hoho bedal je la.. tak tau mende pun Ticer cakap kat depan tu... rasa nak karok pun ada bila dah pegang mikrofon tu..

Hari ni tak dapat jadual lagi.. Cuma di minta untuk sit in kelas yang ketiadaan guru...  kemungkinan kena pegang kelas BI tahun 3... subjek lain tak de kot.. maklum je la... kelas tahun 3 je ada 5 kelas.. hoho... jenuh nak menge-check paper exam nanti...

Tadi GB minta dan berharap sangat Ticer stay kat sini selama 2 3 tahun sebab dorang memang kekurangan cikgu English... erk...  mampukah?

Rumah sewa pun da dapat... PK yang tolong uruskan... syukur Alhamdulillah... kiranya tak payah berulang dari Meru dah... Tadi shopping barang-barang rumah di Tesco... huhuhu melayangggggg RM... tapi pejam mata je la...

:.. Sekolah bagus..so expectation tinggi... harap mampu menggalas amanah yang diamanahkan... sebenarnya agak takut bila diletakkan pengharapan tinggi... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 24, 2011

Kerja sebelum balik...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Have to finish marking all these papers before going back to my kampong... huhu





:.. Tolong la check kat Ticer... :D


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, August 22, 2011

Nak kad raya.... bleh?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

berlalu ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya
takbir dilaungkan tahmid dibacakan
sebulan puasa telah disempurnakan
diucapkan selamat hari raya
selamat hari raya..

Ehemmm... sound check.. layan Zapin Hari Raya plak hari ni.. tetiba bleh addict dengan lagu ni.. hmmm bleh kot ajak students nyanyi Khamis nanti...


Korang ada dapat kad raya? Bukan kad raya di alam maya tu... kad raya yang posto datang hantar kat rumah... Ticer rasa macam tak dapat je pun coz ustajah mama tak cakap apapun.. kalo kad undangan walimah mungkin ada la kot...

Masa praktikum kat Kuala Pilah dulu berderet je kad raya.. cewah.. almaklum la time tu Ticer and the gang kan cegu paling sporting... mana garang macam sekarang... maka berderet la kad nya... ahaks!

Sekarang? Nan hado... tak de la mengharap pun.. Cuma merasakan kemeriahan menulis dan menghantar kad raya itu seolah tiada.. busy? Ehh ustajah mama dulu pun busy tau tapi ada jugak dia kirim kad raya kat teman-temannya.. sweet kan? Haha... Ticer pun tak kirim kat sapa-sapa.. ada je kad ni ha.. dok bertangguh je kerja nak menulis..

Tak sama ke hantar melalui FB/ MMS/ SMS?

Erm.. bagi Ticer sama je... rasa over excited bila dapat ucapan selamat hari raya tapi kan tak best pun ada gak sebab tak boleh display kad yang berderet-deret tu.. haha perasan amat!!

Tapi (banyaknya tapi) kan Ticer nak display jugak kad yang Ticer terima pagi tadi.. yeahh tak mahal pun... tapi bagi Ticer sangat bererti.... serius.. Ticer rasa terharu amat... dalam kesibukan anak-anak menjawab exam masih ada lagi yang ingat untuk memberikan kad pada Ticer... J

:.. Teringat zaman muda-muda dulu (sekarang kurang muda suda) menunggu encik posmen  datang bawak kad raya... sangat seronok time tu... ada pengalaman macam ni tak?

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, August 18, 2011

Hilangkan ketegangan isi benda online dengan.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

SAPS belum siap... patutla kengkawan kat semenanjung bising-bising pasal ni.. memang amat membengangkan dan menguji kesabaran wanita ayu betul.. haishhh...

Tadi menghilangkan ketegangan mengisi benda online ni dengan berdondang dendang bersama anak-anak tercayang... tak tau la Ticer yang excited sebab nak fly balik Kedah next week ke / anak-anak yang excited sebab nak beraya... Disebabkan ajar muzik (dah nama multitask teacher kan so semua subjek kena ada dalam otak la huhu) dan mood nak beraya dah nak sampai so Ticer pun ajar la dorang nyanyi lagu raya..

Guess what? Sambutan menggalakkan siap request lagu plak... Ni lagu yang anak-anak enjoy dalam kelas tadi siap berjoget sakan... J hilang sekejap kepenatan mengisi SAPS tu... tak teringat nak ambil video dorang tadi...  


:.. Preparation raya korang camna? Jangan membazir yer.. berbelanjalah dengan bijak.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 10, 2011

Tengah-tengah malam line superb...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penangan nasi + ikan bakaq + air asam= tido awal kemain... pastu kul 2 pagi terjaga.. ha dah terkebil-kebil tak tau nak wat apa... lepas setelkan apa yang patut, hantar mesej kat kawan.. sian dia kan.. dok chat sorang-sorang padahal Ticer dah selamat ke alam fantasi..

Memandangkan mata bulat je kan so... online SAPS.. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. semua kena online pulop sekarang ni.. dah canggih kan.. masa online kat sekolah sangat la lembab.. so amik peluang yang ada pukul 2 pagi tu untuk setelkan markah students.. pehhh laju lak.. maklumlah tak ramai yang online kan..

Yang ni la Ticer kena buat.. nak tolong? 
Setel dah markah English dan Muzik year 2.. so nak kena key-in markah untuk Sivik, Kajian Tempatan dan English tahap 2 pulak.. kena nunggu cikgu kelas dorang update nama students dulu... tengah bersemangat waja ni... kang kalau semangat yang hilang habis la.. lambat la Ticer nak mengisi markah tu...

Kengkawan...sorry yer ada yang Ticer tak jejak blog korang... slow-slow la Ticer pegi nanti okeh? Rasa tahun ni tahun paling busy kot.. dan tahun paling letih.. sokmo tido awal.. J


Pastu...Ticer selalu tengok yang ni... hehehe... dah la Syuxer tepek video dendang perantau... buat Ticer lagi tak sabo nak kelik... :D

:.. Adik hero kat KL dah selamat sampai kat umah.. wahh sangat jeles.. :D


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 3, 2011

Tidur termimpi-mimpi sebab kamu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tengahari tadi- di bilik guru masa Ticer tengah ngemas-ngemas barang nak balik GB masuk..jeng jeng jengggg

“Wan… keputusan pelajar cammana?” terus Ticer ambil result pelajar dan dihulurkan pada GB
“Enam orang tak lulus cikgu.. sorang dapat A..tapi kalau ikut UPSR masih B lagi cikgu,”
“Ishh..ni yang bahaya ni… ada lagi 2 orang berpotensi ni Wan,”
“Ye cikgu.. harap dapat tolong la.. harap-harap ramai yang lulus la,”
“Itulah.. kalau bleh kita dapat maintain-kan peratusan lulus macam percubaan ni pun dah ok.. yang 6 orang tu kita tolong jugak lah.. mana tau rezeki dorang kan…”
“Hmm saya cuba la cikgu…,” GB terus keluar. Ticer duduk sambil pegang kertas keputusan keseluruhan pelajar. Besar harapan GB besar jugak harapan Ticer.. 
Namun apapun pertolongan dan usaha guru cuma sekadar memberi tunjuk ajar..yang menggeraknya? Pelajar itu sendiri.. tanpa usaha mereka tak mungkin mereka mampu menggapai kecemerlangan yang diidamkan.. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..

:.. Ticer masih belum mampu melepaskan nafas kelegaan selagi UPSR belum berlalu selagi belum sampai waktu itu selagi itulah hidup Ticer diselubungi misteri.. Penat kot sampai tetiap malam tidur terganggu..dan kadang-kadang termimpi-mimpi pelajar ni.. huhu.. anak-anak… buat yang terbaik ya… Ticer tau kamu boleh buat!!

p/s sikit sebanyak Ticer rasakan pengajaran Ticer dah boleh diterima oleh mereka..Alhamdulillah.... (ke aku yang perasan? ahaks!)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, July 28, 2011

Seharian berkurung......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 15, 2011

Tak de seminggu... risau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Baru sampai dari Lawas… macam lama je tak ke sana.. cewah.. ada member join mau la pegi..kalau tak mesti ngantuk nak kena redah jalan raya di tengah hutan.. tak caya terpulang la.. cer Google nama tempat Lawas…

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan