Showing posts with label saya n kengkawan. Show all posts
Showing posts with label saya n kengkawan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Sudah 10 Ramadhan.. :(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bz sangat Ramadhan ni.. hee busy memasak.. cewah... sebenarnya hosmet je yang selalu masak.. dia tengok Ticer yang sokmo lembik pas balik keja so dia ofer diri nak memasak.. tugas Ticer setakat menggentel-gentel kuih je la... ok la kan.. haha...

Alhamdulillah dah pun masuk ramadhan ke 10. Dan syukur jugak masih istiqamah dalam mengalunkan ayat-ayat suci.. ye la dulu time tak pregnant of course la susah nak habiskan satu juzuk sehari kan.. tau-tau ja terpaksa postponed dek sebab-sebab istimewa seorang wanita.


Kat sekolah tadi bercakap-cakap pasal tanda-tanda bersalin.. ada gitau beberapa orang teman yang Ticer sakit perut masa Jumaat lepas.. berpeluh-peluh menahan kesakitan.. masa tu hanya Allah yang tahu... rasa nak berguling pun ada. Semua macam tekejut la sebab nampak Ticer ok je.. huhuhu tu pun puas control..


Then dapat tahu teman ticer kat sekolah tu berjangkit penyakit ni... penyakit ‘berisi’... ahaks!! Ni dah macam acara pass baton acara 4x100m dah ni... tepat sekali la tekaan Ticer and beberapa teman yang lain... Alhamdulillah semua tu rezeki... didoakan semuanya selamat...

Hujung minggu ni insyaAllah akan pulang ke desa... nak sambut puasa kat sana bersama kedua-dua family memandang kan cuti agak panjang... sampai Senin kan... J rasa macam nak balik jauh plak... feel tu bahagia semacam je.. disebabkan keadaan yang semakin membesar ni maka si suami la yang terpaksa datang menjemput si isterinya ini.. ada macam tuan puteri tak? Hehe... :D

Selamat Berbuka dan menunaikan ibadah Tarawih... J

:.. Hari ni offer diri untuk memasak plak.. minta hosmet rileks-rileks ja.. :)




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, July 17, 2012

Mata hitam dah jadi biru.. :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selesai sudah exam Cambridge Placement Test pagi tadi.. esok orang lain pulak.. last ambil test jenis ni masa kat matrik dan MUET.. gaya bahasa dia fuhh penat nak faham... CPT ni diwajibkan untuk semua guru sama ada opsyen English atau bukan opsyen tapi mengajar Bahasa Inggeris.. mata ni dah jadi biru dah... penangan CPT nih... test ni bertujuan menguji proficiency cikgu-cikgu B.I.. 

Masa diberi 30 minit untuk 50 soalan yang macam-macam ada... serius dok pening kepala lagi ni.. ingatkan bila dah mengajar ni tak payah dah nak exam-exam cenggitu rupanya kena jugak... kalau tak lulus dengar-dengarnya kena attend kursus lagi... mungkin kat oversea kot.. ahaks!! Oversea la sangat kan.. bajet tu... 


Apapun dalam hati berharap lepas la target tu... rasa lega la kejap pas jawab exam tadi...

:.. Isu hangat hari ni: students dibenarkan bawak hp ke sekolah.. seingat Ticer dulu pakai public fon ja nak call mak ayah... bukan main students sekarang ehh.. dimanjakan dengan teknologi... hmm... kesan buruk jangka panjang pun kena fikir jugak.. ye dak?




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, June 29, 2012

Seminggu di KL...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru sampai dari tempat kursus.. seminggu berkursus kat Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) KL. Ticer memang tak pass bab jalan ni.. especially bila TERPAKSA meredah masuk KL.. so scary.. apa yang ditakutkan tu tak pulak tahu... Dalam kepala ni dok fikir antara nak pergi dengan tak bila dapat surat kursus Isnin lepas. Tapi gagahkan diri pergi jugak... bertolak kul 3.30 ptg sampai pukul 5 petang. Agak lama la jugak ambil masa nak sampai tu.. mana taknya tempat tak biasa so sesat la sikit..

Berkenalan dengan kengkawan baru yang stay satu hostel yang ala-ala apartmen.. dorang dari Melaka dan Johor.. banyak pengalaman yang dikongsi sepanjang di IPBA tu..
Kursus sepanjang seminggu ni banyak berkisarkan pasal sistem pendidikan baru tahun 1 dan 2.. masih blur sebenarnya dengan sistem baru ni.. Need to explore and study more..

Dugaan paling hebat bila air tak de.. terpaksa la kami turun angkut air.. tapi biasalah bila dah berbadan dua macam ni kengkawan bukan bagi sangat angkut air... rasa malu plak tak dapat tolong... tempat kursus pulak kena panjat tangga... bila dah banyak gerak ni biasa la kaki pun membesar dengan jayanya... takut jugak tengok kaki yang membengkak... huhu puas la pujuk diri sendiri supaya bersabar dengan dugaan ni...

Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu :)

Hari ni drive balik bertemankan anak dalam perut.. letih tu tak payah cakap la.. Mr. Zauji cakap Ticer ni cekap jugak la cari jalan tau-tau dah sampai balik rumah sewa.. hihi cekap la sangat... mau 2 3 kali pusing-pusing KL nak cari jalan balik sini... kalau tak redah mana nak sampai... apapun syukur lah dah selamat semuanya.. 

Harapnya tak da lagi dah kursus dalam waktu terdekat ni.. bukan apa badan rasa penat dan seolah perlu berehat panjang... kalau kursus ada orang ambil dan hantar tak pe la.. ni sendiri-sendiri je semua.. nak hire driver sorang boleh? hihi demand betul Ticer ni.. :D

:.. Doakan Ticer and baby selamat yer.. lagi 2 bulan je nak bertemu muka dengan si comel Ticer ni... J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, November 2, 2011

Bila kena handle satu slot.... berpeluh ooo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dan esok ada aktiviti perkhemahan... Tetiba nama Ticer naik sebagai orang yang bertanggungjawab uruskan slot ikhtiar hidup.. huhu seram je rasa... 

Pagi tadi kena sediakan bahan.. syukurla ada fasci dari sekolah Sains datang membantu. Dorang hidupkan api... lepas tu Ticer perlu sediakan doh untuk buat roti lilit.. berpeluh gak nak menguli tepuk yang banyak tu ha... semua cegu yang lalu lalang tegur... dah macam nak buat kuih raya je lagak Ticer tadi.. ahaks!

Yang best tu Ticer boleh pakai baju kurung n hi heel.. tak ke sakit kaki ke hulu ke hilir pantau kumpulan pelajar.. cegu-cegu lain semua pakai sport attire.. konon nak nampak lain.. choii kan badan sendiri yang penat...

Peserta sangat excited dengan aktiviti ni.. sampai tak mau bergerak pegi checkpoint lain... aktiviti macam ni dorang tak penah tahu dan buat so bila diberi peluang untuk sama-sama lakukan, dorang rasa sangat seronok.. dari buat roti lilit, masak telur dalam bawang, rebus telur dalam plastik hinggalah panggang keledek dan kentang...semua dorang buat... 10 kumpulan besar tu... tercungap-cungap jugak Ticer.. Tapi puas hati sebab nengok pelajar sangat-sangat aktif...


Aktiviti orang lain...
Nak tepek jugak gambar..
Slot Ticer hari ni je.. tapi takkan nak melepak kat umah je kan.. insyaAllah malam karang pegi pulak.. melepak dan merapatkan ukhwah antara guru... disebabkan terlalu ramai guru di sini maka sampai sekarang Ticer masih belum kenal dorang sepenuhnya. Ada yang tertukar nama pun ada... dah tu gena?

Panjang dah Ticer bebel.. sorry kalau buat korang boring... nak tepek gambar tadi lupa nak snap sebab busy sangat... so amik je la gambar aktiviti orang lain.

:.. Kulit da gelap.. adeiiii... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, October 20, 2011

Boleh pulak camtu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru lepas memvakum sawang kat blog... lama tak BW.. fb pn jarang-jarang sudah... poyo je...  Semalam ada in house training pasal kursus yang Ticer pegi last week.. pehh gabra oo nak mem-present kat cikgu-cikgu hebat.. tapi bedal je la..

Ok. Done! Sebenarnya lama nak berkisah pasal ni... tapi tak berkesempatan nak menaip. Kisah tentang sorang kawan yang bakal berkahwin.. Ticer namakan dia sebagai F.. ada satu malam tu dia dapat mesej dari someone.. and of course lelaki.. that guy tanya khabar dan disebabkan dia menganggap lelaki itu sebagai kawan maka dia pun jawab la seadanya..

Lelaki tu tanya lagi status dia sekarang..dan F dengan jujurnya pun beritahu yang dia bakal berkahwin tak lama lagi.. That guy emm Ticer namakan dia sebagai Amitabh Bachan..cewahh tetiba masuk Bollywood plak.. AB ni ucap tahniah la tapi yang tak best bila sampai SMS terakhir dia...

“Saya doakan awak bahagia...tapi kalau awak tak bahagia...saya ada kat sini,” boleh camtu?  Suami orang dah kot..perlu ke cakap cenggitu? Sebenarnya tak kisah apa status pun tapi perlu ke cakap macam tu?

Bertitik tolak kejadian tu kawan Ticer terus tak balas SMS dah... dia kata sangat menyesal sebab balas SMS tu... Ticer nak salahkan dia pun tak boleh la kan..benda tu mana kita jangka nak jadi... 

:.. Doa yang baik-baik sudah.. benda lepas letak tepi la.. dah tertulis awak bukan jodoh F.. terima je la.. *emo plak tetiba ni pehal...?* choiii


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 27, 2011

Macam-macam perasaan hari ni...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah tepat kul 9 malam tadi Ticer selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar… hari ni penerbangan agak teruk dek cuaca yang tak berapa molek… ingat mati je la kat dalam flight tu… pengalaman berharga tu.. selama ni gegaran tak la seteruk tadi… syukur umur masih panjang Alhamdulillah
Pagi tadi sebelum bertolak ke KK Ticer pegi sekolah… bertemu teman-teman seperjuangan buat kali terakhir… lepastu students siap berbaris lagi nak bersalam.. pehhh syahdu.. tapi cover la dengan gelak-gelak Ticer yang kekonon manja tu…
Hujung tahun ni Ticer pegi lagi ke sana… apa nak buat tiket dah beli kan… huhu beli sebelum tahu dapat tawaran pindah.. tiket murah you….baik sebat awal… tau-tau dapat pindah… so nanti pegi bejalan-jalan makan angin je la.. hmmm sebenarnya ada impian yang belum tertunai ni…
Mendaki gunung Everest Kinabalu
Dah lama teringin tapi tak kesampaian.. dah pindah ni bila pulak bleh tawan gunung tu ehh… huhu….
Time kat airport tadi terasa cuak juga bila tau yang berat baggage Ticer dah lebih 8 kg.. huhu otak dah ligat dok buat kira-kira tapi syukurlah orang kat kaunter tu cakap Ticer tak payah bayar pun… pehhh rasa nak berguling-guling je… 8kg tu… bukannya sikit… mungkin sebab dia kesian tengok Ticer yang buat muka seposen tu kot… korang reti buat muka seposen? Haaa cuba buat tengok.. :p
Ok la.. nak stop dulu… panggilan mimpi dah panggil… esok insyaAllah Ticer update lagi okeh… cau cin cauuuu….
:.. Debor nunggu minggu depan.. Kuala Selangor…wait for me ya! Gulp!!

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 24, 2011

Pertemuan dan perpisahan itu adat kehidupan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu yang agak sibuk... ada lagi beberapa barang yang nak dimasukkan dalam kotak.. Kawan Ticer yang berada di Limbang dan bakal mengajar di Segamat dah selamat sampai semenanjung semalam... Ticer bakal menyusul.. semalam gi Pejabat Pelajaran untuk uruskan hal perpindahan... huhu silap isi borang pulak untuk perbelanjaan pindah.. so nak tak nak kena isi semula.. Isnin ni mintak tolong kawan untuk hantarkan ke PPD.. Semalam juga fakskan surat memohon penangguhan tarikh lapor diri ke sekolah baru...

Semalam ada majlis lagi... haishhh meruntun lagi perasaan... Birthday as well as farewell party... sebenarnya tak berapa suka bila ada majlis camni.. nanti Ticer berlebih-lebih dalam kesedihan... Hadiah pun banyak.. nak tak nak kena tambah lagi satu kotak... Syukurlah hati masih kuat time bagi ucapan terakhir untuk students... bakal merindui anak-anak Ticer yang comel-comel... yang nakal-nakal manja... yang sentiasa menghiburkan hati...

Sebahagian teman-teman yang banyak membantu...

Utusan cinta dari pelajar.
hadiah tak de dalam ni dah masukkan dalam kotak
Moga perpisahan ini tak memutuskan langsung hubungan antara Ticer dan pihak sekolah... harap Ticer sentiasa diingatan anak-anak...dan harap mereka juga sentiasa diingatan Ticer...

Okey... nak siap-siap apa yang patut..then nak keluar uruskan penghantaran pulang barang-barang Ticer ni... baru tiga tahun barang dah banyak... haishhh apa benda la Ticer buat sampai barang banyak camni... barang-barang lain macam electrical item tu Ticer bagi pada orang je... tak dapek le nak bawak balik.. J

my boys

my girls

:.. Pertemuan dan perpisahan adat dalam kehidupan... nak tak nak kena hadapinya ye dak? Ini baru perpisahan yang bersifat sementara.. kalau perpisahan yang hakiki macammana pulak? Apapun kena redha..


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 22, 2011

Saya sangat terharu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari yang sangat sibuk... kena buat nota serah tugas, kena buat bajet perbelanjaan balik semenanjung.... lepas tu pos barang lagi... hmmm...

Pagi tadi ada surprise party plak... perpisahan dan birthday.. wahh bakal masuk 27 tahun ye.. tak pe tu sekadar angka je.. cewah... ye la Ticer dah tua... Tak sangka ada majlis untuk Ticer.. syahdu amat... bila diminta beri ucapan terakhir Ticer jadi lost sekejap.. tetiba jadi speechless.. tak dapat nak cakap sangat.... selalunya pantang ada peluang suka je bercakap... hari ni lain sikit.. sampai keluar ayat “saya tak boleh cakap banyak nanti saya nangis” wuuu pas cakap tu terus tutup muka.. cover konon-konon nak menahan diri dari deraian air mata...

Cheese cake yang lazizah jiddan
Malam ni Ticer mungkin akan sibuk juga... menyemak kembali harta benda sekolah yang Ticer pinjam... esok atau Isnin depan Ticer kena pulangkan semula pada pihak sekolah sebelum berlepas pergi...

Tiket flight dah booked... hari Isnin tengahari... tetiba rasa nyesal lak beli hari Isnin.. kenapa la tak beli hari minggu je kan.. bleh balik awal.. tapi tak pe la... kang rushing balik awal takut ada benda yang tak siap lak.. kan dah menyusahkan diri sendiri dan pihak sekolah... J

Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri ini
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua......... 
(Doa Perpisahan-Brothers)

:.. Moga ukhwah yang terjalin ini tetap utuh sampai bila-bila biarpun jauh merentasi benua dan lautan.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 8, 2011

Bagai di pam-pam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru lepas setelkan markah students... punya la sedih nengok ‘hadiah’ dari dorang... haiiii risau plak pikio... dah la UPSR next week ja... hmmm....

Baru lepas memboncetkan perut... haha... datang sekolah je semalam cegu-cegu sini dah tegur muka nampak bulat... badan sedikit berisi.. pehhh baru cuti seminggu badan dah berganda-ganda naiknya.. balik umah je selera melambung tinggi tak tertahan-tahan... woo jangan baju nikah tak muat plak nanti... hoho tak pe masih ada masa nak turunkan balik lebihan berat nih...

Tadi ada majlis ramah tamah Aidilfitri... hoho makan jangan tak makan... adeiii... memang la sangat banyak makanan... Ticer makan gak... masuk rumah ke dua dapat makan buah mata kucing je.. sebab? Tak bleh nak masuk dah... huhuhu.... ni bukan berenti sebelum kenyang dah ni.. dah lari konsep... ni berenti bila terlalu kenyang... sampai so’oh / mengah sebab terlalu kenyang..gila kan?

Esok pun ada makan-makan lagi... huhu hebat tul la penangan raya ni... by next week dah kena rehatkan perut.. insyaAllah akan mula berpuasa.. sian perut ni.. pening dah dengan macam-macam makanan...

:.. Cepatnya masa berlalu... tak sedar dah masuk bulan September... ada 2 bulan je lagi... hmmmm cuak plak..


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, September 6, 2011

Cemburu ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru sampai di kuarters kul 4 petang tadi.. dan-dan migrain dek perjalanan jauh dari KK ke Merapok, Lawas... huhu

Korang pernah dirisik tak? Haha soalan apa la Ticer nih... ada sorang kawan Ticer ni dirisik tau... dia dirisik oleh sorang cikgu yang mengajar time sekolah rendah dulu.. cikgu tu kata dari dulu lagi dia memang berkenan ngan sikap kawan Ticer ni... dia berhajat nak jadikan kawan Ticer ni menantu dia..

So dia risik-risik laa pasal kawan Ticer ni dari jiran kawan Ticer tu... tapi tak tau la camna berita tu bleh sampai kat telinga jiran yang satu lagi... hmmm jiran tu pun mula la cucuk-cucuk... dia pun burukkan kawan Ticer yang kononnya kawan Ticer tu bukannya pandai masak sangat.. dahla gitu pemalas nak masuk dapur pulak tu... wahh pelik gak Ticer.. macammana jiran yang satu tu bleh tau pasal hal dalam rumah kawan Ticer tu ye?

Kawan Ticer senyum je la... dia kata dia dah lali dah ngan perangai jiran dia tu.. tak habis-habis nak cari pasal.. bab jodoh ni Tuhan dah atur elok dah.. dalam Al-Quran sendiri pun dah jelaskan yang manusia diajadikan berpasang-pasangan... suami isteri adalah satu kombinasi hebat yang saling lengkap melengkapi... kekurangan si isteri dilengkapi dengan kelebihan si suami begitu juga sebaliknya..

:.. Kuasa manusia takkan dapat menandingi kuasa Allah... ye dak? jodoh kan ditangan Allah bukan di tangan manusia.. 



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, September 2, 2011

Sakan beraya, blog diabaikan....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama sangat kot tak menjenguk alam blog ni... sibuk + beraya + menambahkan berat yang berkurang mendadak selama puasa sebulan ari tu...
Siang tadi kengkawan time sekolah menengah dulu datang bertandang kat rumah.. sangat hepi bila berjumpa.. macam-macam cerita yang dibukak.. cewah... maklum je la yang datang tu semuanya solo-molo lagi...  so dok bergebang lama-lama pun tak da sapa yang marah... J
Then agak petang tu kitorang pegi beraya kat umah kengkawan yang lain pulak.. jalan biasa la... sangat sesak.. sempat la Ticer melelapkan mata sejenak... penat oo bersilat di dapur memasak untuk tetamu VIP.. cewah.. masak ke? Jeng jeng jenggg... poyo je kan...
Ni tepek gambar sekeping... hmm cer cari mana tuan punya blog? Ahaks!


:.. Apa cerita raya korang?


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, August 27, 2011

Cerita sebelum raya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tepat pukul 3 petang semalam Ticer selamat menjejakkan kaki ke tanah jelapang padi nan indah permai... sebelum tu duit seratus lima ringgit Berjaya dihabiskan di airport lantaran muatan berlebihan giteww... 7kg lebih.. waaa rabak mata dan poket nak bayar duit...habis duit gaji.. hadeii tapi bak kata Mr.ABC dah dapat rezeki pindah pun lagi mau merungut.. redha je la... tu ujian sket je tu... terus insapppp...

Malam tadi tak pegi iftar kat kampung pun sebab terpengsan agak lama.. bangun je g mandi bleh p pakai baju kurung konon nak balik kampung. sekali tengok ustajah mama panggil untuk berbuka kat rumah.. laaa rupanya ustat baba dan adik hero dah pegi.. huhu sowiiiii

Tadi keluar ke Alor Setar.. hadeiii amat la ramai.. kompius sejenak.. ni Alor Setar ke Kota London ni. ehh kota London sesak ke? hihi... pegi survey barang.. kawan Ticer bakal bertunang lepas raya.. so Ticer jadi perunding imej la.. cehh macam hebat la konon... padahal pening gak la... rasa nak bertunang sekali lagi plak.. ahaks! Then masa ke kedai kek tu sempat survey kek untuk hantaran kaf alif win nanti... rambang jap mata ni...

Pastu ke Tesco..erkkk nak timbang sayur pun beratur mengalahkan nak beli tiket bola... adeii ramainya umat... jalan toksah cakap la sesak sangat... macam siput je kereta bergerak...huhu... ni camna nak gi soping shawl esok ni?

:.. Keadaan tempat korang camna? 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, August 13, 2011

Berselera sungguh iftar tadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.... selesai sudah puasa hari ni...  hmm.. hari ni ada makan-makan bersama jiran tetangga.. haishh rezeki kan... memang mengenyangkan... sib baik la tak da segala macam kuih muih kalau tak kompom tak habis.. Ok.. ni yang Ticer and hosmet, ex-hosmet n kawan dorang makan... ;)


Nasi kerabu wif coconut shake.. yeahh tebabo... memang terbaikk... berat perut dan mata.. hadeiiii...

:.. Puas hati... akhirnya dapat makan nasi kerabu air tangan ore Kelate... tido lena sampai pagi la cenggini.. ;)


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 10, 2011

No turning back... apakah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Selamat bersungkai.... Pernah join apa-apa group kat FB? Ticer ada join jugak.. beberapa group yang Ticer rasa sangat menarik Ticer join la.. nak dijadikan cerita ada satu group ni Ticer tengok dah jauh menyimpang dari objektif sebenar.. kenapa? Ok objektif penubuhan group tu untuk merapatkan ukhwah tapi lama kelamaan Ticer tengok dah hilang dah matlamat asal...

Mana-mana ahli group  yang tak sokong komen-komen orang dalam tu mesti kena cantas dan diperli sesedapnya terutama sekali yang perempuan lah.. dijadikan bahan usikan.. sampai la sekarang ni masih tak berhenti.. dan menyedihkan rata-rata yang berbuat begitu terdiri dari kalangan orang yang arif lagi bijaksana.. hmm ada betul jugak kan orang kata pendidikan tinggi tak menjamin seseorang itu berakhlak dan berbudi pekerti mulia..

Antara mangsa-mangsanya? Ticer, dua orang kawan Ticer dan Mr.ABC.. hoho tetiba je Mr.ABC kena jugak kan... sebab? Dia menegur perbuatan tak elok tu namun akhirnya dia jugak dicantas dan diperli-perli dalam group..

So untuk mengelakkan diri dari terus-terusan dijadikan bahan usikan yang keterlaluan dan menyakitkan, Ticer nekad tinggalkan group itu dan diikuti lagi dua orang kawan Ticer kemudiannya.. Biarlah mereka bahagia mempermainkan maruah orang lain.. satu masa nanti Ticer pasti akan ada balasannya... buat baik dibalas baik..buat jahat....hmm jawab sendiri la kan?

:.. sedikit tazkirah: Student asked his teacher: "If the shaytan (devil) is locked up during Ramadan, why do people still do bad things?". Teacher answered: "What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out the coffee continues to stir on its own, right? Shaytan is that stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away."


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, July 7, 2011

Terharu tahap tak tau nak habaq

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pehh rabak mata menangis 5 baldi *tipu*.. tadi berjalan-jalan makan angin di blog kengkawan.. Malam tadi tak dapat terjah sangat coz banyak keja..

Terharu bila tengok gambar ni… iskk… korang pun tolong la terharu..

-

-

-

-

-

Kenal header ni? tak kenal? klik kat header tu cepat


Waa tq Tia.. fiuu bleh rabak mata menangis terharu ni... hihi...

:.. Rasa sangat dihargai… makin semangat nak berblogging..cewah


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Boleh Ticer tahu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk apa berblogging kalau kita tak kenal antara satu sama lain ye dak? Kalau setakat tahu nama pena kat dalam blog je rasa cam tak best plak.. So Ticer nak kita saling berkenal-kenalan.. Ticer dah lama sebenarnya nak tau serba sikit tentang diri teman blogger yang sudi menyinggahkan diri mereka kat blog kecik Ticer ni…

Apa korang kena buat? Ok jawab je soalan Ticer… tak payah jawab jauh-jauh… letak je kat komen tu… ni soalan-soalan yang Ticer harap korang dapat jawab.



  • Nama sebenar dan nama panggilan
  • Umur (ke nak berahsia?) dan tarikh lahir
  • Negeri asal
  • Sudah bekerja/ masih belajar? Di mana?
  • Berat dan tinggi

Disebabkan Ticer yang buka topik so Ticer mula dulu taaruf session ni…



  • Nama sebenar: Wan Soidah bt. Wan Ahmad Sipiyudin. Nama panggilan Wan Cute
  • Umur  : 27 tahun pada 23 September nanti
  • Negeri asal: Kedah Jelapang Padi
  • Sudah bekerja sebagai seorang guru di Lawas, Sarawak 

Ok dah… sekarang ni giliran korang pulak.. harap sudi la yer.. rasa tak kena pulak ziarah sana-sini tapi tak tau nama jiran tetangga…

:.. Jom la kita ber-taaruf supaya silaturrahim kita makin mantop..



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, July 5, 2011

Apa yang Ticer dapat dari blog?







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, July 3, 2011

...............

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kenapa saya berserabut pulak  hari  ni? boleh pulak saya salah faham dengan seorang adik  yang sangat baik dengan saya... padahal sebelum ni saya tak pernah pun salah faham dengan dia...  

Apapun kat sini akak dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan akak.. memang akak salah faham pun tadi... maaf sangat-sangat... huhu...

:.. Haishh rasa susah hati bila dah buat salah kat orang ni... 


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, July 2, 2011

Lari-lari 'chicken'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Huhuhu...pepagi kena ke sekolah.. hari ni semua sekolah seluruh Malaysia sertai Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, June 25, 2011

Jom melepak-lepak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Begitulah awan nano nano nano nano nano nanooooo.... *iskk layan baikk pulak lawak Jozan malam tadi* kalau ustajah mama tengok anak dia ni ketawa mengekek-ngekek malam tadi mesti kena marah.. huhu tak dapek nak tahan kegelian hati..

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan