Showing posts with label SMS. Show all posts
Showing posts with label SMS. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Boleh pulak camtu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru lepas memvakum sawang kat blog... lama tak BW.. fb pn jarang-jarang sudah... poyo je...  Semalam ada in house training pasal kursus yang Ticer pegi last week.. pehh gabra oo nak mem-present kat cikgu-cikgu hebat.. tapi bedal je la..

Ok. Done! Sebenarnya lama nak berkisah pasal ni... tapi tak berkesempatan nak menaip. Kisah tentang sorang kawan yang bakal berkahwin.. Ticer namakan dia sebagai F.. ada satu malam tu dia dapat mesej dari someone.. and of course lelaki.. that guy tanya khabar dan disebabkan dia menganggap lelaki itu sebagai kawan maka dia pun jawab la seadanya..

Lelaki tu tanya lagi status dia sekarang..dan F dengan jujurnya pun beritahu yang dia bakal berkahwin tak lama lagi.. That guy emm Ticer namakan dia sebagai Amitabh Bachan..cewahh tetiba masuk Bollywood plak.. AB ni ucap tahniah la tapi yang tak best bila sampai SMS terakhir dia...

“Saya doakan awak bahagia...tapi kalau awak tak bahagia...saya ada kat sini,” boleh camtu?  Suami orang dah kot..perlu ke cakap cenggitu? Sebenarnya tak kisah apa status pun tapi perlu ke cakap macam tu?

Bertitik tolak kejadian tu kawan Ticer terus tak balas SMS dah... dia kata sangat menyesal sebab balas SMS tu... Ticer nak salahkan dia pun tak boleh la kan..benda tu mana kita jangka nak jadi... 

:.. Doa yang baik-baik sudah.. benda lepas letak tepi la.. dah tertulis awak bukan jodoh F.. terima je la.. *emo plak tetiba ni pehal...?* choiii


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, September 12, 2011

SMS cinta sayang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Petang tadi dapat SMS cinta sayang... ewww mesti geli kan korang baca statement tak leh blah Ticer tu...

Ni haa SMS nye

Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011 semua pembelian reload dan pack permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenan

Ahaks! Korang dapat SMS cinta macam Ticer ni?

:.. Baru lepas nengok Cave of the Golden Rose.. dulu tengok serius je... bila tengok tadi bleh plak tergelak-gelak... hohoho.. ni entri tak de idea namanya... tapi jari gatal nak menaip


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, June 19, 2011

Sapa nak? angkat tangan macam sayer....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ampun dan maaf berlori-lori sebab tak membalas jejak kasihan kengkawan yang sudi menjenguk di sini.. busy sikit..

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan