Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru lepas meeting... kena sediakan borang pendaftaran
dan sistem permainan untuk sukan hujung tahun... Ticer kena handle bahagian Bola Baling.. well biasalah
tetap dan berpencen... kuikuikui... perasan ya amat la dia ni...
Korang dan tengok ke cerita Hantu Bonceng? Masa tengok
iklan tu Ticer sebenarnya teringin nak tengok... ye lah dah nama pun cerita
kelakar kan... tapi selepas baca pasal benda yang dipermainkan
sewenang-wenangnya Ticer rasa hilang sudah mood nak nengok cerita tu.. Ada
jugak Tanya kawan Ticer yang nengok cerita ni tapi dia kata tak de pun apa yang
disebutkan tu.. hmmm ye ke tak de? Or mungkin tak perasan...
Kenapa dipermainkan kalimah syahadah itu? Kesan dari tindakan itu? Boleh gugur syahadah biarpun ia sekadar lakonan...
Apa perkataan yang dia gunakan? Rasanya korang mesti dah tau kan perkataan apa
yang digunakan dalam filem tu... sedih kot Muslim sendiri mempermainkan
Islam... kalau dah orang Islam sendiri pun tak sensitif isu ni apa lagi orang
yang bukan Islam yang menunggu masa untuk menjatuhkan Islam...
Apapun korang boleh tengok kat SINI dan SINI. Isu ni mungkin
akan dilupakan setelah selesai tayangan filem ini... namun benda serupa akan
berulang sebab tiada tindakan yang diambil biarpun dah banyak yang bersuara
pasal benda ni... Islam agama suci kenapa dikotorkan dengan penghinaan
sebegitu?
:.. Banyak lagi benda lain untuk gurauan kenapa isu agama jugak yang
dipermainkan? Sangat tak sensitif... tak takut ke bila berdepan dengan Dia
nanti? Lagi satu, bergurau pun ada caranya bukan ikut sesedap rasa saja...

