Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah"
Ilmu yang kita perolehi tak kira dalam bidang apa sekalipun memang sepatutnya dipraktikan tetapi kalau ilmu yang diamalkan dengan cara yang salah itu namanya GILA dan SIA-SIA
Baru-baru ni gempar seketika FB hot fm di-hack... diikuti dengan Fafau punye FB. Dan sorang lagi mangsa terbaru ni ialah penyanyi bermata bulat iaitu Nur Heliza Helmi.. FB dia pun dah di-hacked jugak.. dah kecoh-kecoh dah kat fb tu pasal page dia... apa la nak jadi sekarang ni... hack meng-hack ni macam budaya pulak kan... macam dah seronok pulak dorang nak hack orang... ilmu memang mantop tapi salah guna la pulak... untuk apa orang itu hack/godam fb orang lain? nak menunjukkan bahawa orang itu punya ilmu hebat yang mampu mengakses akaun orang lain?
Saya sempat membaca post dari seorang blogger iaitu Izamir Ridzwan pasal hack meng-hack ni... sekarang ni blogger juga terdedah dengan penggodam tak bertauliah ni (ehh penggodam ada tauliah ke?)... saya tak pandai nak ulas pasal godam menggodam, hack meng-hack ni.. Pada kengkawan sama-samalah kita beringat.. janganlah kita pulak yang menjadi mangsa tangan-tangan tak bertanggungjawab itu...
Terfikir jugak...kenapa kerja yang tak elok ini jugak yang dorang nak buat? Matlamat tak pernah pun menghalalkan cara...
:.. Teacher suka gula-gula hacks jer...
2 geng suka bebel:
Sebenarnya penggodam ni ada dua jenis Ticer Wan.
1) Hacker
2) Cracker
Hacker ni baik. Dia hack dalam satu-satu sistem itu bersebab. Mungkin untuk test keselamtan sistem itu.
Cracker ni yang jahat. Dia kalau masuk memang berniat untuk memusnahkan sesuatu sistem. Contoh seperti 1Malaysia.com yang pernah jadi mangsa sehingga down habis. RTM punya website pun sama gak pernah kena.
Ek..? ohh ok2... tq 4 the info... now i know... tapi rasanya tak patut gak kot wat benda alah tu..eheh..pandangan je la.. sebab macam menyusahkan orang lain... nampak sangat Ticer ni 'rabun' kan? ahaks!
Post a Comment