Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Riak ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Berpuasa 6 bagi yang masih berpuasa. Yang dah lama dah habis tu tahniah. Apa nak cerita ntah.

Ok. Masa dalam puasa baru ni selalu terbaca viral pasal update itu riak…upload gambar itu ini riak..pendek kata semua riak la. Ramai yang share.. Ticer? Masih berkira-kira nak share tapi tak share pun sebab rasa macam cepat sangat nak cop orang riak kan..macam kita baik sangat. Apa salahnya kita positif sikit. Ada perkongsian dari teman-teman kita tu yang dapat salurkan maklumat pada kita. Sapa tau kan…

Contohnya…macam ticer dulu anak 1st memang zero bab sediakan stok susu..bab pumping session tapi bila tengok kawan upload dan update pasal penyusuan beserta gambar-gambar yang ada terus ticer mesej dia tanya..mintak tips camna nak buat.. takkan bila kita tengok kawan kita berjaya dalam penyusuan anak kita nak kata dia riak sebab share rahsia kejayaan dia?

Macamtu jugak kalau kawan upload gambar pi makan sana sini..mungkin niat dia nak share ada banyak tempat makan menarik yang boleh kita pi kalau kita lapang. Nak tau kat mana kena la tanya tuan punya yang upload gambar tu.. kan?

Kalau ada teman kita pos pasal anak-anak dia kita boleh tanya cara nak didik anak ikut acuan agama.. ini tidak kalau kawan-kawan pos pasal anak semua riak..tapi kalau selebriti ke personality yang diminati update status pasal ni ok plak kita share kan? Siap tag kawan-kawan yang lain lagi.. 

Banyak lagi benda yang kita boleh ubah pemikiran kita. Siapa kita nak kata orang tu riak orang ni riak..hebat sangatkah kita? Urusan riak atau tak tu urusan dia dengan Maha Pencipta.. bersangka baik itu lebih mulia kan..? asalkan dia tak upload/ update lebih-lebih bagi ticer tak menjadi masalah pun.. apapun kena berpada-pada la.. jangan sampai apa yang kita update dan upload tu mengundang bahaya pulak pada kita.

Ada bermacam-macam status dan gambar dari teman-teman yang kita boleh pusing dari negative kepada positif. Gamak tak tahan sangat unfollow je kawan tu atau hide je status yang mengganggu hati dan emosi kita.. J

Ni cuma pendapat dan pandangan Ticer.. nak setuju ok tak nak setuju pun ok..masing-masing punya pilihan kan..?


:.. Selfie takpa jangan selfish.. ;)

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, November 16, 2013

Tak dapat semua A bukan bermaksud gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Khamis lepas pelajar tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR dorang. Ada yang seronok ada yang sedih. Normal. Yang tak dapat 5 A bukan bermaksud anda berada diambang kegagalan.

Ticer amik UPSR tahun 1996. Masa tu 4 papers je.. tu pun dapat 3A je.. sedih memang la sedih.. sebab boleh dikatakan harapan cikgu-cikgu la jugak. Tapi sampai bila nak sedih kan? PMR? SPM? Semua tak mencapai target pun. Tapi syukur Alhamdulillah berjaya dalam hidup. Masuk U? pointer cukup-cukup makan je.. orang lain dapat anugerah dekan Ticer senyum dari jauh. KPLI? Tak de la cemerlang pun. Tapi hidup tetap diteruskan.

So..pada kawan-kawan yang ada anak yang baru amik UPSR sekiranya anak-anak tidak mencapai target 5A usahlah mereka disalahkan. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk berjaya namun kejayaan mereka masih tertunda. Apa yang penting kita bagi moral support kat dorang untuk terus berusaha. Selitkan sedikit pengisian yang boleh mendekatkan mereka dengan Allah. J

Jangan kita lupa kejayaan dan kegagalan merupakan satu ujian.


:.. Gagal atau berjaya bersyukurlah pada Ilahi.. Kerana Dia berkuasa atas segalanya J Yang berjaya jangan riak yang gagal jangan terus-terusan bersedih. 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, February 27, 2012

Bergambar berdua time bertunang @ sebelum kahwin... boleh ke tak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terbaca status ini di FB

Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini.

Status ini di copy sepenuhnya dari SINI...


carian Google

So bagi bakal-bakal pengantin yang belum ada status halalnya lagi berhati-hati la... kat atas tu bukan kata-kata Ticer tapi kata-kata dari orang yang berilmu.. bergambar berdua dengan lelaki bukan mahram tanpa ikatan yang sah adalah dilarang... nak bergambar berlebihan tunggu lepas akad ijab qabul ye..

Jaga diri dan maruah kita okeh? Jaga juga agama kita yang suci ini.. J jangan disebabkan kita nak mengikut trend semasa hukum hakam tergadai... Jangan pula melenting bila ada insan yang prihatin menegur perbuatan yang salah itu... bukan maksud dia nak menjaga tepi kain anda tapi sebab dia terlalu concern pasal anda dan nak menjaga anda dari tergelincir dari landasan yang benar... J

:.. Tak bergambar berdua time bertunang pun tak da salahnya.. manis lagi ada la.. menjaga syariat... pertunangan bukan tiket untuk berlebihan... J tunggu nikah dulu okeh...? Kesian la pada mak ayah kita okeh...



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, February 17, 2012

"Alaaa tak best la tak tiup-tiup lilin"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

“Happy Birthday to u... happy birthday to u... happy birthday to Ismet Ulam Raja.. happy birthday to u..”

Pernah nyanyi lagu ni? Banyak versi.. ada dalam pelbagai bahasa... biasa la kan kita nyanyi-nyanyi lagu camni kan... salah ke  nak sambut birthday? Ehh tak da salah la... siapa kata salah nak sambut birthday.. tapi sedar tak dalam keghairahan menyambut hari lahir tu kadang-kadang kita terjebak dalam adat-adat/ kebiasaan yang tanpa kita sedari melanggar ajaran agama... apa dia? Tiup lilin dan make a wish sebelum tiup lilin...

Ticer pernah berada dalam satu jamuan birthday.. sebenarnya tu surprise party untuk diri sendiri la.. tapi memang tak ada lilin semua tu sebab kengkawan Ticer tau yang Ticer tak suka acara tu semua... bukanlah nak membangga diri sebab tak tiup lilin.. bukan nak bajet bagus... tapi ustat baba melarang Ticer dari terjebak dalam benda-benda macam tu.. mula-mula dulu macam tak puas hati.. ustat baba kata bukan cara orang Islam sambut macam tu... dalam tak puas hati tetap jugak ikut cakap.. namun tetap meneruskan pencarian bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. (aduii ayat..hebat sangat)



Selepas beberapa ketika bila dah ada akses internet ni laju la sikit mencari... banyak pendapat mengatakan cara itu ditegah kerana mengikut budaya bukan Islam kerana kek dilambangkan sebagai dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam... apabila lilin itu ditiup maka terpadamlah cahaya Islam...

Macam tu jugak dengan perbuatan ‘make a wish’ sebelum tiup lilin. Kenapa perlu pohon hajat macamtu?  Sepatutnya kita perlu memohon hajat kepada siapa? Hmmm... adalah lebih baik kita ubah konsep sambutan hari lahir dengan menyanyi dan meniup lilin tu kepada majlis kesyukuran dan doa selamat sebagai tanda kita bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ini...

Klik sini dan sini untuk baca... kalau ada yang tak setuju dengan pendapat ini semua apa daya.. Ticer sekadar berkongsi apa yang telah dibaca dan telah diberitahu oleh ustat baba Ticer... tepuk dada tanya iman... 

:.. Dalam cerita Melayu bersepah buat birthday macam ni... dah tu cammana umat manusia yang lain tak ikut..? kita mampu mengubahnya... jom kita kembali kepada syariat Islam yang sebenar... tak rugi pun..malah beruntung sangat-sangat.. J




Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, October 11, 2011

2 perkara yang mudah tapi susah... ayuh kita!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pindah je sini terus tak de masa nak belek blog.. I’ll try to respond to some questions that had been posted in previous entry... Blog Ticer dah tak meriah.. hee macam kemalasan nak update lak..

Untuk malam ni Ticer nak sampaikan (cewah cam penceramah) satu tazkirah yang bertajuk “Langkah Memburu Kemanisan Iman”..


Ingat 2 perkara
  • Kebaikan orang pada kita
Kita perlu sentiasa ingat kebaikan yang telah orang lakukan pada kita biarpun ia sekecil kuman... Andai mampu balasilah kebaikan itu dengan budi yang setimpal/ lebih.. Yang paling utama ialah kita perlu ingati segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita dengan cara sentiasa bersyukur. Boleh rujuk pada surah Dhuha:11
  •  Kesalahan kita pada orang 
Kita perlu selalu ingat salah kita pada orang agar terdorong untuk meminta maaf. Dengan cara ini dapat membuahkan rasa kasih-sayang sesama manusia. Paling utama; perlu ingati segala kesalahan dan dosa kita pada Allah. Dengan cara itu dapat menimbulkan rasa insaf , takut dan menyesal = bertaubat.

Lupakan 2 perkara
  • Kebaikan kita pada orang
Jangan mengungkit. Sikap tersebut boleh mebatalkan amal. Paling penting lupakan
segala ibadah yang kita lakukan kerana ia boleh mencalarkan keikhlasan... ye la kita
perlu beribadat dengan ikhlas kan... itu merupakan tanggungjawab kita sebagai 
seorang hamba.
  • Kejahatan orang pada kita
Anggaplah tiada siapapun yang melakukan salah pada kita. Dengan ini kita dapat mengelakkan rasa marah dan dendam. Apa yang penting kita perlu lupakan segala ujian, musibah/ malapetaka yang melanda kita. Semua itu dugaan buat kita dari Allah Taala untuk menguatkan lagi keimanan kita...

:.. Mampukah kita? Jom sama-sama berusaha...  

Dicedok dan diolah dari Majalah Solusi


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, September 30, 2011

Rahsia ini.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

6 perkara yg ALLAH rahsiakan

::Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
::Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
::Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
::Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadan.
::Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
::Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Wallahua'lam


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 10, 2011

"I memang berdendam dengan u, tau tak?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Awal pagi lagi dah terpacak kat kelas.. memberi sentuhan kecundang terakhir buat anak-anak.. membuat sedikit ulangkaji ekspres bersama anak-anak yang bakal menduduki UPSR Selasa ini... Gabra dehhh...  Maaf entri kali ni terlalu panjang... kalau tak larat baca bleh skip yer.. J

Apa yang korang faham dengan perkataan DENDAM? Rindu dendam tak termasuk ye... hihihi... pernah tak korang terlibat dalam perasaan ni? Cewah soalan.. ye la kadang-kadang benda tu dah lama jadi tapi still tak leh lupa.... contoh la dalam pekerjaan, kita ni buat paperwork bagai nak rak bila submit je pihak atasan reject on the dot..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... hohoho tapi bila sorang kawan kita ni submit paperwork  terus diterima tanpa bantahan...  Terus kita rasa marah meluap-luap hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Cewahh.. ehh ni bukan kisah Ticer la.. contoh je la.. haishhh korang ni mula la nak bergosip tu..


Dendam- suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, dipendam secara rahsia oleh seseorang. Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam bolehkah perasaan dendam ni? Jawapannya TIDAK.. Dendam itu berdosa...

Mengikut kajian, kita hanya marah untuk tempoh 4 ½ minit sahaja.. andai marah itu masih bersisa untuk berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan maka kita sudah terejerumus ke kancah dendam.. ini menurut kajian psikologi ye tuan-tuan puan puan sekalian.. bukan kajian Ticer sebab Ticer tak pandai nak mengkaji bahan-bahan cenggini

Punca-punca dendam:

  • Luka dalam hati yang mendalam
  • Rasa teraniaya
  • Enggan memaafkan
Ini dikatakan punca kenapa kita berdendam.. bila adanya perasaan ini bermaksud hati kita masih kotor dan jiwa masih gelap. Pastu segala kerja kita akan terbengkalai dek perasaan ni.. bila dah terpendam lama dalam hati dendam ni merebak dan terjadilah dendam kesumat.. disebabkan dendam ada yang sanggup berbunuhan tau... caya tak?

Cara elakkan dendam?
  • Sucikan jiwa dan hati nurani- banyakkan solat sunat taubat dan amalam-amalan yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. Dengan mengingati Allah hati kita akan tenang...
  • Minta maaf dan memaafkan serta redha atas apa yang berlaku. Kita pun banyak buat silap kat orang..ye dak? So kena redhalah bila orang buat silap kat kita.. tapi tak tau la kalau ada orang yang rasa diri dia tak pernah langsung buat silap kat orang kan... tapi ada ke orang camtu?
  • Cari hikmah disebalik kejadian. Biasanya untuk mendapatkan sesuatu kebaikan Allah akan uji hamba-Nya dengan satu musibah...
  • Berjumpa dengan pakar : kaunselor, ustaz/ustazah apabila perasaan makin teruk.. sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jalan penyelesaian.
  • Berkawan dengan orang yang positif supaya kita menjadi positif. Elakkan berkawan dengan seseorang yang menjadi batu api. Macammana nak tau seseorang tu batu api/ tak? Apabila dia sentiasa mendorong kita melakukan sifat yang tak elok.. sebagai contoh meneruskan perasaan dendam kita terhadap seseorang.
  • Bersifat matang dalam pemikiran. Fikiran yang matang ialah fikiran yang rasional bukan yang dikuasai oleh emosi. Apabila kita dikuasai emosi mulalah kita rasa sukar untuk melupakan kesilapan seseorang itu walaupun ianya kesalahan yang damit (kecil).
  • Berbincang dari hati ke hati. Contohnya Ticer rasa sakit hati sangat dengan Fasha Sanda sampai dengar nama dia je Ticer bleh migrain. Untuk mengelakkan benda ni dari berterusan menguasai diri, Ticer boleh je jumpa dia dan berbincang dan cerahkan kembali apa yang suram.. mana la tau itu semua hanya salah faham je kan.. mungkin dengan ini perasaan dendam akan terhapus dengan sendirinya.. J
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita tetapi janganlah sampai mendendaminya. Jernihkan hati kita.. lemparkan senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu. Dan apa yang penting jangan putuskan tali silaturrahim antara kita dan dia. 

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]

:.. Jom bersalam-salaman memohon ampun maaf... moga segala perasaan sakit hati dan dendam terhapus... jangan tunggu nak raya baru nak minta maaf dan memaafkan orang... okeh?


  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, September 8, 2011

Disebalik lafaz itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernikahan dan perkahwinan- satu ikatan yang menghalalkan hubungan lelaki dan wanita dengan lafaz akad nikah...


 “Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dengan mas kahwinnya RM..”



Itu yang tersurat. tersirat?

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”

Berat tanggungjawab suami ni kan? Sama-sama renungkan...

:.. Nak menjadi isteri yang menyejukkan mata dan hati sang suami... *blushing* tetiba

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 17, 2011

Tazkiyatun nafs- Penyucian jiwa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukran jazilan atas doa dan hadiah korang untuk arwah bapa sedara Ticer..


Hari ni tak ada nak cerita apa..  Cuma nak tepek sedikit tazkirah untuk renungan bersama...

Jika ingin memuhasabah diri,
tanyalah diri sendiri apa kesalahan yg dilakukan,
kaji sedalam-dalamnya keburukan diri,
bukan semakin muhasabah diri,
semakin banyak kesilapan org lain yg ditemui,
semakin buruk org itu di mata kita,
kerana kita hanyalah manusia biasa,
punya nafsu yang sentiasa mensajikan kenikmatan duniawi,
yang baik utk dunia tp buruk utk akhirat...



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, August 11, 2011

Jom renungkan....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Sedikit perkongsian di Ramadhan ke 11

‎"Setiap sesuatu itu ada bencananya. Bencana ilmu adalah lupa. Bencana ibadah adalah kemalasan. Bencana kecerdasan adalah ujub (merasa bangga terhadap kecerdasan yg dimilikinya). Bencana penampilan menarik adalah bualan. Bencana dagang adalah bohong. Bencana dermawan adalah keborosan. Bencana keindahan adalah kesombongan. Bencana agama adalah riya'. Bencana Islam adalah hawa nafsu." [Abdullah bin Abbas].

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Apabila aku solat semua yang fardhu (yang wajib / solat lima waktu) dan puasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan tidak lebih dari itu, apakah aku bisa masuk syurga?" Nabi S.A.W menjawab, "Ya." (HR. Muslim)





:.. Renung-renungkan dan selamat beramal… J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 3, 2011

Sekejap tutup sekejap buka?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bulan puasa ni macam-macam plak yang Ticer dapat… adoii.. tapi tak pe la harap apa yang Ticer dapat tu menjadi satu peringatan buat Ticer.. hmm..kita ni sentiasa di duga.. jadi kena kuat untuk harunginya.. Ehhh bukan isu KFCM tu la… ni cerita lain… isu KFCM tu tak nak amik tau… cewah…padahal???
Sebelum tu…selamat menunaikan ibadah tarawih.. Ticer wat kat rumah je.. tak de trasport nak g mesjid.. 


Pelik sebenarnya.. orang lain berpusu-pusu nak tutup kenapa ada segelintir nak buka… Apa yang tutup? Apa yang buka? Aurat la… ada orang berubah, tutup semuanya, pakaian dah sopan.. tapi ada seorang ni plak dari tutup elok-elok dah mula buka sikit-sikit.. dah pakai serkup ala-ala CT dah baju mula ketat-ketat dah.. rasa malu sebab rata-rata orang dok tepek gambar perubahan dia tu.. kenapa bleh jadi camtu? Hmm…

Ini bukan Ticer..ahaks!
Heliza Helmi- artis bertudung yang suka
beri tazkirah.. :)
Apapun doakan moga dia bertemu kembali jalan yang sebenarnya.. tak payah keluarkan fatwa sendiri bila melakukan perubahan macam tu.. matlamat tak pernah menghalalkan cara.. bertudung tetap relevan di mana saja… Apa yang Allah tetapkan itu yang perlu kita laksanakan.. jangan kerana mengejar glemer hukum Tuhan diketepikan.. J
:.. Ada Nampak macam Ticer bergosip tak? Tak terniat.. Cuma berharap Ticer dan rakan muslimah yang lain tetap istiqamah dalam menutupi aurat kita.. jangan kalah dengan dugaan dunia.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Indahnya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam keluar gi bazaar Ramadhan. Dalam perjalanan balik ke kuarters kawan sempat berkongsi cerita mengenai temannya.. bukan ngumpat yer… perkongsian cerita yang buat Ticer rasa betapa agungnya kuasa Allah…
Kawan kepada kawan Ticer ni emmm Ticer namakan Linda… dia merupakan bukan Islam.. dia memang suka bersosial… pada satu hari tu dia cakap kat kawan Ticer ni dia tersuka pada sorang lelaki yang belajar satu tempat dengannya.. Selain itu, dia tercari-cari agama yang sesuai dengannya.. kesempatan mengenali lelaki itu digunakan untuk bertanya segalanya tentang Islam.. Alhamdulillah lelaki yang dikenali itu sangat arif dalam agama.. Kawan Ticer sebenarnya tak tau pun yang dia banyak bertanya pasal Islam pada lelaki itu…



Kemudian setelah persoalan tentang Islam sudah terjawab dia nekad untuk memeluk Islam.. pegi je Pejabat Agama pegawai disitu memula suruh balik sebab tengok muka dia macam bebudak.. puas dia terangkan baru pegawai tu percaya.. pegawai tu mintak fikir bebetul sebab bab-bab agama ni bukan boleh dijadikan mainan.. then dia bertegas yang dia serius… Dia cakap selesai saja lafaz syahadah jiwanya tenang sangat-sangat… pehh masa ni Ticer dah bergenang air mata.. rasa agungnya kuasa Tuhan…
Then, dia cerita lagi masa di rumah dia curi-curi solat tapi ibunya dapat tau juga akhirnya.. ibunya memang menghalang… tapi akhirnya selepas baca coretan darinya ibunya berlembut hati.. dalam surat tu dia tulis dia takan tinggalkan ibunya biarpun dia sudah Islam.. buktinya sehingga saat ini dia masih berada dengan ibunya biarpun dia dah Islam… Dari situ ibunya berubah hati dan menerima agama anutan anaknya ini…
Nak dijadikan cerita lagi satu hari lelaki yang dikenalinya dulu datang ke rumah berjumpa keluarganya dan menyatakan hasrat hati untuk melamarnya… dan dia terus menerima padahal mereka tak pernah bercintan cintun pun.. keluarganya menerima lelaki itu dengan tangan terbuka.. Ayahnya tidak menghalang.. bagi ayahnya asalkan anaknya jadi orang beragama itu sudah baik baginya…
Keluarga lelaki itu juga menerima Linda dengan baik.. insyaAllah hujung September nanti mereka akan diijabkabulkan… J

:.. Syahdu rasa dengar cerita camni… terasa bahagianya seseorang bila mendapat hidayah Allah… 

p/s maaf terpanjang plak entri ni



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, August 2, 2011

Sudah-sudahla menjadi hakim tak bertauliah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Malam tadi tak dapat tido setelah mata terkelip beberapa lama… dalam kul 3 cenggitu baru lelap… bangun pun lewat.. sahur? Hmmmmm terlepas.. hukhuk… tak pe la.. tak sengaja…

Dua hari berturut (ehh ye ke) rata-rata sibuk bercerita pasal pasangan tersebut.. korang dah sedia maklum kan.. sampai jadi hot topik dalam satu forum. Tetiba je bleh join baca plak komen-komen tu.. dah tergelak-gelak dah Ticer.. gelak here bukan bermaksud Ticer bertepuk tangan atas perpisahan dorang.. tapi gelak sebab kesengalan ayat dari forumer semua.. ada yang sokong si dia ni ada yang sokong si dia tu.. dan ada yang tak sokong sesiapa..


Pada pandangan Ticer…berhentilah membuat ulasan/ menjadi hakim dalam isu ni.. pengetahuan kita terbatas dan kita tak tau duduk perkara sebenar pun.. Hanya Dia dan mereka terlibat yang tahu situasi sebenar.. ye dak?  
Then..hentilah mengutuk melalui Twitter dan FB.. makin anda kutuk makin terserlah sikap anda yang sebenar.. maruah diri perlu dijaga (nak-nak plak kita ni perempuan yang ayu dan sopan gittew)..dan aib orang jugak perlu dijaga.. tak kisah la sejahat mana pun orang tu aib jangan dibuka.. andai kita menjaga aib orang nescaya Allah menjaga aib kita pula (betulkan andai saya silap)


:.. Akhir kata… majulah sukan untuk negara..ehh tetiba je kan? Percayalah pada ketentuan Allah… apa yang berlaku ada hikmah yang besar di akhirnya.. kalau kita mengutuk bagai pun kita yang penat.. dosa siapa dapat? Rugi je tau… Serahkan pada-Nya.. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut kan ditangan Tuhan.. ambil lah berkat Ramadhan ni untuk sama-sama bermuhasabah diri...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 15, 2011

Sedikit buah tangan untuk korang :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam ni Ticer terpaksa beransur awal.. mintak maaf yer tak sempat ber-blog walking.. agak keletihan dan tidak sihat.. *sokmo tak sihat*

Sebelum menutup mata… Ticer letakkan satu video untuk tatapan bersama… lihatlah keletah anak kecil yang bijak ini.. dan lihatlah setiap jawapan yang diberinya…


:..Mengingini anak bijak seperti ini… J



Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, July 13, 2011

Pernah dengar cerita ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah masih dilimpahi kurniaan yang tak terhingga sampai sekarang…

Erk.. tumpang tanya… pernah dengar nama Galilee Lake / Tasik Galilee tak? Okey mana-mana yang tau Alhamdulillah… mana-mana yang belum tau silalah berbuat demikian pada Encik Google di kaunter sebelah yer…

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, July 9, 2011

Saya punya suka la nak update apapun.. apsal nak sentap?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tak de idea nih.. tapi tangan gatal nk menaip… rasa-rasanya nak sentuh bab laman sosial sket.. bleh? FB ke Twitter?

Mana-mana la… FB boleh, Twitter bleh, apa-apa yang namanya jaringan sosial semua memainkan peranan yang sama…

Ini space saya so saya punya pasal la nak update apa kan? Nak sentap lebih-lebih apsal? Hoho.. biasala kan.. benda tu memang selalu ada… Dalam Melodi bila entah seorang artis pun keluarkan kenyataan lebih kurang cam ni jugak... sapa-sapa yang keluarkan kenyataan cam ni memang retiss le tu... hik3..sori yaa gurau-gurau saja.. 

Nak update apapun update la.. awak rindu dia ke.. tak sabar nak balik raya ke… awak jatuh parit ke... tapi ada topik yang tak sepatutnya di open-kan.. sebab takut terjadinya sesuatu yang tak elok selepas di-update…

Topik apa? Ermmm… Tak tau la… Ticer malas nak ulas kat sini… banyak sangat topik yang tak berapa sesuai untuk diketengahkan.. *psst masalah rumah tangga ehh?* haha bukan masalah rumahtangga je banyak lagi hal-hal lain yang tak patut di-update... sama-sama kita fikir.. 

:.. Fitrah manusia memang suka bercakap tentang hal org lain. Ingatlah sahabat semua,tidak akan masuk syurga org yg berbuat demikian. (erkk suka pulak kata-kata ni..sebagai ingatan untuk diri sendiri) - taken from HERE- 




p/s: Twitter Ticer baru baper kerat yang follow... korang tak nak follow? ihiks


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 8, 2011

Hukum memakai contact lense bewarna dan braces gigi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Fiuu rasa cam ustazah pulak bila ditanya soalan oleh seorang blogger pada Ticer..


Ticer bukanlah orang yang arif sangat.. Apapun Ticer cuba kongsikan apa yang Ticer dapat dari pembacaan dan pencarian Ticer..

Hukum memakai contact lense bewarna ni ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak.. Sebab apa tidak boleh? Sebab dikatakan mengubah ciptaan Tuhan.. sebab apa boleh? Sebab ia bukan berunsur kekal.. ok ni kupasan lebih lanjut pasal tu..

Hukum Penggunaan Kanta Sentuh

Soal: Apakah hukum menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan?

Jawab:
Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh berwarna untuk tujuan perubatan jika tiadanya sebarang mudarat terhadap mata dan tidak termasuk dalam pembaziran, kerana kadangkala harga sesetengah kanta sentuh agak membebankan (mahal) sedangkan seseorang tidak memerlukannya.

Adapun jika ia membawa unsur penipuan, iaitu samada ia seolah-olah mempunyai penglihatan yang baik atau warna matanya cantik maka tidak dibenarkan penggunaan kanta sentuh berwarna ini. Adapun jika dipakai untuk suaminya atau ahli keluarga di rumahnya dan tidak memudaratkan serta tidak berlaku pembaziran maka tidaklah mengapa.

Hukum Menggunakan Kanta Sentuh untuk Berhias

Soal:
Apakah hukum memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias?

Jawab:
Memakai kanta sentuh untuk tujuan berhias adalah dibolehkan, jika tidak terdapat unsur penipuan dan tidak berhias di hadapan lelaki ajnabi, serta tidak mendatangkan mudarat, kerana kaca mata yang dipakai oleh seseorang yang tidak perlu memakai kaca mata boleh memudaratkan mata seseorang. Oleh itu kami menasihatkan agar menjauhinya sekiranya ia boleh memudaratkan. Menolak fasad itu didahulukan daripada mendatangkan maslahah.

Tiada Kesan Kanta Sentuh ke atas Puasa

Soal:
Adakah terbatal puasa dengan memakai kanta sentuh?

Jawab:
Kanta sentuh tidak membatalkan puasa kerana tiadanya kaitan di antara keduanya, puasa ialah menahan perut (lapar) dan kemaluan (jima'), dan kanta sentuh tidak berkaitan dgnnya.

Kanta sentuh tidak termasuk dalam perkara yang mengubah ciptaan Allah

Soal:
Adakah memakai kanta sentuh itu haram kerana sesetengah ulama' telah berfatwa ianya mengubah ciptaan Allah?

Jawab:
Tidak mengapa memakai kanta sentuh berwarna dan syara' juga membenarkan warna rambut diubah selain hitam dan tidaklah itu mengubah ciptaan Allah. Begitu juga dengan perihal 'menyaluti' mata denga kanta tersebut adalah untuk mengekalkan ciptaan Allah yang asalnya.

Kanta Sentuh - Mandi & Wudhu'

Soal:
Adakah kanta sentuh memberika kesan terhadap mandi dan wudhu' seseorang? Saya memakai kanta sentuh dan adakah dibolehkan jika saya memakainya ketika mandi junub?

Jawab:
Tidak diwajibkan sampainya air hingga ke dalam mata ketika wudhu' dan mandi. Tidak perlu menanggalkannya ketika mandi atau wudhu'.

Sumber: IslamWeb  RUJUK SINI

(Andai ada kesilapan minta dibetulkan sebab Ticer cuma insan biasa yang tak terlepas dari salah)

Untuk braces/ pendakap gigi pula ni pendapat yang Ticer ambil
“Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.”

Maklumat lanjut pasal braces boleh rujuk SINI

:..Maaf andai tersilap menyalurkan maklumat.. minta dibetulkan segala kesilapan.. harap maklum J








Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan