Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera...
Pindah je sini terus tak de masa nak
belek blog.. I’ll try to respond to some questions that had been posted in
previous entry... Blog Ticer dah tak meriah.. hee macam kemalasan nak update
lak..
Untuk malam ni Ticer nak sampaikan
(cewah cam penceramah) satu tazkirah yang bertajuk “Langkah Memburu
Kemanisan Iman”..
Ingat 2 perkara
- Kebaikan orang pada kita
Kita perlu sentiasa ingat kebaikan
yang telah orang lakukan pada kita biarpun ia sekecil kuman... Andai mampu
balasilah kebaikan itu dengan budi yang setimpal/ lebih.. Yang paling utama
ialah kita perlu ingati segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita dengan
cara sentiasa bersyukur. Boleh rujuk pada surah Dhuha:11
- Kesalahan kita pada orang
Kita perlu selalu ingat salah kita
pada orang agar terdorong untuk meminta maaf. Dengan cara ini dapat membuahkan
rasa kasih-sayang sesama manusia. Paling utama; perlu ingati segala kesalahan
dan dosa kita pada Allah. Dengan cara itu dapat menimbulkan rasa insaf , takut
dan menyesal = bertaubat.
Lupakan 2 perkara
- Kebaikan kita pada orang
Jangan mengungkit. Sikap tersebut
boleh mebatalkan amal. Paling penting lupakan
segala ibadah yang kita lakukan
kerana ia boleh mencalarkan keikhlasan... ye la kita
perlu beribadat dengan ikhlas kan...
itu merupakan tanggungjawab kita sebagai
seorang hamba.
- Kejahatan orang pada kita
Anggaplah tiada siapapun yang
melakukan salah pada kita. Dengan ini kita dapat mengelakkan rasa marah dan
dendam. Apa yang penting kita perlu lupakan segala ujian, musibah/ malapetaka
yang melanda kita. Semua itu dugaan buat kita dari Allah Taala untuk menguatkan
lagi keimanan kita...
:.. Mampukah kita? Jom sama-sama
berusaha...
Dicedok dan diolah dari Majalah
Solusi
11 geng suka bebel:
hai ticer! lama tak dtg sini..hehe..sehat?
ca suke entry ni sebab hany perlu 2point (kejahtan dan kebaikan) tp dlm situasi yg berbeza yg akan mmbentuk peribadi kita.. :) suke3
InsyaAllah, itu yang selalu cuba dilakukan
kdg2 tu yg susah nak kawal tu..
Thanks ticer diatas perkongsian..
tazkirah simple tapi isinya sudah padat..:)..memang betul pe ticer bagitau tuh..riak memusnahkan amal kita..
nice ticer.. lama tak menjenguk sini.. sntiasa kita ingat tntang 2 perkara itu dan lupakan 2 perkara yang blawanan dari 2 perkara y perlu kita ingat itu.. :)
@Yatie Awang jom berusaha memperbaiki diri :)
@ArulchelseA mmg susah tapi kena cuba :) bleh punye
@syaz@rozelt sama-sama..renung2kan dan selamat beramal :)
@Syuxer harapnya kita dapat hindarkan diri ari sifat sebegitu
@Ibnushukran insyaAllah sama2 kita ke arah tu.. :)
Post a Comment