Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

2 perkara yang mudah tapi susah... ayuh kita!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pindah je sini terus tak de masa nak belek blog.. I’ll try to respond to some questions that had been posted in previous entry... Blog Ticer dah tak meriah.. hee macam kemalasan nak update lak..

Untuk malam ni Ticer nak sampaikan (cewah cam penceramah) satu tazkirah yang bertajuk “Langkah Memburu Kemanisan Iman”..


Ingat 2 perkara
  • Kebaikan orang pada kita
Kita perlu sentiasa ingat kebaikan yang telah orang lakukan pada kita biarpun ia sekecil kuman... Andai mampu balasilah kebaikan itu dengan budi yang setimpal/ lebih.. Yang paling utama ialah kita perlu ingati segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita dengan cara sentiasa bersyukur. Boleh rujuk pada surah Dhuha:11
  •  Kesalahan kita pada orang 
Kita perlu selalu ingat salah kita pada orang agar terdorong untuk meminta maaf. Dengan cara ini dapat membuahkan rasa kasih-sayang sesama manusia. Paling utama; perlu ingati segala kesalahan dan dosa kita pada Allah. Dengan cara itu dapat menimbulkan rasa insaf , takut dan menyesal = bertaubat.

Lupakan 2 perkara
  • Kebaikan kita pada orang
Jangan mengungkit. Sikap tersebut boleh mebatalkan amal. Paling penting lupakan
segala ibadah yang kita lakukan kerana ia boleh mencalarkan keikhlasan... ye la kita
perlu beribadat dengan ikhlas kan... itu merupakan tanggungjawab kita sebagai 
seorang hamba.
  • Kejahatan orang pada kita
Anggaplah tiada siapapun yang melakukan salah pada kita. Dengan ini kita dapat mengelakkan rasa marah dan dendam. Apa yang penting kita perlu lupakan segala ujian, musibah/ malapetaka yang melanda kita. Semua itu dugaan buat kita dari Allah Taala untuk menguatkan lagi keimanan kita...

:.. Mampukah kita? Jom sama-sama berusaha...  

Dicedok dan diolah dari Majalah Solusi


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan