Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
“Happy Birthday to u... happy birthday to u... happy
birthday to Ismet Ulam Raja.. happy birthday to u..”
Pernah nyanyi lagu ni? Banyak versi.. ada dalam
pelbagai bahasa... biasa la kan kita nyanyi-nyanyi lagu camni kan... salah ke nak sambut birthday? Ehh tak da salah la...
siapa kata salah nak sambut birthday.. tapi sedar tak dalam keghairahan
menyambut hari lahir tu kadang-kadang kita terjebak dalam adat-adat/ kebiasaan
yang tanpa kita sedari melanggar ajaran agama... apa dia? Tiup lilin dan make a
wish sebelum tiup lilin...
Ticer pernah berada dalam satu jamuan birthday..
sebenarnya tu surprise party untuk diri sendiri la.. tapi memang tak ada lilin
semua tu sebab kengkawan Ticer tau yang Ticer tak suka acara tu semua...
bukanlah nak membangga diri sebab tak tiup lilin.. bukan nak bajet bagus...
tapi ustat baba melarang Ticer dari terjebak dalam benda-benda macam tu..
mula-mula dulu macam tak puas hati.. ustat baba kata bukan cara orang Islam sambut macam tu... dalam tak puas hati tetap jugak ikut cakap.. namun tetap meneruskan pencarian bagi mendapatkan jawapan yang konkrit. (aduii ayat..hebat sangat)
Selepas beberapa ketika bila dah ada akses internet ni
laju la sikit mencari... banyak pendapat mengatakan cara itu ditegah kerana
mengikut budaya bukan Islam kerana kek dilambangkan sebagai dunia Islam dan
lilin itu cahaya Islam... apabila lilin itu ditiup maka terpadamlah cahaya
Islam...
Macam tu jugak dengan perbuatan ‘make a wish’ sebelum
tiup lilin. Kenapa perlu pohon hajat macamtu? Sepatutnya kita perlu memohon hajat kepada
siapa? Hmmm... adalah lebih baik kita ubah konsep sambutan hari lahir dengan
menyanyi dan meniup lilin tu kepada majlis kesyukuran dan doa selamat sebagai
tanda kita bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ini...
Klik sini dan sini untuk baca... kalau ada yang tak setuju dengan pendapat ini semua apa daya.. Ticer sekadar berkongsi apa yang telah dibaca dan telah diberitahu oleh ustat baba Ticer... tepuk dada tanya iman...
:.. Dalam cerita Melayu bersepah buat birthday
macam ni... dah tu cammana umat manusia yang lain tak ikut..? kita mampu
mengubahnya... jom kita kembali kepada syariat Islam yang sebenar... tak rugi
pun..malah beruntung sangat-sangat.. J
