Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Thanks pada yang sudi singgah.. Ticer amat bz.. nama
je cuti seminggu sempena Deepavali tapi jadual sangat pack di rumah... nak
touch up apa yang patut sebelum majlis besar tiba J
Psst..korang selalu kan kalau korang mengacau minuman/
makanan ikut arah mana? Lawan jam/ ikut putaran jam? Ticer dari dulu lagi (erk
dari dulu tu tak tau la dari umur berapa) akan mengacau minuman/ makanan/
masakan ikut lawan jam.. kenapa? Sebab Ticer ada tengok satu rancangan motivasi
di TV yang menyarankan supaya kita mengacau minuman/ makanan mengikut lawan jam
sebab dipercayai boleh mengelakkan penyakit.. selepas bertahun-tahun lamanya
Ticer melakukan aktiviti tersebut (cam pelik je guna perkataan aktiviti) baru
hari ni tergerak untuk mencari kenapa disarankan supaya mengacau minuman mengikut arah
lawan jam..
Salah satu sebabnya ialah sunnah Rasulullah S.A.W. Yang keduanya, putaran mengikut arah lawan jam itu
menghasilkan TENAGA POSITIF. Sebagai contoh; tawaf. Ia dilakukan mengikut
putaran arah lawan jam dan menghasilkan satu tenaga yang sangat besar... Apa hikmah Allah ciptakan kejadian ini? Tenaga ini dihasilkan untuk menyeimbangkan kedudukan dunia..
Ticer tak larat nak taip panjang-panjang.. sebab teori
ni ada kaitan dengan fizik semua tu.. Ticer orang bahasa... bab-bab sain-sain ni
Ticer punya kelemahan sikit.. so untuk mendapat maklumat yang lebih sila ke
SINI dan SINI..
:.. Pelik pulak... kenapa jarum jam berputar arah lain ye? Hmm...
p/s ehh follower dah bertambah... waaa toche toche...
nandrey.. syukran.... terharu... sorry tak dapat nak balas jejak lagi.. InsyaAllah
akan jejak korang balik...
