Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Khamis
lepas pelajar tahun 6 telah mendapat keputusan UPSR dorang. Ada yang seronok
ada yang sedih. Normal. Yang tak dapat 5 A bukan bermaksud anda berada diambang
kegagalan.
Ticer
amik UPSR tahun 1996. Masa tu 4 papers je.. tu pun dapat 3A je.. sedih memang
la sedih.. sebab boleh dikatakan harapan cikgu-cikgu la jugak. Tapi sampai bila
nak sedih kan? PMR? SPM? Semua tak mencapai target pun. Tapi syukur
Alhamdulillah berjaya dalam hidup. Masuk U? pointer cukup-cukup makan je..
orang lain dapat anugerah dekan Ticer senyum dari jauh. KPLI? Tak de la
cemerlang pun. Tapi hidup tetap diteruskan.
So..pada
kawan-kawan yang ada anak yang baru amik UPSR sekiranya anak-anak tidak
mencapai target 5A usahlah mereka disalahkan. Mereka dah cuba sedaya upaya
untuk berjaya namun kejayaan mereka masih tertunda. Apa yang penting kita bagi
moral support kat dorang untuk terus berusaha. Selitkan sedikit pengisian yang
boleh mendekatkan mereka dengan Allah. J
Jangan
kita lupa kejayaan dan kegagalan merupakan satu ujian.
:.. Gagal atau berjaya
bersyukurlah pada Ilahi.. Kerana Dia berkuasa atas segalanya J Yang berjaya jangan riak yang gagal jangan terus-terusan bersedih.
2 geng suka bebel:
setuju sangat..jangan bagi tekanan dekat anak..kena support selalu =)
kena didik anak-anak supaya jangan terlalu kemaruk dgn ilmu dunia sehingga lupa nak bersiap sedia dgn ilmu akhirat..
zaman sekarang ni, semua mcm dah lupa je kan..
Post a Comment