Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Hari
ni bangun seawal 2 pagi.. siapkan tugasan online sebelum sekolah ditutup.. Dah
siap 1 kelas.. ada lagi 1 kelas.. rasa cekang (tau cekang? Tegang) urat tengkuk
dok klik itu ini… then rehat sat.. esok siang sambung 1 kelas lagi..
Tetiba
teringat satu kisah.. tentang kecantikan zahiriah.. pernah time sekolah rendah
dulu ada sorang kawan Ticer ni rasa rendah diri… tapi tu la nak cakap setiap
manusia ni diciptakan secantik-cantik kejadian..
Bagi
Ticer kawan ni memang cantik.. tapi biasala mungkin ada yang dengki.. orang
selalu pertikaikan rupa dia..
“Lawak
la hang ni bila cikgu calit gincu.. mulut tu tebal je” member ni selalu je
dipilih masuk aktiviti sekolah.. koir la, pidato la, action song la.. tu sebab
ada orang dengki kot.. kuikuikui sekadar assumption ja..
“Awat
kening hang tebal?”
Ok.
Balik rumah si kawan ni tanya mak dia..
“Awat
muka cek camni? Orang selalu kutuk,” mak dia senyum and suruh sabar.
Bila
dah besar dan muda macam ticer ni tetiba je ada orang cakap
“Kening
hang lawa la.. tebal elok ja,” tak ke pening kawan tu? Dulu sampai
nangis-nangis.. siap ada niat nak cukur bagi nipis.. nasib baik la mak dia dok
pujuk.. kalau tak rasanya dah togel kening kawan Ticer tu..
Tak
dak isu pasal bibir tebal dah sebab sekarang ni orang berpusu-pusu sanggup p
cucuk macam-macam nak bagi bibir tebal..
Dia
siap cakap lagi “Dulu orang kutuk mulut aku tebal.. la ni aku tengok
artis-artis ramai je sanggup cucuk entah apa-apa nak bagi bibir tebal,”
Hmm… duhai manusia
janganlah mengutuk ciptaan Allah… macammana rupa seseorang itu semua Allah yang
cipta. Jangan disebabkan nak cantik kita
sanggup mengundang kemurkaan Allah..
:.. Apa yang penting
kecantikan dalaman… cantik di dalam akan terpancarlah seri kat luar J
0 geng suka bebel:
Post a Comment