Showing posts with label ujian hidup. Show all posts
Showing posts with label ujian hidup. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

"I memang berdendam dengan u, tau tak?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Awal pagi lagi dah terpacak kat kelas.. memberi sentuhan kecundang terakhir buat anak-anak.. membuat sedikit ulangkaji ekspres bersama anak-anak yang bakal menduduki UPSR Selasa ini... Gabra dehhh...  Maaf entri kali ni terlalu panjang... kalau tak larat baca bleh skip yer.. J

Apa yang korang faham dengan perkataan DENDAM? Rindu dendam tak termasuk ye... hihihi... pernah tak korang terlibat dalam perasaan ni? Cewah soalan.. ye la kadang-kadang benda tu dah lama jadi tapi still tak leh lupa.... contoh la dalam pekerjaan, kita ni buat paperwork bagai nak rak bila submit je pihak atasan reject on the dot..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan... hohoho tapi bila sorang kawan kita ni submit paperwork  terus diterima tanpa bantahan...  Terus kita rasa marah meluap-luap hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Cewahh.. ehh ni bukan kisah Ticer la.. contoh je la.. haishhh korang ni mula la nak bergosip tu..


Dendam- suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, dipendam secara rahsia oleh seseorang. Dendam juga boleh lahir daripada hasad dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam bolehkah perasaan dendam ni? Jawapannya TIDAK.. Dendam itu berdosa...

Mengikut kajian, kita hanya marah untuk tempoh 4 ½ minit sahaja.. andai marah itu masih bersisa untuk berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan maka kita sudah terejerumus ke kancah dendam.. ini menurut kajian psikologi ye tuan-tuan puan puan sekalian.. bukan kajian Ticer sebab Ticer tak pandai nak mengkaji bahan-bahan cenggini

Punca-punca dendam:

  • Luka dalam hati yang mendalam
  • Rasa teraniaya
  • Enggan memaafkan
Ini dikatakan punca kenapa kita berdendam.. bila adanya perasaan ini bermaksud hati kita masih kotor dan jiwa masih gelap. Pastu segala kerja kita akan terbengkalai dek perasaan ni.. bila dah terpendam lama dalam hati dendam ni merebak dan terjadilah dendam kesumat.. disebabkan dendam ada yang sanggup berbunuhan tau... caya tak?

Cara elakkan dendam?
  • Sucikan jiwa dan hati nurani- banyakkan solat sunat taubat dan amalam-amalan yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.. Dengan mengingati Allah hati kita akan tenang...
  • Minta maaf dan memaafkan serta redha atas apa yang berlaku. Kita pun banyak buat silap kat orang..ye dak? So kena redhalah bila orang buat silap kat kita.. tapi tak tau la kalau ada orang yang rasa diri dia tak pernah langsung buat silap kat orang kan... tapi ada ke orang camtu?
  • Cari hikmah disebalik kejadian. Biasanya untuk mendapatkan sesuatu kebaikan Allah akan uji hamba-Nya dengan satu musibah...
  • Berjumpa dengan pakar : kaunselor, ustaz/ustazah apabila perasaan makin teruk.. sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jalan penyelesaian.
  • Berkawan dengan orang yang positif supaya kita menjadi positif. Elakkan berkawan dengan seseorang yang menjadi batu api. Macammana nak tau seseorang tu batu api/ tak? Apabila dia sentiasa mendorong kita melakukan sifat yang tak elok.. sebagai contoh meneruskan perasaan dendam kita terhadap seseorang.
  • Bersifat matang dalam pemikiran. Fikiran yang matang ialah fikiran yang rasional bukan yang dikuasai oleh emosi. Apabila kita dikuasai emosi mulalah kita rasa sukar untuk melupakan kesilapan seseorang itu walaupun ianya kesalahan yang damit (kecil).
  • Berbincang dari hati ke hati. Contohnya Ticer rasa sakit hati sangat dengan Fasha Sanda sampai dengar nama dia je Ticer bleh migrain. Untuk mengelakkan benda ni dari berterusan menguasai diri, Ticer boleh je jumpa dia dan berbincang dan cerahkan kembali apa yang suram.. mana la tau itu semua hanya salah faham je kan.. mungkin dengan ini perasaan dendam akan terhapus dengan sendirinya.. J
Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita tetapi janganlah sampai mendendaminya. Jernihkan hati kita.. lemparkan senyuman dan bertegur sapa apabila bertemu. Dan apa yang penting jangan putuskan tali silaturrahim antara kita dan dia. 

“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”[Hadis Riwayat Muslim]

:.. Jom bersalam-salaman memohon ampun maaf... moga segala perasaan sakit hati dan dendam terhapus... jangan tunggu nak raya baru nak minta maaf dan memaafkan orang... okeh?


  

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Saturday, September 3, 2011

Awak gatal tangan ehh? meh nak garu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni dah masuk hari Sabtu... korang dah mula berpuasa sunat Syawal ke? Wahh bagusnya... Ticer belum lagi.. InsyaAllah akan menyusul nanti... Bagi yang puasa tak penuh tu adalah lebih baik menggantinya sekarang ni.. bukan apa takut tak sempat je nanti.. ajal maut ni kita tak tau bila akan menjemputnya.. jangan ditunggu pulak saat-saat akhir baru nak ganti... okeh?

Hmm hari ni mau bercerita sesuatu.. GATAL TANGAN.. pernah dengar.? Orang lama cakap kalau gatal tapak tangan tu nak dapat duit tapi kalau gatal tangan tu nak dapat penampo kot.. boleh gitu? Heh gurau je la...
Google tolong garu
Sebenarnya ada kejadian yang tak menyenangkan berlaku... biasalah raya kan... ramai datang bertandang... Ticer suka je orang datang ziarah menziarahi ni... tapi setakat ziarah je la kot.. jangan la sampai barang-barang dalam umah tu pun nak diselongkarnya kan... pencuri? Bukan pencuri.. tetamu biasa yang terlebih selamba... kalau benda tu untuk tatapan umum haruslah dibenarkan menyelongkar/ membaca... tapi kalau benda privasi yang disorokkan kenapa berani-berani menyelongkar dan membacanya? Tak pasal-pasal Ticer jadi geram tadi... sedaya upaya menyembunyikan sesuatu itu dari pandangan umum tapi tetamu itu terlalu tajam penglihatannya... justeru dibelek dan dibacanya... wahhh ni pertama kali Ticer rasa sangat kecewa dengan sikap tetamu itu... respect la privacy orang.. takkan tu pun susah...

hmmm... raya ni medan mengeratkan ukhwah dan menjernihkan keadaan yang keruh tapi sebaliknya berlaku dalam hidup Ticer... Kalau benda itu Ticer yang berikan untuk dibaca/ dibelek Ticer tak kisah lagi tapi Ticer letak kat satu sudut yang agak tersorok... so kena faham la maksudnya kan? Ke kena letak notis “dilarang menyelongkar” atau “dilarang membaca dan membelek”? huhuhu...

Ticer tak kisah orang yang selamba tapi kena ada limit jugak dalam sikap selamba itu... 

:.. Kadang-kadang kena tahu batas jugak bila berada di rumah orang... kena bezakan antara privasi dengan tidak.. ye dak? Ok lah nak gi tenangkan hati dulu.. J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, August 8, 2011

Sedap-sedap makan tetiba........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni menu simple sangat-sangat.. koteow goreng campak ikut sedap rasa.. pehh.. campak pe kebenda..? campak je bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk tu… kuih muih tak de hari ni.. sebab? Kalau buat cucoq/ kuih memang tak makan la koeteow tu.. kan membazir tu… membazir amalan siapa? haa pandai pun... ahaks!

Pukul 6.39 azan maghrib berkumandang (Ticer berbuka awal okeh.. jangan jelesss).. selepas doa dibaca then kurma dikunyah… maka nak bersantap la koteow tu… memang pedas menyengat la.. wuu nak wat camna dah campak masuk ikut sedap je kan… dalam keasyikan menghayati masakan sendiri tetiba….. elektrik takda.. hadoiii terbantut terus selera *kononnnnn* terus keadaan panas menghiasi rumah… huhu.. apa yang perlu dibuat?? Sabar itu indah ye dak…

Bukan mata Ticer..
Sampai sekarang ni letrik masih belum menyala... dah call pihak SESCO tapi tak berjawab lak... kang kalau tak menyala jugak lampu ni ada Ticer tido awal dan bangun awal keesokan paginya... huhu sian kawan Ticer ni.. anaknya merengek-rengek kepanasan dah... haishhh...  

:.. Kat sekolah tadi tetiba PK sebut pasal samosa kat Ticer… dia suh Ticer buatkan.. waaa lamanya tak makan samosa.. dan-dan teringin…

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, August 7, 2011

Orang nak beli..dia bergayut plak..

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramadhan- bulan penuh barakah dan juga ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan… Memang dalam bulan ini kita perlu banyak bersabar.. kalau nak marah ingat Allah… mulut pun kena jaga jugak ye dak? Jangan laju jer nak keluar kata-kata yang tak enak didengar… kurus pahala puasa.. siapa yang rugi? Kita jugak…


Alkisah.. tedia dah mula dah… bukan nak gossip pelik-pelik pun la.. cer baca dulu.. di bazaar Ramadhan *Ticer ni sokmo ke bazaar..tak masak ke?* apa pulak tak masak? ni kisah 2 hari lepas la.. time keluar pegi cari barang dapur.. dah alang-alang kat pekan baik singgah terus beli juadah…


Gambar ihsan Google
Singgah di gerai laksa… memang sangat teringin… so tengok-tengok then nak beli terus la.. malas nak singgah tempat lain sebab panas.. Peniaga? Buat dek je.. dok bergayut apa entah… ok la tunggu lagi.. dia stop kejap then cakap harga laksa tu kat Ticer then continued talking to the phone.. Ticer tinjau-tinjau dah gerai lain.. tapi tak nampak laksa Penang… yang ada laksa Sarawak.. nak tak nak terpaksa bertahan la dengan kerenah peniaga tu.. hulur duit dia ambil.. still bercakap kat phone.. then dia hulur baki… buat akad jual beli pun tak berjawab.. masih asyik dengan perbualan dia.. huhu.. Terus la tak mau dah beli kat situ..


Ticer tak tau la kenapa Ticer bleh tercegat lagi kat gerai tu padahal layanan peniaga tu tak seperti yang diharapkan.. huhu.. tapi memang bulan Ramadhan ni bulan penuh ujian.. andainya itu ujian yang diturunkan buat Ticer harapnya Ticer lepas la.. :)


Oh ya Ticer ada baca satu artikel tau.. so korang bleh la KLIK SINI.. bukan apa sekurang-kurangnya terisi jugak rohani kita.. J

Kita boleh hadapi setiap ujian itu dengan tenang andai kita punya pergantungan yang tinggi terhadap Allah Taala… So sama-sama kita sabar..bukan dalam bulan ni saja..tapi bulan-bulan yang lain jugak J pernah dengar tak الصبر جميل ? Yeahh sabar itu sangat cantik/ indah.. J

:.. Jom kita kukuhkan kesabaran kita… ingat ya sabar tiada hadnya.. selamat bersahur  J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, August 3, 2011

Sekejap tutup sekejap buka?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bulan puasa ni macam-macam plak yang Ticer dapat… adoii.. tapi tak pe la harap apa yang Ticer dapat tu menjadi satu peringatan buat Ticer.. hmm..kita ni sentiasa di duga.. jadi kena kuat untuk harunginya.. Ehhh bukan isu KFCM tu la… ni cerita lain… isu KFCM tu tak nak amik tau… cewah…padahal???
Sebelum tu…selamat menunaikan ibadah tarawih.. Ticer wat kat rumah je.. tak de trasport nak g mesjid.. 


Pelik sebenarnya.. orang lain berpusu-pusu nak tutup kenapa ada segelintir nak buka… Apa yang tutup? Apa yang buka? Aurat la… ada orang berubah, tutup semuanya, pakaian dah sopan.. tapi ada seorang ni plak dari tutup elok-elok dah mula buka sikit-sikit.. dah pakai serkup ala-ala CT dah baju mula ketat-ketat dah.. rasa malu sebab rata-rata orang dok tepek gambar perubahan dia tu.. kenapa bleh jadi camtu? Hmm…

Ini bukan Ticer..ahaks!
Heliza Helmi- artis bertudung yang suka
beri tazkirah.. :)
Apapun doakan moga dia bertemu kembali jalan yang sebenarnya.. tak payah keluarkan fatwa sendiri bila melakukan perubahan macam tu.. matlamat tak pernah menghalalkan cara.. bertudung tetap relevan di mana saja… Apa yang Allah tetapkan itu yang perlu kita laksanakan.. jangan kerana mengejar glemer hukum Tuhan diketepikan.. J
:.. Ada Nampak macam Ticer bergosip tak? Tak terniat.. Cuma berharap Ticer dan rakan muslimah yang lain tetap istiqamah dalam menutupi aurat kita.. jangan kalah dengan dugaan dunia.. J


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, August 2, 2011

Sudah-sudahla menjadi hakim tak bertauliah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Malam tadi tak dapat tido setelah mata terkelip beberapa lama… dalam kul 3 cenggitu baru lelap… bangun pun lewat.. sahur? Hmmmmm terlepas.. hukhuk… tak pe la.. tak sengaja…

Dua hari berturut (ehh ye ke) rata-rata sibuk bercerita pasal pasangan tersebut.. korang dah sedia maklum kan.. sampai jadi hot topik dalam satu forum. Tetiba je bleh join baca plak komen-komen tu.. dah tergelak-gelak dah Ticer.. gelak here bukan bermaksud Ticer bertepuk tangan atas perpisahan dorang.. tapi gelak sebab kesengalan ayat dari forumer semua.. ada yang sokong si dia ni ada yang sokong si dia tu.. dan ada yang tak sokong sesiapa..


Pada pandangan Ticer…berhentilah membuat ulasan/ menjadi hakim dalam isu ni.. pengetahuan kita terbatas dan kita tak tau duduk perkara sebenar pun.. Hanya Dia dan mereka terlibat yang tahu situasi sebenar.. ye dak?  
Then..hentilah mengutuk melalui Twitter dan FB.. makin anda kutuk makin terserlah sikap anda yang sebenar.. maruah diri perlu dijaga (nak-nak plak kita ni perempuan yang ayu dan sopan gittew)..dan aib orang jugak perlu dijaga.. tak kisah la sejahat mana pun orang tu aib jangan dibuka.. andai kita menjaga aib orang nescaya Allah menjaga aib kita pula (betulkan andai saya silap)


:.. Akhir kata… majulah sukan untuk negara..ehh tetiba je kan? Percayalah pada ketentuan Allah… apa yang berlaku ada hikmah yang besar di akhirnya.. kalau kita mengutuk bagai pun kita yang penat.. dosa siapa dapat? Rugi je tau… Serahkan pada-Nya.. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut kan ditangan Tuhan.. ambil lah berkat Ramadhan ni untuk sama-sama bermuhasabah diri...


Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Thursday, July 14, 2011

Situasi yang boleh dihadapi dengan senyuman.. :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Adehh ngantuk la.. malam tadi bersengkang mata prepared lesson hari ni… even tak da apa sangat tetap gabra jugak… nak lelap time tengahari ni tak best sangat… selalu tak dapat lelap sebab panas… malam kang tusyen plak.. balik kompom selamat tido la.. haishhh….

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, July 11, 2011

Celcom ni bikin hati Ticer membara la...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Good morning class.. cewah… geng bilik guru tensen coz line celcom problem… huhu… Nak berhubung ngan orang pun tak boleh ni.. memang h * * * *h la celcom ni..peliknya untuk pelanggan prepaid je.. line Ticer full bar ni tapi call tak bleh… mesej pun tak bleh.. 4 hari dah ni… dahsat la celcom ni kan?

Enough for that… makin dikenang makin sakit hati je kan… Tadi dalam kelas Ticer bagi latihan tulis-tulis.. suka betul Ticer bagi latihan cenggini… Yang paling menyeronokkan bila seorang pelajar yang bermasalah ni nak jugak tulis.. bukan bermasalah dalam disiplin tapi masalah kesihatan yang masih menunggu respon dari pihak hospital… Ticer boleh nampak la betapa dia excited bila Ticer bagi latihan macam tu…

Kadang-kadang tu time kelas pemulihan pun dia request kat cikgu pemulihan tu untuk buat latihan macam tulis-tulis jugak.. wahh siap request tu… Tak pe la janji dia nak menulis kan… mana tau dari situ dia sembuh dan boleh join kawan-kawan dia yang lain dalam kelas.. ye dak?

Ni Ticer tepek hasil kerja dia.. nak tau tak, sebelum ni dia tak tau pun menulis tapi sejak akhir-akhir ni dah mula nampak perubahan sket… semua tu hasil usaha keras guru pemulihan yang mendidiknya…


Dulu dia tak tau tulis cam ni 


:.. Moga pelajar saya nan seorang ni sihat dan sembuh seperti pelajar lain… 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 8, 2011

Sakit itu ujian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa *ehh lagu raya la pulok* Korang korang rasa pelik tak Ticer tak terjah korang semalam… entri Ticer tu semua auto post… Korang tak perasan ehh? :D

Ticer tak sihat semalam.. hari ni pun tak ok lagi… tetiba je demam.. pegi klinik MA check suhu dan ada la naik sket.. So dia bagi ubat untuk prevent dari terus panas… Dah la gitu migraine yang dah lama tak bersua pun menunjukkan muka.. perghh menyengat sampai urat mata tu… habis isi perut tekeluar dek kepeningan yang amat sangat.. sampai takut nak makan.. asal makan je kluar.. asal makan je kluar..

Malam tadi gagahkan diri makan jugak sebab badan rasa lembik gila… pas makan terus tido *buruk perangai betul* tengah malam bangun sebab rasa loya…huhu habis sudah makanan tu..hukhukhuk..

Pagi tadi memula tak nak g keja.. tapi lepas mandi rasa segar sket…lagipun fikirkan students plak.. tu yang pegi jugak… dah sekali sakit perut plak.. bukan Ticer je almost satu sekolah cerri berry tau.. ishh..migrain pun still tak ok lagi.. demam dah surut sket la.. harap sihat macam biasa… kerja pun tak bersentuh semalam dek sakit ni…

:.. Dah sihat sket Ticer terjah korang yer… jangan serik ziarah Ticer tau.. doakan Ticer sihat macam biasa.. J

p/s wahh dashboard Ticer kaler oren la… terkial-kial la jugak tadi J

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, July 3, 2011

Hip hip horay...air dah kembali...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Beratnya ujian Allah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, July 1, 2011

Tatkala ia tiada...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selamat Pagi Jumaat yang penuh barokah.... sambil bersantai bersama Ben Ashaari minum pagi Ticer gatal tangan pulak nak menaip.. *ohh Ticer please jangan melalut lebih-lebih...kitorang boring* ya lah....

Benda yang agak penting dalan hidup ditarik seketika..harap tak lama... tak sanggup menanggung rasa dah ni.. huii apa la gamaknya benda penting tu kan... Pagi ni tetiba pulak air paip yang selaju air terjun tak dak... fiuu dah nak kena menadah air plak.. awal pagi lagi Ticer bangun... dah la baju nak kena basuh.. bayangkan seawal 5.30 pagi dah tercongok depan bilik air pukul 6.15 baru siap semua sekali dengan baju berbasuh.. sebelum ni mana pernah lama cenggitu... 

Air dan elektrik sama pentingnya dalam hidup.. kalau tak da salah satunya rasa cam tak ngam pulak hidup ni..cewah.. apapun harap masalah air ni tak lama... masalah letrik jangan la melanda lagi... minggu lepas berkali-kali letrik tak da di saat suasana tengah panas... 

:.. Bila nikmat ditarik seketika.......

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Monday, June 20, 2011

Bila nafsu merajai diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Sunday, June 19, 2011

Yeah kamu memang tak serik...padan muka!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat beristirehat dihujung minggu... terima kasih kerana sudi menjenguk blog Ticer... semalam Ticer ada bercerita pasal SMS hot yang Ticer terima.. kalau sesiapa yang ketinggalan ketapi tu boleh baca sini.. hari ni Ticr nak bebel pasal apa ehh? 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, June 17, 2011

Pandai-pandai la jaga diri dan iman...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, June 14, 2011

Spesis orang macam ni memang la kena berjaga-jaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Thanks sebab sudi dok melayan bebelan Ticer yang entah apa-apa ni... hee... manusia/ insan/ orang-orang punya pelbagai sifat dan ragam yang berbeza antara satu sama lain... itu yang uniknya tentang kejadian manusia nih.. hohoho ayat karangan BM time SPM dolu-dolu... 

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Friday, June 10, 2011

Dah mula nak sakit-sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengahari tadi meronggeng bersama bunda tercinta a.k.a. ustajah mama... heh birthday woman kan... mana nak pergi mesti dituruti...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, June 8, 2011

Yes, I'm a lady driver..so what?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerna namaku wanita
Walau ada kelemahannya
Kaupun apa tidaknya..oh...

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Wednesday, May 25, 2011

~~Hahahaha I dah agak dah pon~~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

InsyaAllah saya akan cuba pendekkan entri saya kali ni... Tadi terbaca kat wall seorang teman tentang permohonan pertukaran guru antara negeri. Permohonannya tidak diluluskan. Kesian kat empunya badan. Dengan anak kecil lagi..dengan suami yang jauh... bila mintak pindah tak dipertimbangkan jugak... apapun harap sangat dia sabar....

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Tuesday, May 24, 2011

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh yang terkoban di rumah anak yatim At-Taqwa... sedih pilu dan hiba menyelubungi jiwa saya tatkala itu sehingga tidak mampu menulis entri berkaitan kejadian itu... bila membaca saja blog teman-teman yang lain tentang ini air mata memang menderu turun.... moga roh mereka ditempatkan bersama kaum yang soleh, amiin..

Syukran jazilan sudi baca... datang lagi ye :)

Pemberitahuan

Segala cerita/ post yang terdapat dalam blog ini merangkumi sebahagian kisah hidup saya, orang yang rapat dengan saya dan kisah2 yang dipetik dari pelbagai sumber untuk tatapan bersama. Sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pelawat blog ini itu adalah secara kebetulan sahaja.... Saya tak paksa orang follow saya tau..tapi kalau ada yang sudi nak follow ribuan terima kasih saya ucapkan