Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru sampai dari tempat kursus.. seminggu berkursus kat
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) KL. Ticer memang tak pass bab
jalan ni.. especially bila TERPAKSA meredah masuk KL.. so scary.. apa yang
ditakutkan tu tak pulak tahu... Dalam kepala ni dok fikir antara nak pergi
dengan tak bila dapat surat kursus Isnin lepas. Tapi gagahkan diri pergi jugak...
bertolak kul 3.30 ptg sampai pukul 5 petang. Agak lama la jugak ambil masa nak
sampai tu.. mana taknya tempat tak biasa so sesat la sikit..
Berkenalan dengan kengkawan baru yang stay satu hostel
yang ala-ala apartmen.. dorang dari Melaka dan Johor.. banyak pengalaman yang
dikongsi sepanjang di IPBA tu..
Kursus sepanjang seminggu ni banyak berkisarkan pasal sistem
pendidikan baru tahun 1 dan 2.. masih blur sebenarnya dengan sistem baru ni.. Need
to explore and study more..
Dugaan paling hebat bila air tak de.. terpaksa la kami
turun angkut air.. tapi biasalah bila dah berbadan dua macam ni kengkawan bukan
bagi sangat angkut air... rasa malu plak tak dapat tolong... tempat kursus
pulak kena panjat tangga... bila dah banyak gerak ni biasa la kaki pun membesar
dengan jayanya... takut jugak tengok kaki yang membengkak... huhu puas la pujuk
diri sendiri supaya bersabar dengan dugaan ni...
Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu :) |
Hari ni drive balik bertemankan anak dalam perut..
letih tu tak payah cakap la.. Mr. Zauji cakap Ticer ni cekap jugak la cari
jalan tau-tau dah sampai balik rumah sewa.. hihi cekap la sangat... mau 2 3
kali pusing-pusing KL nak cari jalan balik sini... kalau tak redah mana nak
sampai... apapun syukur lah dah selamat semuanya..
Harapnya tak da lagi dah
kursus dalam waktu terdekat ni.. bukan apa badan rasa penat dan seolah perlu
berehat panjang... kalau kursus ada orang ambil dan hantar tak pe la.. ni
sendiri-sendiri je semua.. nak hire driver sorang boleh? hihi demand betul Ticer ni.. :D
:.. Doakan Ticer and baby selamat yer.. lagi 2
bulan je nak bertemu muka dengan si comel Ticer ni... J
1 geng suka bebel:
amin ya Allah amin tahniah :) seronoknye la ye...heee
Post a Comment